Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Friday, August 26, 2011

Sambal Ikan Bilis Cili Padi


Bahan-bahan:
15 biji cili api (digoreng) - ikut tahap pedas..kalo suka pedas tambah lagi :P
2 ulas bawang putih (digoreng)
1 biji bawang besar (digoreng)
segenggam ikan bilis (digoreng)
secubit garam
2 biji limau kasturi


Cara-cara:
1. Tumbuk cili api, bawang putih dan bawang besar bersama sedikit garam
2. Masukkan ikan bilis, gaul dan mesra-mesrakan :P
3. Perahkan limau kasturi, sedia utk dihidangkan

Thursday, August 25, 2011

Salam Eidul Fitr

Salam Eidul Fitr kepada semua. Maaf Zahir & Batin. :D

Kepada yg memandu pulang ke kampung, berhati-hati dijalanraya....biarlah kepulangan anda dinanti bukan untuk ditangis ....

Friday, August 19, 2011

Daging Masak Kicap


BAHAN-BAHAN:

400gm daging (dihiris nipis-direbus terlebih dahulu)

2 biji kentang dibelah 4

3 sudu besar kicap manis

1 sudu besar kicap pekat

1 batang kayu manis

2 kuntum bunga lawang

1/2 cawan air rebusan daging

sedikit minyak untuk menumis

1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Bahan dikisar :

1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)

CARA-CARA :
1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.


2. Masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukkan daging, kentang dan 1/2 cawan air rebusan daging tadi.

3. tunggu sampai kuah kicap tadi menjadi pekat, masukkan garam (agak-agak) dan sudu kecil gula

4. Masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan.

Wednesday, August 17, 2011

Ribena Longan


BAHAN-BAHAN :

1 tin longan
1/2 cawan ribena
sedikit gula (agak-agak sebab ada syrup longan)
Air secukupnya
Ais

CARA-CARA :
1. cairkan gula dengan sedikit air panas. setelah cair masukkan ribena
2. kacau rata dan tambah syrup longan. kacau
3. Masukkan air dan buah longan. kacau
4. letak ais...siap!

Tuesday, August 16, 2011

Lala Masak Lemak Cili Api


BAHAN-BAHAN :
1kg lala (rendam seketika dlm air, utk buang kekotoran, pasir)
1 batang serai (dititik)
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
10 biji cili padi (suka pedas sampai berasap, tambahkan)
5 ulas bawang merah
sedikit kunyit hidup (takde kunyit hidup, kunyit serbuk pun takpe)

CARA-CARA:
1. Bersihkan lala dan ketepikan.
2. Renehkan santan cair, bahan2 dikisar dan serai ke dalam periuk sehingga mendidih. 3.Masukkan lala dan kacau rata supaya sebati.
4. Tuang santan pekat dan kacau selalu. Biarkan kuah mendidih lagi sehingga lala betul2 masak
5. Masukkan asam keping, perasakan dengan garam. Tutup api dan bolehlah dihidangkan...

Saturday, August 13, 2011

Rendang Pedas Ayam


Resipi ini diturunkan oleh opah saya kepada menantunya, mak saya...dan diturunkan kepada kami adik beradik....masakan org perak ni :)

BAHAN-BAHAN (utk 4 org makan ye) :

9 batang serai yg diracik halus (serai kena byk) 6 ulas bawang merah, cili kering yg direndam ngan air panas (semua ni blender)
santan cair, santan pekat
1/2 ekor ayam potong sederhana boleh potong kecil pun boleh
...2 keping asam keping
serbuk kunyit (kalau suka)
garam
daun kunyit diracik halus

CARA-CARA :
1. blender serai, bawang dan cili kering letak air sikit lepas tu tuang dalam periuk...
2. hidupkan api sederhana, tenggek periuk dan letak ayam..reneh sampai mendidih.
3. masukkan santan cair...biar mendidih..kacau tau
4. masukkan santan pekat, asam keping pastu biarkan lama jugak la sampai hampir kering (kalau suka berkuah biarkan kuah byk)...letak serbuk kunyit sikit je biar ada warna dan garam...tabur daun kunyit dan hidang...

Friday, August 12, 2011

Air Bandung + Ice Cream Soda


BAHAN-BAHAN :
untuk 1 jug

3/4 Cawan sirap - agak-agak ye...jgn terlebih merah..jgn terlebih pucat
1/2 tin susu cair
5-6 gelas air air
4 sudu susu pekat
1 botol aiskrim soda yg kecil
Ais

CARA-CARA :

1. Campurkan sirap, susu cair dan susu pekat dengan air. kacau rata
2. tambah aiskrim soda dan kacau
3. letak ais...siap!

