Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Friday, July 29, 2011

Laksa Penang




Huhuh!! Setelah 5 tahun saya tak masak laksa...ntah mcmmana hari ni terasa nak masak laksa pula...ini semua gara-gara gigantic belacan yg my hubby beli kat melaka hari tu....ehehheh!!

Kenapa lama tak masak laksa? hmm...my hubby ada sinus...tak boleh makan belacan...sikit-sikit bolehlah tapi kalo banyak mmg akan migrain lah dia...mula-mula ingat nak buat semalam sebab my hubby outstation tapi kesian pula bila dia tanya bila nak masak..maknanya dia nak makan lah kan.....so buat lah..harap-harap dia tak migrain lah....pagi2 saya dah merendam laksa...siapkan bahan-bahan...laksa utk makan tengahari...simpan ke petang untuk my hubby...malam for sure makan kat luar sebab mesti dia nak pekena thai food sebab 5 hari asyik makan roti....huhuh!


oh ye..special thanks to my sister and my mum sebab bagi guidance through phone...yelah dah lama sure dah lupakan....tapi alhamdulillah skill masih ada...rasa masih tip top hehehh! masuk bakul angkat sendiri nampak...!!! cewahhhh!!


Bahan-bahan :


1 kg laksa (direndam lepas tu rebus pula) - tos dan ketepikan
1 kg ikan kembung (kalo mix ngan ikan sardin pun wokeh - bukan sardin tin ye...)
2 batang bunga kantan dibelah 2
5 keping asam gelugur (asam keping lah tu)
1 tangkai daun kesum amik pucuk je
garam
1 liter air

utk dikisar :
cili kering dalam 20 batang (ikut tahap pedas...nak lagi pedas tambah lagi) - rendam ngan air panas kasi kembang
3 biji bawang besar
of course belacan kan...berapa byk...saya letak sebesar ibu jari heheehh!!
air sikit utk blender


ulam-ulam :
1 biji timun dihiris kecil
2 biji bawang besar dihiris
4 biji telur rebus
beberapa biji limau kasturi dibelah 2
cili padi, cili merah dihiris
kalau suka, daun selom dihiris, salad...org utara dia letak cucur udang dipotong kecil dan nenas (saya tak letak - tak de stok heheh)


CARA-CARA :
1. Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulang dan kisar isi dengan sedikit air rebusan ikan hingga halus
2. Sediakan periuk. Masukkan bahan kisar iaitu cili, bawang dan belacan ke dalam periuk dan tuang ikan yg telah dikisar tadi.
3. pasang api perlahan.
4. Masukkan daun kesum, bunga kantan, asam gelugur dan air. Renehkan dan masukkan garam. Mengelegak..siap.
5. Sediakan laksa dalam mangkuk dengan bahan-bahan ulam dan telur. Tuang kuah..siap untuk dimakan :)

Sunday, July 24, 2011

Ayam Sos tiram dengan Cendawan Shitake


Bahan-bahan :

Ayam dipotong kecil dan digoreng (letak garam dan kunyit)
4 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
2 sudu Sos tiram
1 sudu kicap lemak manis
1 sudu serbuk lada hitam
1 inci lobak merah dihiris
Sedikit minyak masak

Cara-cara:

1. Goreng ayam sehinga separuh masak.
2. Tumiskan bahan-bahan dihiris sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis. Kacau.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata. Biarkan hingga daging cukup masak.
5. Masukkan hirisan lobak merah dan cendawan. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan garam.
6. Gaul rata. Tutup kuali dan biarkan seketika.
7. Hidangkan.

Thursday, July 21, 2011

Masak Lemak Cili Api Ikan Salai dan Nenas

My mother in law baru balik dari Kapit Sarawak...saudara mara di Kapit hadiahkan banyak ikan salai. MIL pun bagi sebungkus...puas lah fikir nak masak apa...yg relatives cadangkan asam rebus mcm asam rebus ikan parang tu...tapi masak lomak pun sodap kan....jadi hari ni...saya masak masak lemak cili api ikan salai + nenas....tadaaaaa!!!! kuah kena pekat tau...bukan cair macam masak lemak cili padi ayam tu...


BAHAN-BAHAN :

1 kilo ikan salai (ikan keli salai pun tak pe)
4 cawan santan pekat
3 batang serai dititik
1-2 keping asam keping
garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

10 biji cili padi
4 cm kunyit hidup

CARA-CARA :
1. Satukan santan pekat dengan bahan yg ditumbuk tadi, asam keping dan serai.
2. Renehkan atas api perlahan dan kacau selalu supaya tak pecah minyak
3. kalau kuah tak cukup tambah santan lagi
4. Dah mengelegak (kacau selalu tau) masukkan ikan salai dan garam. Biarkan mendidih
5. Bila ikan dah lembut, tutup api dan boleh dihidangkan.

NOTE : kalau masak masak lemak cili api kuah kena kacau selalu takut pecah minyak.

Wednesday, July 6, 2011

Nasi Ayam


Semalam anak saya yg kecik minta ibunya masak nasi ayam. Budak-budak memang suka nasi ayam sebab tak pedaskan..Jadi untuk tak menghampakan si cute Balqis saya pun buat nasi ayam for lunch hari ni.

nak resipi tgk entry ni ye :)
http://daridapurcomelku.blogspot.com/2010/10/nasi-ayam-cara-tila.html

Masa taip entry ni anak saya Batrisyia sedang makan...tanya ok tak...sambil sengih-sengih dia cakap SEEEEDDDDAAAPPPPP..apalagi saya pun join tersengih sama lah hehehehh! Perkara yang paling best bila memasak adalah bila tengok org makan masakan kita...mmg puas hati :D

Mee Rebus

Hari ni entah kenapa rasa nak makan mee pula..mungkin sebab tak tahu nak masak apa....sampai kedai terpandang mee kuning. Nak buat mee goreng basah, dah selalu sangat...teringat mee rebus...Mee Rebus pun sodap kan? Kena lak ngan teh O panas...so itulah menu saya malam ni... hubby makan 2 pinggan heheheh!



