Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Monday, November 26, 2012

Kerabu Ayam + Pelam (Mangga)

kalau ayam tu nak carik halus pun boleh...pelam hiris halus pun boleh juga :)

BAHAN-BAHAN :

sedikit ayam yg dikukus dan dicarik/dipotong kecil/nipis (ikut suka)
2 biji pelam muda kecil
2 batang serai diracik halus
2 batang bunga kantan diracik halus
belacan sikit
1 sudu sos ikan
2 biji limau kasturi diambil jusnya
2 labu bawang besar dihiris
1 biji cili merah dihiris
sedikit kacang panjang yg diracik halus

CARANYA:

senang je...satukan semua bahan yg diracik dan belacan...tuang sos ukan dan jus limau kasturi dan gaul rata..siap dah boleh makan :)

Saturday, October 20, 2012

MEE SUP AYAM



BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam di stim dan kemuadian digoreng dan disiat isinya - ketepikan
1 peket rempah sup digaul dengan 2 sudu air - buat pes
2 inci halia ditumbuk
1 sudu lada hitam ditumbuk
4 biji bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 liter stok ayam
1 pokok daun sup dan daun bawang dihiris
rempah 3 beradik
bawang goreng
Air secukupnya
kunyit
garam
1 peket sup bunjut (jika suka)
1 peket mee kuning yang dicelur

CARA-CARA:
1. tumis rempah tiga beradik, kemudian tumis bahan tumbuk sampai naik bau
2. masukkan rempah sup..kacau sampai pecah minyak
3. Masukkan air stok ayam...kalo kuah sikit tambah air biasa, biar menggelegak. tutup api.
4. Masukkan garam..dan letak sup bunjut


Sambal Kicap :

2 ulas bawang putih-goreng tanpa minyak
5 biji cili api (ikut tahap kepedasan)- goreng tanpa minyak
Kicap secukupnya
2 biji limau kasturi - ambil jusnya

tumbuk bawang putih dan cili api..letak kicap secukupnya dan perah limau kasturi


hidang dalam pinggan mee dan tuang kuah..kemudian letak ayam yg disiat tadi, hirisan daun sup dan daun bawang dan bawang goreng

Masak Lemak Udang dan Belimbing Buluh

Masak Lemak Udang dan Belimbing
BAHAN-BAHAN :
  • 7-8 ekor udang sederhana besar
  • 10 biji belimbing buluh-dibelah 2
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai-dititik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5-6 biji cili padi (ikut tahap pedas anda ye)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 helai daun kunyit diracik halus
CARA-CARA :
  1. Tumbuk kunyit hidup dan cili padi hingga lumat.
  2. Masukkan bahan tumbuk, udang dan serai yang dititik dalam periuk, letak air sikit dalam 1/3 cawan. Masak atas api sederhana hingga udang merah sedikit.
  3. Tuang santan cair..kacau dan biar mendidih
  4. Masukkan santan pekat, asam gelugor, biar api kecil.
  5. Kemudian letak belimbing, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi hingga mendidih.
  6. Taburkan daun kunyit yg diracik tadi. kacau dan tutup api...dah boleh makan :)

Tuesday, September 4, 2012

Daging Masak Hitam




Bahan-bahan :
1/2 kilo daging
Kicap saya pakai kicap manis kipas udang
1 sudu lada hitam ditumbuk

Bahan kisar:
4 ulas bawang putih
6-7 tujuh tangkai cili kering direndam air panas
1/2 inci halia
6 biji bawang merah 

Cara membuatnya :
1. Tumis bahan kisar
2. Apabila dah naik bau, masukkan kicap
3.  Masukkan juga lada hitam. Seterusnya masukkan daging dan biarkan sampai empuk.
4. kalau kurang masin letak sikit garam, jika tidak tak perlu.

Tuesday, August 28, 2012

Laksa Sarawak

mentua saya ada beri pes laksa sarawak beberapa bulan lepas...dari hari ke hari nak buat tapi tak buat2...hari ni tergerak hati nak makan laksa sarawak...terus saya ke hypermarket beli bahan dan terhasillah laksa sarawak .... masakan saya....resipi dari blog masakan http://dayangjack.blogspot.com/   terima kasih di atas resipi yg marbeles ini...sedap sgt!