Sup Makaroni


BAHAN-BAHAN (UTK 4 ORG MAKAN)

300gm makaroni...rebus (campur sedikit minyak-dalam 2-3 titik dan secubit) - kembang, toskan dan ketepikan
sedikit isi ayam dihiris sederhana
sedikit fishball - jika suka (saya suka heheh :) )
4 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2cm halia dihiris
1 sup bunjut jika suka
lobak merah - potong bulat boleh...panjang-panjang pun boleh - ikut suka
1 biji tomato - belah 6
minyak masak
air secukupnya
garam
daun sup dan daun bawang
bawang goreng sebagai penambah

CARA-CARA :
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau
2. masukkan ayam...kacau kemudian masukkan air kacau
3. Masukkan sup bunjut....lobak merah dan garam...kacau rata
4. Masukkan makaroni dan tomato...biar seminit...tutup api dan angkat...masa hidang tabur daun bawang + daun sup dan bawang goreng :)

kalau ada sambal kicap lagi mantop!

Thursday, August 11, 2011

Kerabu/Urap Pegaga + Selom


BAHAN-BAHAN :
1 ikat pegaga - buang akar..bersihkan..toskan
1 cawan kelapa parut putih
1 biji bawang besar dihiris
1 biji limau kasturi

BAHAN DITUMBUK
1/3 cawan ikan bilis, rendam 10 minit, toskan (kalau tak ada boleh ganti dengan udang geragau kering..rendam, toskan)
6 ulas bawang merah
1/2 inci belacan jika suka
3 biji cili merah
sedikit cili padi jika suka
sedikit gula
sedikit garam

CARA-CARA :

1. potong kecil-kecil ulam-ulam tadi. ketepikan.
2. Gaul kelapa bersama bahan2 tumbuk hingga rata.
3. kemudian goreng kelapa tadi tanpa minyak dalam kuali selama 3 - 4 minit.
4. tuangkan kelapa tadi atas ulam-ulaman dan bawang dan gaul rata
5. Masa nak makan nanti perah limau kasturi sikit.

dah boleh makan :)

Wednesday, August 10, 2011

Kurma Ayam


BAHAN-BAHAN :
Anggaran makan untuk 4 orang

1/2 ekor ayam
3 biji kentang dibelah 4
rempah 4 beradik
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
2 biji bawang besar di belah 4
1 bungkus rempah kurma dibancuh dengan air
cili hijau dan cili merah dibelah 2
garam dan sedikit gula

bahan ditumbuk:
1/2 inci halia
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

CARA-CARA :

1. Cuci ayam bersih2
2. panaskan minyak sedikit dalam periuk
3. tumis rempah 4 beradik
4. masukkan pes rempah kurma dan kacau...masukkan santan cair..kacau rata
5. Masukkan ayam biar kecut
6. Masukkan santan pekat, bawang besar dan kentang..biar kentang empuk
7. Masukkan garam dan gula..
nak bagi cantik masukkan cili merah dan cili hijau yg dibelah 2...kasi warna warni..

Acar


Bahan-bahan:

1 batang timun dihiris
1 biji tomato dihiris
1 bawang besar dihiris
1 potong nenas dipotong kecil
1 sudu besar cuka makanan
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Masukkan timun, tomato, bawang dan nenas dalam salad bowl
2. Masukkan cuka, garam dan gula
3. Gaulkan mesra
4. angkat dan hidang

Tuesday, August 9, 2011

Nasi Beriyani



BAHAN-BAHAN :
(7-8 orang makan)

1 kg beras basmathi
½ kg beras wangi
Air (sukatan sama banyak dengan beras)
½ tin susu cair
2 sudu besar air limau Sunkist
1 helai daun pandan

Bahan-bahan Tumis
1 senduk minyak sapi
½ cawan minyak jagung
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
7 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 senduk rempah beriani

Dikisar halus
10 biji bawang merah
6 biji bawang putih
2 cm halia tua



CARA-CARA:


1. Panaskan minyak sapi dan letak minyak jagung sekali - panaskan. masukkan daun pandan.
2. Tumiskan bahan – bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
4. Masukkan rempah beriani & terus tumis sampai naik bau dan pecah minyak..
5. Masukkan susu cair. Setelah hampir menggelegak masukkan 2 sudu besar air limau Sunkist.
6.Masukkan air mengikut sukatan beras.
7. Tambahkan lagi ½ cawan air.
8. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
9. Apabila menggelegak, masukkan beras. Kacau sesekali supaya tidak berkerak.
10. Apabila nasi hampir kering, kecilkan api dan tutup periuk rapat. Jangan dibuka sehingga keluar wap dari tepi tudung periuk.