BAHAN-BAHAN :

Untuk dikisar :
15 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
1/2 inci halia

1/2 kilo daging dipotong kecil-kecil (dadu)
3 biji ubi kentang direbus dan lenyekkan
200gm udang kering (ditumbuk kasar)
4@5 sudu cili giling
4@5 sudu sos cili
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menumis

BAHAN TAMBAHAN

Mee kuning dicelur dengan air panas
Taugeh basuh dan toskan (jika mahu)
Tauhu digoreng dan dibelah 6 (jika mahu)
Bawang goreng
Telur Rebus
2-3 biji limau kasturi
Daun sup dan daun bawang dihiris kecil
Udang direbus (jgn lama sangat nanti kecut)
sedikit sawi dicelur

CARA-CARA
:

1. Tumis bahan kisar
2. Masukkan cili dan cili sos kacau rata
3. masukkan udang kering kisar kacau lagi
4. masukkan daging, kacau 5 minit
5. masukkan air secukupnya, rebus daging hingga empuk.
6. Setelah daging empuk, masukkan kentang kisar..kacau dan biarkan mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya
7. Reneh kuah mengikut kepekatan ikut selera masing-masing.
8. letak bahan lain dalam bekas dan bila nak makan baru letak dalam pinggan bersama mee kuning dan tuang kuah.

Siap...Selamat Mencuba :)

Tuesday, July 5, 2011

Nasi Dagang Terengganu

Wiken yang lepas kami sekeluarga pergi ke Marang Terengganu dengan misi meminang untuk adik lelaki saya. Keluarga pihak perempuan menyediakan hidangan Nasi Dagang kepada kami...Wah!!! Bila suap je ke mulut...secara otomatik mata terbeliak....SANGATTTTT SEEEDAAAAPPPPP!!!

Ini lah rupa nasi dagangnya.

Saya memang sangat suka nasi dagang yelah duduk pantai timur lebih 13 tahun...tapi tak pernah rasa semarbeles ni..tgk ajelah pinggan saya ni... hehehehh!!

InsyaAllah suatu hari nanti saya akan belajar masak nasi dagang ... mungkin cubaan pertama kedua dan ketiga tak sesedap ni..tapi insyaAllah rajin dan usaha tangga kejayaan kan :)

Ayam Goreng Kicap


BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam dipotong sederhana
2 labu bawang besar dipotong bulat
1 tangkai daun bawang
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 batang cili merah dipotong serong (jika suka)
1 biji tomato dibelah 6 (jika suka - umah saya tak de stok itu yg tak letak hehehhe)
Kicap secukup rasa (dalam 2 sudu)
garam
kunyit serbuk
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA:

1. Bersihkan ayam dan lumur dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam garing.
2. Bila dah garing, keluarkan sedikit minyak bagi cukup-cukup menumis je
3. Masukkan serbuk lada hitam dan bawang besar kacau rata
4. Masukkan daun bawang dan kicap
5. Gaul mesrakan. Tutup api dan siap dihidang :)

Monday, July 4, 2011

Masak lemak udang dan kacang panjang



BAHAN-BAHAN:
300g udang
5 tangkai cili padi - ditumbuk (jika suka pedas, tak payah pun tak apa)
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 labu bawang besar ditumbuk
1 inci kunyit hidup ditumbuk
3 batang kacang panjang dipotong dalam 2 inci
1 batang serai diketuk
1/2 helai daun kunyit dihiris
1 keping asam gelugur/asam keping
sedikit garam

CARA-CARA :

1. Didihkan santan cair, masukkan masukkan kunyit hidup yang ditumbuk
2. Masukkan bawang besar dan cili padi. kacau perlahan2. kecilkan api (kena selalu kacau nanti pecah minyak tak cantik).
3. Masukkan serai dan asam gelugur
4. Setelah mendidih, masukkan kacang dan daun kunyit.
5. Kemudian, masukkan pula udang dan garam secukup rasa.
6. Kacau dan tutup api..boleh dihidang.

(Note : udang masuk last sekali kalau tak udang kecut dan kurang manis. Sentiasa kacau masakan ini bagi mengelakkan pecah minyak)

Ikan Kembung Goreng Berlada


BAHAN-BAHAN:)

3 ekor ikan kembong
sedikit garam
sedikit kunyit
6 biji cili merah besar
2/3 batang cili padi (ikut tahap kepedasan anda(
1 biji bwg merah besar
2 ulas bwg putih
minyak masak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA:


1. Lumur ikan dengan kunyit dan garam kemudian goreng ikan ,angkat dan ketepikan
2. tumbuk/blend cili merah, cili padi, bawang dan bawang putih.
3. tumis bahan-bahan yg dah diblend/tumbuk tadi sampai agak garing kemudian campurkan garam & gula secukup rasa
4. Kemudian masukkan ikan goreng tadi ke dalam kuali dan gaul sampai rata dan garing
5. Tutup api, angkat dan hidang :)