 Bahan-bahan:

150gm pes laksa sarawak
1 paket bihun - direndam, cuci dan dicelur
200gm udang basah
200gm santan
2 keping tauhu - digoreng dan dihiris
100gm tauge - dicelur
3 keping dada ayam - direbus dan dicarik halus
1 1/2 liter air
2 sudu besar cili kisar
2 batang serai - diketuk
1 helai daun limau purut
sedikit daun ketumbar/daun sup - diracik
4 biji limau kasturi - dibelah 2
2 biji telur - digoreng dan dihiris halus
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 sambal:
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar udang kering - direndam
1/2 inci belacan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam jawa

cara:
  • untuk membuat sambal: kisar bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering sehingga halus
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan cili kisar sehingga pecah minyak
  • kemudian masukkan bahan2 kisar dan kacau sehingga sebati
  • masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • angkat dan ketepikan
  • untuk membuat kuah laksa: panaskan air sehingga mendidih
  • masukkan udang (dengan kulit dan kepalanya) dan rebus sehingga masak
  • kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan
  • masukkan semula air rebusan ke dalam periuk dan masakkan semula
  • masukkan pes laksa, cili kisar serta serai
  • masak dengan menggunakan api yang kecil dan biarkan sehingga kuah mendidih
  • masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa
  • renihkan sebentar sehingga mendidih semula
  • padamkan api
  • cara menghidang: masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan2 lain ke dalam mangkuk
  • tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dengan daun ketumbar/sup dan perahkan limau
  • enak dimakan ketika panas
special thanks to  dayang jack
dan noreen home cooking

Thursday, August 16, 2012

Salam Lebaran

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Sunday, August 12, 2012

Nasi Hujan Panas

hari ni tekak teringin nak makan nasi ujan panas...tapi malas bebenor nak goreng ayam..maka kita tukar sikit lauknya...ke kurma daging + kobis, sambal tumis udang...acar buah (ni saya beli) dan ulam timun...
resipi kurma daging + kobis boleh amik di sini ye...sambal tumis udang di sini (tapi tak letak petai)


Ini resipi Nasi Hujan Panas pula

BAHAN-BAHAN (utk 4-5 orang)

2 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
3 sudu besar minyak sapi/margerin
1 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris
rempah 3 beradik (kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
3 cawan air
1/3 cawan susu cair
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak sapi/margerin di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah 3 sekawang, bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Masukkan air, garam, susu cair dan garam. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan daun pandan.  Masak nasi seperti biasa.

3. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna  merah dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Ulang proses sama untuk warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. selepas 5 minit.  Selepas 5 minit baru kacau nasi.  Bolehlah tabur bawang goreng jika suka.

Thursday, August 9, 2012

Lala Masak Pedas


BAHAN-BAHAN :

1kg Lala (tak perlu rebus) rendam...tos dan basuhkan hingga hilang pasir
2 batang serai diketuk
1/2 cawan dicampur 1/2 sudu kecil asam jawa
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR :
5 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih


CARA-CARA :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
  2. masukkan serai yg diketul..gaul.  
  3. Letak sos cili, sos tomato...dan air asam jawa. kacau rata..kalau kering masukkan lagi air.
  4. Masukkan garam dan gula.  Kacau
  5. Masukkan lala dan tutup periuk sampai kulit lala bertukar ke warna merah.
  6. Buka penutup dan gaul bagi semua masak.. kalau nak kuah cair boleh tambah air....  mengelegak..tutup api dan siap le...boleh makan :)

Saturday, August 4, 2012

Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi

kena kerat 2 sebab periuk kecik :P

belen ikan salai hari tu ada lagi...maka kita wat ikan keli salai masak lemak cili padi as menu berbuka hari ni wokeh.


BAHAN-BAHAN :

3 ekor ikan keli salai - buat sendiri pun boleh
5-7 batang cili padi ditumbuk (cili padi tu ikut tahap pedas masing2 ye...saya ada anak kecik so kureng pedas)
2 inci kunyit hidup ditumbuk
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit dicarik-carik
1 cawan santan pekat
1/2 cawan santan caiir
Garam secukup rasa

CARA-CARA :

  1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk.  Masukkan santan cair.
  2. Panaskan periuk atas api sederhana, tunggu sampai kuah separuh menggelegak. kacau sikit2.
  3. Masukkan santan pekat...kacau...masuk asam keping...kacau lagi
  4. Masukkan ikan keli dan letak daun kunyit....kacau sikit2 (jgn kena isi ikan nanti tersiat...ikan lembut) sampai menggelegak..kena selalu kacau sebab takut pecah minyak
  5. Tutup api dan siap dihidang :)