Maggi Goreng Simple



BAHAN-BAHAN UNTUK 3 ORANG MAKAN:

3 peket maggi (direndam dengan air panas dan toskan)
sedikit cili paste (cili kering yg dikisar)
3 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit kicap
1 tangkai daun bawang
sedikit isi ayam (jika suka)
sedikit udang (jika suka)
Sedikit sawi/taugeh (jika suka)
sebiji telur
sedikit garam
(kalau guna maggi goreng MEE SEDAP - 2 bungkus perencah dia yg peket kelabu tu...kalo tak, tak payah pun tak pe)

CARA-CARA :
1. Mula-mula panaskan minyak...tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2. masukkan cili paste dan kacau rata sampai pecah minyak
3. masukkan udang ke isi ayam ke...kacau sampai empuk
4. kemudian masukkan telur biar seketika baru kacau
5. masukkan sawi/taugeh
6. Selepas itu masukkan maggi tadi dan gaul rata...masukkan garam dan perencah maggi. Kacau rata.
7. Tutup api dan boleh hidangkan...boleh juga letak daun bawang dan bawang goreng.. lagi sedap kalau ada sambal kicap sekali..mantap!!!

Thursday, August 4, 2011

Sambal bacang


Bahan2 :

1 biji bacang
2 biji cili merah
3 cm belacan
sedikit garam dan gula

CARA2 :


1. Buah bacang dikupaskan kulit dan cincang kasar.

2. Masukkan cili, belacan , garam dan gula dalam lesung batu. Tumbuk sehingga lumat dan sebati.

3. Masukkan bacang yg dicincang..tumbuk sedikit utk mesrakan dgn sambal

4. Hidangkan.

Kerabu Pucuk Paku dan Kerang



BAHAN-BAHAN :

Utk kerabu :
2 ikat pucuk paku (ambil pucuk sahaja) dicelur dengan air panas.
taugeh 30 sen dicelur dengan air panas
Kerang sekilo direbus dan ambil isi
4 ulas bawang merah dihiris
4 batang cili api dihiris

Kuah :
Cili kering 8 batang direndam air panas dan kisar bersama 5 biji bawang merah
2 sudu kerisik
2 cawan santan pekat
sedikit belacan jika suka

CARA-CARA :
1. celur pucuk paku taugeh dan ketepikan.
2. kopek kerang yg sudah direbus dan ketepikan
3.Hiris bawang merah dan cili api ketepikan

4. ambil bahan kisar dan satukan bersama santan dan kerisik didalam periuk..masakkan (supaya tahan lama-tak masak pun tak apa tapi nanti tak tahan lama, cepat basi)
5. Letakkan garam dalam kuah kacau rata.

Satukan sayur2an dan kerang dalam bekas..tuang kuah sikit2 dan gaul rata. Siap untuk dihidang...

Tuesday, August 2, 2011

Mee Hailam

-cara simple...cara saya :)


BAHAN-BAHAN :

Sedikit isi ayam dihiris sederhana - kalau daging pun boleh.
mee kuning dicelur ngan air panas dan toskan
udang dalam 10 ekor dibuang kepala dan ekornya...jgn lupa buang tali perut dia..
bawang besar sederhana saiznya dicincang halus
2 biji bawang merah dicincang halus
2 ulas bawang putih pun dicincang halus/Ketuk pun tak pe tapi kalo ketuk 3 ulas
1 sudu besar lada hitam - tumbuk jgn hancur sangat
3-4 sudu sos tiram
2-3 sudu sos cili
2-3 sudu sos tomato
3-4 sudu kicap manis cap kipas udang tu (aik...promote plak :P) - kalo nak tambah tak pe tapi jgn sampai itam sangat..
2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air utk pekatkan kuah)
bunga kobis
lobak merah dihiris ikut suka saiznya
tomato belah 6
putik jagung potong menyerong
2 mangkuk air (boleh ditambah ikut suka..kalau suka kuah byk...tambah air lagi tapi tambah juga tebung jagung...ikut kepekatan kuah)
sedikit garam

taugeh (jika suka), daun sup dan daun bawang, bawang goreng...letak masa dah tuang kuah dekat mee nanti ...masa nak makan.

CARA-CARA :


1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan ayam/daging kacau seketika dan kemudian masukkan air dan biar ayam empuk. Kalau kurang air tambahkan lagi.
3. Masukkan lada hitam...sos tiram..sos cili...sos tomato dan kicap. Biar mendidih.
4. Masukkan sayuran dan tepung jagung yg dibancuh dengan air. Bila agak pekat tutup api (kalau nak tambah kuah/air tak pe tapi lepas tu bancuh lagi tepung jagung...kuah kena pekat)
5. Bila nak makan curah atas mee...letak bawang goreng...cili potong..daun sup dan daun bawang...boleh makan dah :)


ni gambar sebelum diletak dalam pinggan...al maklum bulan pose...kena tunggu berbuka...nanti saya snap gambar lagi yg dah siap utk dimakan :)

SELAMAT BERBUKA :)