Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Sunday, October 31, 2010

Choc Moist Cake



Bahan2:
tepung kek choc. moist keluaran ibana
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air
1 cawan susu pekat manis

topping..
250 gm coklat masak
150 ml whipping cream...saye gune susu cair jer

masak atas double boiler.

***sbelum makan masuk dalam peti ais dlu..

Ayam Goreng Warna Warni



Bahan2 :

1/2 ekor ayam digoreng dengan garam dan kunyit
1 ulas bwg besar dihiris besar2
1 biji tomato yg di potong 8
air sikit...
1 cili merah dihiris
daun bawang

Cara2 :
Tumis bawang besar, cili merah...biar layu sikit..letak tomato dan air..kacau...letak ayam..gaulkan.tabur daun bawang..gaul..siap

Nasi Goreng Lada Hitam Simple



Bahan2 :

Nasi dalam 2 pot
Sesudu lada hitam ditumbuk lumat
garam
4 ulas bwng putih dihiris
4 ulas bwng merah dihiris
3 Inci lobak merah dihiris (jika suka)
1 biji cili merah dihiris (jika suka)
Daun Bawang dihiris sederhana


Cara2:
Gaulkan lada hitam dan garam (secukup rasa) dengan nasi, biarkan
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah...masukkan lobak merah dihiris..gaul mesra
Masukkan nasi dan gaul...taburkan daun bawang...angkat dan hidang

Friday, October 29, 2010

Nasi Ayam cara Tila :)




Ini nasi ayam cara paling simple, selamat, cepat dan sedap :D

Bahan dan cara-cara:

AYAM :
1 ekor ayam dipotong 2 dikukus kemudian angkat dan lumur dengan bawang putih dalam 4 ulas yg telah ditumbuk & halia (yg ditumbuk) serbuk kunyit, garam...madu sikit...dan kicap manis...kasi hitam manis gitu...(letak sos tiram sikit pun okay tapi saya tak letak)..Perap dalam sejam. Lepas tu goreng dalam minyak penuh. Jgn lama sangat sebab ayam mmg dah masak. Kira sampai kulit garing. Dah siap ketepikan. Potong bila nak makan nanti.

SUP :
3 ulas bawang putih, 4 biji bawang merah dan 1/2 inci halia ditumbuk. Leher ayam yg di potong kecil...air...rempah 3 sekawan..air..daun sup dan daun bawang

tumis bahan tumbuk dan mskkan rempah 3 sekawan....naik bau masukkan air..kacau..masukkan leher ayam..biar empuk dan mendidih..tutup api dan letak daun sup dan daun bawang yg dihiris halus..

NASI :

Basuh beras bersih2..masukkan air rebusan/kukusan ayam..halia rempah 3 sekawan..sedikit margerin..kalau nak letak kiub ayam pun boleh kalau tak nak pun tak pe dan garam...masak

cara lain : cairkan magerin dalam periuk, tumis bawang putih yg ditumbuk (dalam 3-4 ulas) halia dihiris. Bila naik bau masukkan air rebusan ayam + kiub ayam. Masukkan beras dan daun pandan...masak.


SAMBAL CILI

Tumbuk 5 ulas bawang putih dan 4@3 batang cili merah sampai lumat..letak cuka 1 sudu...letak garam dan gula secukup rasa..dan air 2 sudu (air panas ye) NOTE : ada orang masak sambal cili ni - ikut suka

KICAP

Tuang 1/2 cawan sup ke dalam mangkuk dan masukkan kicap...biar nampak hitam. kalau boleh kicap kipas udang yg lemak manis tu. Kacau. Siap

Wednesday, October 27, 2010

Tom Yam Ayam

Hari ni tak tahu nak masak apa...lama melangok kat depan fridge pastu ternampak daun limau purut..masak tom yam ke paprik...tom yam lah berkuah dan bebudak suka :)