Saturday, July 28, 2012

Mee Hoon Goreng Siam / Mee Hoon Goreng Taucu


Bahan-bahan utk 4 org:


1/2 bungkus mee hoon direndam hingga lembut kemudian toskan
1 peket taucu
sedikit kucai
sedikit taugeh
2 batang fish cake dihiris sederhana
1 peket fish ball jika suka
10 ekor udang hidup
limau kasturi dihiris 2 jika suka
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis


Bahan kisar:
10 tangkai cili kiring *digunting direbus ditos
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu udang kering *direndam dicuci ditos

CARA-CARA :
  1. Tumiskan bahan yang dikisar hingga pecah minyak dan naik bau.
  2. Masukkan udang, fish cake dan fish ball. Kacau rata
  3. Masukkan taucu dan kemudian kucai
  4. Selepas itu masukkan mee hoon dan gaul rata. kemudian masukkan taugeh. Gaul mesra...
  5. masukkan gula dan garam secukup rasa. gaul mesrakan. *garam jgn byk sgt sebab taucu dah masin
  6. tutup api dan hidang boleh tabur daun bawang daun sup dan bawang goreng dan letak limau kasturi yg di belah 2 atau sambal tumis :)

Wednesday, July 25, 2012

Kurma Daging dan Kobis


resipi utk 4 org makan ~ resipi turun temurun keluarga sebelah mak saya di JB...arwah nenek saya kalo buat ni....berpinggan-pinggan anak cucu makan :D

Bahan-bahan:


500gm daging lembu yg dipotong kiub sederhana besar (rebus dulu biar empuk ye)
3 ulas bawang merah sederhana besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
1 peket rempah kurma daging diletak 2 sudu santan cair dan gaul rata
santan dari 1 biji kelapa dibahagi 2..satu santan cair (campur 1/2 cawan air) 1 santan pekat
rempah 3 sekawan (bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih)
3 sudu kerisik
Minyak zaitun 4 sudu (saya letak minyak zaitun utk masakan daging dan santan..hilangkan kolestrol gitu) :)
air secukupnya
1 labu bawang besar dibelah 4
1/2 biji kobis di potong besar2 daunnya


Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan
2. masukkan bahan hirisan dan biar garing sikit
3. Letak rempah kurma..letak air sikit dalam 2 sudu dan kacau
4. Letak kerisik dan kacau..biar pecah minyak..
5. Masukkan daging yg direbus tadi dan santan cair..kacau rata
biar empuk dan pecah minyak
6. Masukkan santan pekat..kacau..kobis dan biar kobis empuk
7. Masukkan bawang besar..kacau
8. Masukkan garam, gula sikit dan biar mendidih...tutup api..siap dihidang

Goreng Sayur Raja (Ti Wan Choi)


Saya selalu beli sayur ni tapi tak tahu nama...sehinggalah semalam sepupu saya di JB beritahu nama sayur ni sayur raja...oooo.....tadi saya belek sayur sebelum masak...ada tulis Ti Wan Choi .... kenapalah selama ni saya tak pernah nak belek huhu!!

dulu masa saya kerja...ada sorang kawan ayah dia pekebun, masa pegi hypermarket saya nampak dia beli sayur ni...saya pun tanyalah...sayur apa...dia ada cakap tapi dalam bahasa cina.. ayah dia kata sayur ni bagus utk org yg ada batuk berkahak dan yg hisap rokok.....saya start makan ni tahun 2008 sebab eisya start batuk2 masa tu...seminggu sekali saya mesti beli.  Sepupu saya kata sayur ni elok utk cuci darah..ramai chinese suka sayur ni.  Rupanya byk kebaikan sayur ni kan....so saya akan terus amalkan...sayur ni sedap masak oyster sause, buat masak mcm kailan ikan masin atau goreng pun sodap...

utk resipi kali ni saya goreng je :)

BAHAN-BAHAN
1 ikat sayur raja, basuh, potong dan toskan (sebab dia berlendir sikit maka buat mcm kita nak masak bendi)
sedikit lobak merah dihiris nipis
1/2 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1 papan fish cake
minyak utk menumis
garam secukup rasa

