Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Saturday, April 18, 2015

Kulat Sisir


Sambal Kulat Sisir (style mak makcik ye..lain org lain caranya)




3 genggam kulat sisir- direndam..dibasuh beberapa kali
1 batang serai - dititik
1 sudu minyak masak - untuk menumis
Sedikit garam gula 
Santan pekat dlm 1/3 cawan
Sesudu kecik udang kering

Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
7-12 biji kering rendam ( ikut suka kepedasan memasing)


Cara2

Kulat yg telah direndam dalam 10-15 minit tu.Tujuan direndam adalah untuk mengasingkan dari benda asing..ye la kan amik kat batang pokok2 kayu..Ada gek la kulit batang kayu yg ikut sama. Basuh byk kali sampai xde pasir. Dah basuh bersih tu tos dan tumbuk sikit jgn sampai lumat, just bg lembek je.

Panaskan minyak untuk menumis dan masukkan bahan yg dikisar, udang kering dan serai yg telah dititik.Tumis hingga naik bau or pecah minyak.
Kemudian masukkan la kulat sisir yg telah ditumbuk dan sedikit air untuk memasakkan kulat tu. Masukkan santan.. garam gula dan perasa mengikut rasa u all. Gaul mesra dan masak hingga kulat masak dan pekat. 

Makan ngan ikan goreng, sambal belacan pun sodap ..sekian ;)



Singgang Ikan

Hari bermalas2... Masak singgang ikan...regu ngan sambal belacan atau sambal kicap 😉

Bahan-bahan :

Ikan (ikut suka nak guna ikan apa), siang, cuci bersih dan toskan
1/2 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk/dicincang
1 biji cili hijau (ikut kepedasan jika suka..saya xletak)
1 keping asam gelugur
Seinci kunyit dihiris
Seinci halia dihiris
2 batang serai diketuk
Air secukupnya
Garam
Serbuk kunyit jika xcukup kuning

Penyediaan :
Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, serai  kunyit dan air ke dalam periuk. Jerang hingga mendidih.
Masukkan asam gelugur, garam dan serbuk kunyit 
..kalau letak cili letaklah. Perlahankan api dan masak seketika.



Wednesday, April 15, 2015

Kentang dan Ikan Bilis Goreng

Menu ringkas...kentang dan ikan bilis goreng

Bahan
Ikan bilis segenggam...basuh tos..goreng dan ketepikan
4 biji kentang. Hiris nipis goreng dan ketepikan
3 ulas bwg putih dimayang
2 tangkai cili merah hiris
5 biji cili padi hiris..ni ikut tahap pedas
2 biji bwg besar. Potong besar2
garam

Cara:
Tumis bwg putih td sampai kekuningan. Masukkan cili padi dan cili merah
Masukkan bawang gaul.
Masukkan kentang dan ikan bilis. Gaul
Garam secukup rasa. Gaul.
Siap dah 😊


Sunday, April 12, 2015

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak

Terkonang2 lauk ni kat kedai Lomang Apak, kek Kolo Pilah...maka terbuekla sey utk tongahari ni 😘😘😘

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak 
Bahan-bahan di HIRIS KASAR
1 ikat pucuk ubi - hiris kasar
10 helai daun pucuk kaduk - hiris kasar, saya x masukkan pun 😜😜😜
10 helai pucuk labu - hiris kasar, ni pun sama, x beli hihi😜😜😜

 Bahan-bahan di HIRIS HALUS 
3 helai daun kunyit 
2 batang serai 

 Bahan-bahan di TUMBUK
10 biji cili api (ikut ikut tahap pedas hangpa nooo)
1 1/2 inci kunyit hidup
1 genggam ikan bilis

Bahan-bahan lain
6 sudu besar tempoyak
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 papan petai hahahhahaha ni satu lg xletak 😜😜😜😜
1 keping asam keping
garam bukit ..secukupnya. Garam laut pun buleh kalo xlarat panjat bukit ngeh ngeh 😝😝😝

Cara membuatnya:
Rebus sekejap pucuk ubi yang dah di hiris kasar tadi. Toskan.
Di dalam lesung batu, tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar. Masukkan ke dalam periuk.
Tumbuk kasar serai yang di hiris halus tadi juga dan masukkan ke dalam periuk.
Masukkan santan, tempoyak, asam keping, petai, pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu dan gaul atas api sederhana.
Masak hingga mendidih dan masukkan garam.
Masak ikut kepekatan yang dikehendaki. 
*kalau pucuk kaduk dengan pucuk labu takde, boleh jer masak pucuk ubi tu shj.. sukatan bahan lain tetap sama.
*resepi ni memang tak guna bawang. 

Selamat Mencuba!



Thursday, April 9, 2015

Asam Rebus Keladi

Asam Rebus Keladi

Bahan-Bahan
3 pokok keladi- disiat kulitnya dan potong2
2 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar
5 tangkai cili merah
Kalau nak pedas tambahlah cili padi merah
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1/2 cwn ikan bilis-buang kotoran, cuci dan toskan
sedikit belacan jika suka

Cara Memasak
Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk.
Setelah empuk, tutup api dan toskan airnya. Ketepikan dulu.
Dalam periuk masukkan bahan2 kisar. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
Tambahkan air secukupnya. Masukkan batang keladi tadi, asam keping dan garam.
Masukkan daun kesum.
Menggelegak...tutup api ..boleh dah makan 😊