Bahan2 :
1/2 ekor ayam yg dipotong kecil
1 batang lobak merah
2 biji tomato dipotong 4
1 peket jagung muda dihiris besar
3 biji bawang besar dibelah 4
2 kiub pati tomyam
3 cawan air
3 helai daun limau purut
2 batang serai dititik
2 biji limau nipis
garam dan gula secukup rasa
5 biji cili api yg diketuk (kalo suka pedas tambah le lagi ;p)

Cara2:
1. Masukkan ayam dalam periuk bersama air, serai..rebus selama 3 minit..masukkan kiub pati tomyam.
2.masuk kan perahan limau nipis dan bawang besar
3. masukkan jagung muda dan lobak merah
4. masukkan daun limau purut, tomato dan cili api
5. mendidih letak garam dan gula secukup rasa

Siap dihidang

Sunday, October 24, 2010

Masak Lemak Taugeh/Tauhu & Sambal Tumis Ayam

Hari ni masak simple sebab tak berapa sihat...menu hari ni sambal tumis ayam dan masak lemak taugeh & tauhu

Masak Lemak Taugeh & Tauhu


Bahan2:
Taugeh 30sen
Lobak Merah 1 inci dan dihiris halus
3 buku tauhu yg di potong 6
1 cawan santan
ikan bilis secubit
3 ulas bawang merah dihiris halus
garam
1 cawan air

Cara2
letak ikan bilis, bawang merah, santan dan air ke dalam periuk..hidupkan api sederhana...mengelegak letak lobak merah..tunggu sekejap letakkan tauhu...bila mendidih letak taugeh dan garam..kacau selalu...menggelegak tutup api dan hidang


Sambal Tumis Ayam

Saturday, October 23, 2010

Ikan Bakar Cicah Air Asam



Hari ni menu simple je...Ikan Bakar Cicah Air Asam

Perencah Ikan Bakar
bahan2
cili kering, bawang merah, bawang putih, air asam jawa, belacan, kunyit, garam dan minyak masak (kisar dan tumis spt sambal tumis sampai pekat dan menjadi pes)

Ikan - ikan cencaru dibuang kulit
Daun Pisang

Cara2:
Potong daun pisang segi empat tepat (ikut besar ikan) basuh dan keringkan
letak atas pinggan..lumur pes ikan bakar diatas daun pisang..letak ikan dan lumur pes pada ikan..balut ikan dan bakar..bakar dalam masa 15 minit..terbalik2 ikan...supaya masak rata di kedua2 belah

Air Asam
Bahan2
2 ulas bawang besar
5 biji cili api
1 biji cili merah
1 inci belacan
Air asam jawa
garam
perahan 2 biji limau kasturi jika suka

cara2:
Hiris bawang besar, cili api dan cili merah
letak dalam mangkuk...letak belacan..dan air asam..ramas dan gaulkan
perah limau kasturi

Thursday, October 21, 2010

sambal tempoyak



tumbuk cili merah + cili api. Dah lumat, masukkan ikan bilis. Tak payah lumat sangat. Pastu masukkan tempoyak. Titik serai. Masukkan semua ke dalam kuali. Air sikit, serbuk kunyit, daun limau purut kalau ada. Gula dan garam secukup rasa. Kacau 5-6 minit. Siap

Rendang Pedas Ayam




bahan2:
9 batang serai yg diracik halus (serai kena byk) 6 ulas bawang merah, cili kering yg direndam ngan air panas (semua ni blender)
santan cair, santan pekat
1/2 ekor ayam
...2 keping asam keping
serbuk kunyit (kalau suka)
garam
daun kunyit diracik halus

cara2 :
blender serai, bawang dan cili kering letak air sikit lepas tu tuang dalam periuk...hidupkan api sederhana dan letak ayam..reneh sampai mendidik..letak santan cair...biar mendidih..letak santan pekat, asam keping pastu biarkan lama jugak la sampai hampir kering (kalau suka berkuah biarkan kuah byk)...letak serbuk kunyit sikit je biar ada warna dan garam...tabur daun kunyit dan hidang...