CARA-CARA
1. Tumis bawang merah dulu sebab bawang putih cepat hangit...selang berapa lama tumis bawang putih.
2. Dah nampak layu tu masukkan lobak merah dan fish cake, gaul mesra-mesra
3. Masukkan sayur, gaul.
4. last masuk garam secukup rasa dan gaul. Boleh hidang dah :P

Nenas dan colek


Selalu kalau kita makan nenas...sedap kalo cicah ngan garam atau ngan kicapkan...tapi sedap juga kalo wat colek (buah lain mcm jambu air, mempelam dll pun sodap cicah mcm ni huhu) ~ ini cara saya yg sempoi ye..lain org lain caranya :)

BAHAN-BAHAN

5-6 batang cili padi (ikut tahap pedas anda)
seinci belacan
2 sudu besar gula
kicap manis (agak2 tenggelam gula tu)

CARA-CARA
1. Tumbukkan cili padi agak2 halus
2. Masukkan belacan dan tumbuk
3. tuangkan 2 sudu gula...dan masukkan kicap...gaul rata. Siap...boleh makan dah :)

Acar / Jelatah



Bahan:
1 batang timun dihiris
1 biji tomato dihiris
1 bawang besar dihiris
1 potong nenas dipotong kecil
1 sudu besar cuka makanan
garam dan gula secukup rasa

Cara2:
1. Masukkan timun, tomato, bawang dan nenas dalam salad bowl
2. Masukkan cuka, garam dan gula
3. Gaulkan mesra
4. angkat dan hidang

Ayam Masak Merah

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam dipotong sederhana
1 inci halia
5 ulas bwg merah
5 ulas bwn putih
2 batang serai diketuk
cili kering yg direndam dengan air panas
1 cawan sos tomato/tomato puree
air asam jawa 1 cawan
1 tin kacang peas (jika suka)
bwng besar dihiris sederhana


Cara2:
1. Goreng ayam separuh masak
2. kisar cili kering, bwg merah, halia dan bwg putih, serai
3. tumis bahan kisar hingga pecah minyak
4. masukkan air asam jawa dan kacau
5. masukkan sos tomato/tomato puree dan kacau
6. masukkan kacang peas(jika suka) dan bawang besar..kacau..siap dihidang

Nasi Jagung


Boleh dihidang dgn ayam masak merah atau kurma ayam bersama acar/jelatah

Bahan :

4 pot beras basmathi dibasuh dan toskan/beras biasa pun boleh
1 tin jagung manis
rempah 3 sekawan
1/3 cawan susu ideal
margerin / minyak sapi
5 biji bawang merah dihiris
2 inci halia dihiris halus
air..sukat mcm masak nasi biasa
garam
bawang goreng

Cara:
1.cairkan minyak sapi/marjering dalam periuk
2.Tumis rempah 3 sekawan (bunga lawang..bunga cengkih dan kayu manis)
3.masukkan halia dan bwg merah...tumis garing...masukkan jagung manis dan kacau
4.Masukkan air
5.Masukkan beras dan kacau rata
5.masukkan susu ideal (jgn byk sangat nanti lemak berkrim gitu)...kacau rata
6.Masukkan garam..kacau rata...angkat dari dapur gas..ke periuk nasi..dan masak mcm biasa..
7.Dah masak hidangkan dan tabur bawang goreng

Monday, July 16, 2012

Jering Goreng Berlada

Mood cooking-cooking, eating-eating masakan kampung sudah mari...balik kg..bukan setakat belimbing dan itik salai saya bawak balik...jering pun ada...hehehh!! jadi menu hari ni berasaskan jering :)

jering fresh dari pokok :)


Jering Goreng Berlada fresh from the kitchen :)

BAHAN-BAHAN :

Bebarapa keping jering dibelah 2 dan hiris nipis digoreng hingga lembut, angkat dan ketepikan
segenggam ikan bilis dibasuh dan digoreng garing
1 biji bawang besar - mayang kasar 
cili merah dihiris (kasi warna-warni sikit)


BAHAN TUMBUK
5 biji bawang merah
1 ulas bwg putih
10 biji cili padi - ikut tahap kepedasan
1 inci kunyit hidup 


minyak utk menumis
garam & perasa secukupnya

 
 CARA-CARA : 

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau, tuang jering. Gaul rata.
  3. Masukkan garam secubit sudah sebab ikan bilis dah masin. 
  4. Masukkan bawang besar, cili merah gaul sampai bawang/cili layu sikit
  5. Letak Ikan bilis goreng. kacau rata...tutup api dan boleh makan dah :)


Sambal Tumis Ikan Bilis dan Belimbing Buluh


cara buat dia sama mcm wat sambal tumis ikan bilis tapi instead of masukkan air asam jawa...kita ganti ngan belimbing...so ada masam2 gitu...(belimbing tu belah 2 tau)

BAHAN-BAHAN : 


7-6 biji belimbing buluh dibelah 2, basuh dan toskan
1 genggam ikan bilis dibasuh kemudian toskan dan goreng garing, ketepikan
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar:
9-11 tangkai cili kering direndam air panas
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih

CARA-CARA
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan sedikit air dan kacau. Biar sampai pecah minyak. Masukkan belimbing, kacau.
3. Masukkan bawang besar, garam dan gula.
4. Kemudian tuangkan ikan bilis goreng. Gaul rata. Tutup api ... siap!


Itik Salai Masak Lomak Cili Api


kalau balik kampung lalu ikut Kuala Pilah mmg permandangan kiri kanan jalan tu permandangan itik, daging dan keli salai je heheh!! tempting sungguh...maka saya pun singgah le setiap kali balik...hari tu beli daging salai kan...ni beli itik salai pula :D

itik, ayam..daging dan ikan sedang disalai...huhu! aroma menusuk kalbu :P
inilah rupa itik salai masak lemak cili api saya

BAHAN-BAHAN  (utk 4 orang makan) :

1/2 ekor itik salai dipotong sederhana
2 inci kunyit hidup
10 batang cili padi (kalo nak pedas lagi tambah le..saya byk ni cukup..anak kecik tak makan pedas)
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
4 batang serai diketuk
garam secukup rasa

CARA-CARA : 

1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat. Perapkan dengan itik.
2. Panaskan periuk dan masukkan itik yg diperap tadi. Letak sikit air dan serai diketuk.
3. dah menggelegak sikit masuk santan cair. Kacau sikit2.
4. Menggelegak baru masuk santan pekat. kacau selalu takut pecah minyak
5. masukkan garam dan tunggu mengelegak...tutup api dan hidang :)


Thursday, July 5, 2012

Sup tulang cara saya :)




Bahan2 :
1 kilo tulang sederhana besar dibasuh dengan sedikit tepung bagi mengurangkan hanyir - direbus selama 3 jam (biar empuk) kalo pakai pressure cooker cepat sikit
1 sudu lada hitam ditumbuk lumat
1 inci halia ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
5 ulas bawang merah sederhana besar ditumbuk
1/2 peket serbuk rempah sup yang dipekatkan dengan sesudu air rebusan tulang
1 liter air rebusan tulang
garam secukup rasa
daun sup dan daun bawang
1/2 biji limau nipis
1 biji tomato dibelah 4
minyak masak untuk menumis

Cara-caranya:
1. tumiskan bahan-bahang yang ditumbuk sehingga naik bau
2. masukkan rempah sup dan kacau hingga pecah minyak
3. Masukkan air rebusan tulang dan kacau rata
4. Masukkan tulang dan biar mendidih, masukkan tomato
5. Tutup api dan tuang sup ke dalam mangkuk
6. tabur hirisan daun sup dan haun bawang serta perahkan air limau nipis

siap untuk dimakan..simple kan? cara saya la..lain org lain caranya :)

Monday, June 25, 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Bahan-bahan :


3 potong ikan tenggiri~ dibersihkan
1/2 ikat daun kesom
1 kuntum bunga kantan~dipotong 4
1 sudu kecil halba
Kacang bendi (jika ada)

2 biji tomato dipotong 4
asam jawa dibancuh dengan semangkuk besar air
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering~direndam dalam air panas
5 biji cili api (jika suka)
1 inci belacan

Cara-cara :

 
1. Tumis bahan kisar dan halba hingga garing.
2. Asam jawa dicampurkan dengan 1 mangkuk air. Masukkannya ke dalam bahan tumis tadi. Biarkan mendidih
3. Masukkan ikan, daun kesom dan bunga kantan. Masak sehingga kuah sikit kering
4. Masukkan garam dan bendi/tomato. Bila bendi/tomato sudah layu, angkat.