Asam Rebus Keladi




Bahan-bahan:

5 batang keladi disiang, dan direbus dengan air garam...toskan
3 biji cili merah dikisar bersama 6 ulas bawang
Air
2 keping asam keping
1 ikat daun kesum

Cara-cara
1. masukkan air dalam periuk dan panaskan dengan api sederhana
2. masukkan bahan kisar..biarkan mendidih letak asam keping
3. masukkan daun kesum dan keladi
4. biar mendidih tutup api dan hidang

Asam Pedas Ayam



Bahan--bahan:

1/2 ekor ayam yg telah digoreng separuh masak

(Kisar)
1. Cili kering dalam 10 batang
2. Bawang merah 6 biji
3. Bawang putih 5 biji
4. halia 1 inci

Bahan dipotong/sayur :
1. 6 batang bendi
2. 2 biji tomato dibelah 4
3. 2 batang bunga kantan dibelah 2
4. secekak daun kesum

bahan lain :
1. Air
2. Air asam jawa
3. kunyit
4. Garam
5. Asam keping jika suka

Cara-cara
1. Tumis bahan yg dikisar hingga pecah minyak dan naik bau
2. masukkan daun kesum dan bunga kantan..kacau
3. masukkan air dan biar mendidih seketika
4. masukkan air asam jawa..kacau
5. masukkan ayam..kacau..masukkan kunyit biar warnanya kekuningan sedikit..dan masukkan bendi dan tomato..kacau
6. masukkan garam kacau dan tutup api..sedia untuk dihidang

Wednesday, October 20, 2010

Masak Lemak Pegaga




Bahan-bahan

Seikat pegaga (ambil daun yg muda sahaja)
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
segenggam ikan bilis
4 biji bawang merah
kunyit
garam

Cara-cara
1. tumbuk ikan bilis dan bwg merah hingga lumat
2. masukkan bahan yg ditumbuk dan air dalam periuk dan panaskan atas api sederhana
3. masukkan santan cair biarkan mendidih
4. masukkan santan pekat dan kacau
5. masukkan daun pegaga..kacau dan tutup api. Sedia untuk dihidang

Udang Masak Lemak Peria




Bahan-bahan:

2 biji peria yg dihiris sederhana dan direbus dalam air garam (rebus sekejap jgn sampai lembik) utk menghilangkan pahit
Udang yg telah dibersihkan (ikut rasa)
Cili kering yg telah dikisar bersama bawang (6 biji dan cili kering ikut selera)
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
3 batang serai yg telah dititik
1/2 cawan air

Cara-cara :
1. tumiskan cili dan bwg yg telah dikisar
2. masukkan air dan kacau
3. masukkan santan cair dan serai (kacau)
4. masukkan santan pekat
5. masukkan peria tunggu mendidih dan
6. masukkan udang, kacau..tutup api dan tutup periuk

Hidangan untuk 4 org

Udang Masak Lemak Cili Api Tempoyak


Bahan-bahan

Bawang merah dalam 4 biji
Cili Api dalam 8 biji (ikut suka sesiapa yg suka pedas letak lebih)
(Dua-dua bahan ni ditumbuk)
Tempoyak dalam 6 sudu
serbuk kunyit secukup rasa
garam secukup rasa
Air secawan
Udang yg sudah dibasuh (ikut selera)
1 helai daun kunyit yg diracik sederhana

Cara-cara
1. letakkan air secawan di dalam periuk dan panaskan atas api yg sederhana
2. masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi (cili dan bawang merah)
3. apabila mendidih masukkan tempoyak dan kacau sebati, tambahkan kunyit utk memekatkan warna kuning
4. masukkan udang, garam dan daun kunyit..biarkan sekejap dan tutup (jgn biarkan lama sebab nanti udang kecut tak manis pula.

Hidangan utk 4 orang