PADRIK BEBOLA IKAN


RESIPI DARI MAJALAH RASA :

BAHAN-BAHAN:
  • 10 biji bebola ikan
  • ½ labu bawang besar                     | dihiris
  • 1 ulas bawang putih                        | dihiris
  • 4 keping daun limau purut
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3 tangkai cili kering                          | dikisar halus
  • 10 tangkai cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi di dalam kuali. Selepas itu, masukkan cili kering yang telah dikisar dan kacau hingga pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan sos tiram dan kacau lagi. Masukkan cili padi dan gaul rata.
  3. Masukkan bebola ikan dan daun limau purut dan kacau hingga masak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Hidangkan dan sedia dinikmati.

Sunday, June 17, 2012

Siakap 3 Rasa


Beli siakap sekor....asyik wat steam je apa kata masak 3 rasa pula....nenas ada ni...google lah jap tgk kot2 ada resipi yg simple tapi menjadi...
resipi ni saya amik dari blog ini http://aznanie.blogspot.com/




Bahan-bahan:
Utk ikan:
1 ekor Ikan Siakap
Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knoor (saya tak letak ni-saya letak garam dan kunyit je)
Minyak untuk menggoreng ikan

Utk kuah:
1 biji bawang besar - potong dadu
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili padi - potong kecik-kecik
1 inci halia - dihiris kecik
1 biji tomato - potong dadu (tomato cherry belah dua qty ikut suka)
Segenggam nenas - yang dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa (saya tak letak ni..tak suka)
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Ikan dibersihkan dan ditoskan
Sapukan garam dan kunyit. Pastikan semua bahagian di lumur rata
Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi
Goreng terendam ikan tersebut
Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali yang lain
Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih
Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan
Kacau sebentar
Masukkan bawang besar, tomato dan nenas
Masukkan air sedikit
Tambahkan garam, gula dan
Biarkan kuah mereneh seketika
Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi

Thursday, June 14, 2012

Kerang Merah Ala Thai

Semalam saya terbeli 2 kilo kerang....semalam wat kerang rebus tapi kerangkan tak tahan lama so hari ni kena masak kerang lagi le gamaknya...nak buat rendang pedas kerang...selalu dah...nak buat kari...kari kurang digemari di rumah saya..sambal...asyik sambal je...jadi nak masak apa ye...saya pun google resipi kerang...dan came across blog Che Mat Gebu....Kerang Merah Ala Thai? waaahhhh sedap tu...saya pun cubalah :)


saya tak de tomato besar so saya guna cherry tomato, capsicum dan cili ijau..itu yg nampak lain sikit :)

terima kasih Che Mat Gebu atas resipi yg marbeles ini :D

Kerang Merah Ala Thai

Thursday, May 24, 2012

Masak Lemak Rebung dan Ayam


Antara lauk kegemaran saya....kalau makan umah mak sedara di lumut..harus 3 pinggan ... mantap!! sebab jarang ke sana maka kenalah belajar masak ni sendiri kan...walaupun not quite as good as my aunty's cooking..tapi mmg 2 pinggan jugak le makan hehheheh :D

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam
1 bungkus rebung, basuh dengan air kapur dan toskan
6 biji cili api ditumbuk
1 cawan santan air
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
3 batang serai yg telah dititik


Cara Masak :

1.masukkan cili yg telah ditumbuk dan air ke dalam periuk dan panaskan dengan api sederhana
2. masukkan ayam dan biarkan sampai ayam empuk
3. masukkan santan cair..kacau
4. masukkan rebung kacau
5. masukkan serai
6. masukkan santan pekat, kacau selalu takut pecah minyak...mendidih tutup api dan sedia dihidang

Friday, May 18, 2012

Makaroni Goreng Simple2 sudah :P


memandangkan minggu ni sibuk sgt...dalam seminggu ni hanya 2-3 kali je makan masak kat umah....especially bekfes....so hari ni mood memasak dtg lagi...tgk peti sejuk...aiya...ada nugget n karot je...stock makaroni ada lagi...kita buat makaroni goreng simple sudah..janji sedap, berkhasita dan mengenyangkan...betul tak....

ok...bahan-bahannya adalah (ini utk makan 4 org ye):

1/2 peket makaroni (direbus sampai kembang letak sikit minyak zaitun dan sedikit garam masa merebus)
(toskan dan ketepikan)
1/2 batang karot dihiris nipis
Nugget ayam digoreng kemudian dipotong 4
sedikit lada sulah (dalam 1 sudu teh)
sedikit serbuk lada hitam (dalam 1/2 sudu teh)
1 biji telur
garam secukup rasa
~nak letak bahan perasa letak le...tapi saya tak biasa...

bahan kisar :
6-7 tangkai cili kering direndam air panas
5 biji bawang merah sederhana besar
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak...tumis bahan kisar tadi sampai pecah minyak dan naik bau.
  2. masukkan karot dan nugget tadi gaul rata.
  3. Pecahkan telur. Kacau lagi.
  4. Masukkan makaroni gaul mesra-mesra gitu
  5. letak lada sulah dan lada hitam. Gaulkan.
  6. Masukkan garam.  Kacau rata.
  7.  Tutup api...kalau nak letak daun bawang pun boleh tapi saya tak de stok..malam ni baru nak pegi pasar malam heheheh...
Selamat mencuba :)

Saturday, February 18, 2012

Sambal Tempe


Bahan-bahan :

5 keping tempe yg dibasuh, dipotong kecil, diletak garam dan kunyit kemudian digoreng garing
segenggam ikan bilis yg telah dikopek, dibasuh dan digoreng (kalau nak letak kacang tanah yg digoreng pun boleh tapi saya tak letak...family tak suka kacang)
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
sedikit garam
air asam jawa
gula melaka secukup rasa (kalau tak de gula pasir pun tak pe)

Bahan kisar :
6-7 tangkai cili kering di potong dan direndam dalam air panas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan jika suka (saya tak letak)


CARA-CARA :
  1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau
  2. masukkan air asam jawa, kacau.
  3. Letakkan garam dan gula kacau sampai hampir kering
  4. kemudian masukkan tempe dan ikan bilis. Gaul rata sampai kering..siap utk dimakan :)

Ayam Goreng Rempah Kari


Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam dipotong kecil dan dibersihkan..tos
1 biji bawang besar dihiris nipis
3 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia (jika suka) dihiris nipis
sedikit kacang panjang dipotong sederhana
1/2 batang lobak merah dihiris nipis
1/2 pekat rempah kari (tak kisah le ayam ke ikan tapi saya guna ikan-sebab? itu je ada heheheh) - rempah tu bancuh dalam mangkuk bersama 1/2 cawan air
garam secukup rasa


CARA--CARA :

  1. Lumur ayam dengan kunyit dan garam.
  2. Gorengkan ayam, garing angkat dan ketepikan
  3. gunakan kuali lain. tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau
  4. masukkan rempah kari tadi dan kacau rata
  5. masukkan sayuran dan gaul rata
  6. kemudian masukkan ayam dan gaul mesra gitu hehehhe!!
  7. jgn lama sgt dan api besar nanti hangus pula.
  8. letak garam sikit dan siap utk dimakan :)

Thursday, February 9, 2012

Nasi Daging, Kurma Daging & kobis serta air asam kerisik

Sebelum tu...nak bagitau...nasi daging tu saya beli perencah online dari seorg pengusaha di Pulau Pinang. Saya memang dah lama teringin nak makan nasi daging tapi tak pandai buat...org penang mmg pandai buat nasi daging...kalo dapat makan pun masa hari raya haji kalau kebetulan balik utara...mak mentua kakak saya yang buat..kalo tak memang kempunan lah...jadi bila tengok ada jual online saya pun try test. Sedap!! memang sedap!!

Sebab saya tak masak betul2 ikut resipi tradisional...maka tak bolehlah saya letak resipi di sini...tapi air asam dan kurma serta acar tu mmg air tangan saya.

Air asam ni mmg terkenal di utara. Kalau pergi kenduri mmg tak sah tak de. Tukang masak terkenal dikampung saya ada bagi resipi sebab saya selalu minta dia tapaw lebih utk saya kalau ada kenduri..arwah dah pakcik tu. Pak Usop...tapi kerana saya masih sekolah...very the busy-busy..kertas tu pun hilang...

dah besar ni..dah beranak pinak...dan sebab susah nak dapat makan (balik kg pun boleh kira berapa kali...) maka saya nekad nak buat sendiri...sebab nak makan punya pasal...so this is it, cara ingat-ingat lupa...

Resipi Air Asam Kerisik

1 sudu asam jawa dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
2 biji limau kasturi - diambil airnya

BAHAN A :
1 biji cili merah
4 biji cili api (ikut suka dan ikut tahap kepedasan...saya tak letak nanti anak tak nak makan)
1 atau 1 biji tomato samada dihiris atau dipotong dadu
1 inci belacan dibakar
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar kerisik

Bahan B (dihiris)
1 labu bawang besar
1 biji cili merah



CARA-CARA :
1. kisar bahan A
2. Gaul dengan bahan B
3. perahkan air limau kasturi dan gaul rata...

dah boleh makan :)

Resipi kurma daging + kobis tu boleh dapat disini , cuma kali ni saya tak letak tomato. Resipi Acar disini.

Saturday, January 28, 2012

Cendawan Goreng ala pasar malam

Saya ni jarang pagi-pagi dapat tgk tiwi....yelah...mmg sibuk..bgn 5.30a.m. dah kemas umah...mop bagai...lepas tu wat sarapan...siapkan anak skolah...en. hubby pegi keje je..operasi vakum (hari-hari ke? mop vakum ni selang sehari..alergi habuk you) dalam pukul 9 tu saya dah masak. Kalau masak ringkas...pukul 10 tu siap lah..boleh sidai kain pulak...kalo yg heavy metal..10.30a.m. just nice nak tgk Chinta..hehehe!! ala yg Fasha berlakon tu..sedeyyyy...tu pun sambil tengok sambil mengadap lap top (makcik berniaga online)

cuma kadang2 kalo malam en hubby nak belanja makan kat luar...thari saya bawak anak2 makan kat luar balik skolah...

apalah citer pasal jadual harian plak...opsss..iklan ye...

ok berbalik pada tajuk...Cendawan goreng...korang mesti pernah makan kat pasar malam kan? Sedap...Crunchy...krap krup....hehheh...ada satu hari tu...2 minggu lepas kot..tertengok 5 rencah 5 rasa (selalu mmg tak sempat) chef tu buat cendawan goreng ala pasar malam...saya pun menanamkan azam nak buat...saya ni amatle suka cendawan..puteri saya yg eisya dan en hubby pun suka...yg kureng suka yg kecik tu...dia kita wat menu lain.

Inilah hasilnya :D

resipi kat bawah ni ye :)

BAHAN-BAHAN
1 peket cendawan...kalo ramai..buatlah 2 peket
1 biji telur
tepung kentaki
chilli flakes (paprika)
minyak utk menggoreng

CARA-CARA
  1. memula cuci cendawan (saya belah 2 cendawan tu) dah bersih tu keringkan..make sure betul2 kering ye...so kalo nak masak thari..pagi dah basuh dan keringkan (bawah kipas pun boleh tapi bawah tudung saji la) jgn sesekali tak basuh wokeh..nanti kena cerry berry :P
  2. pukul telur sebiji kasi kembang
  3. dalam mangkuk lain tuang tepung kentaki tu...letak serbuk cili (paprika)...garam tok sah pasal tepung kentaki tu ada garam dan...gaulkan
  4. celup cendawan dalam telur...celup kat tepung..balik-balikkan...goreng dalam minyak panas....huhuhu!!! dah nampak ranggup tu...angkat....
makan panas-panas ngan sos mmg mantop.

Wednesday, January 18, 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Bahan-bahan

2 potong ikan tenggiri bersaiz sederhana/besar
1 ikat daun kesum
3 batang bunga kantan
1 cawan air asam jawa
1 cawan air
1 keping asam keping
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 biji tomato dipotong 4 atau 7 ke 8 batang bendi

Dikisar
3cm belacan bakar
1 inci halia
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
9 ke 15 tangkai cili kering direndam air panas (ikut tahap pedas anda..nak pedas tambah lagi)
1 inci belacan (jika suka)

Cara-cara:
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak..masukkan bunga kantan dan daun kesum...kacau...harum kan...
2. Bila dah agak garing masukkan air asam jawa..dan air..dan serbuk kunyit, asam keping
3. Masukkan ikan...biar sekejap, kalau nak kuah byk tambah air
4. Masukkan bendi dan tomato..biarkan mengelegak
5. Masukkan garam...kacau sikit-sikit je takut isi ikan pecah ..siap dihidang :)

Wednesday, January 11, 2012

Salad Tomato Ikan Bilis


Bahan-bahan :

3 biji tomato dihiris nipis
1 cawan ikan bilis yang digoreng garing
sedikit jus lemon
sedikit gula
garam secukup rasa
1/2 labu bawang merah dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris npis
5 biji cili padi dhiris nipis

Cara-cara :
Gaul semua bahan dan perahkan lemon. Gaul lagi. Makan ngan nasi panas...MANTOP!