Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Thursday, September 22, 2016

Gulai terung ikan masin tumis darat



Gulai terung ikan masin tumis darat

Bahan-bahan:

Bahan A

Ikan masin (selalunya campur ikan duri + ikan talang - part tulang dan isi) saya xjumpa ikan masin ni so pakai ikan sepat 3 ekor belah 3
Sepeket rempah kari ikan Babas
3 cawan air untuk melarutkan rempah kari (anggaran untuk kuah juga)

Bahan B
Sekotak kecil santan atau 250g santan segar

Bahan C
3 biji bawang merah - dimayang nipis
5 ulas bawang putih - dimayang halus
1 inci halia - di hiris nipis
2 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan D
1 biji terung panjang - di belah kemudia potong setengah inci panjang
atau
1 biji terung bulat - di belah 6

Cara Memasak:

1. Larutkan sepeket rempah kari dalam 500ml air kosong di dalam periuk. Masukkan ikan masin. Hidupkan api dapur dan biarkan mendidih.

2. Apabila sudah mendidih, masukkan terung (bahan D) dan santan. Kacau sebati dan kawal kekuatan api agar jangan terlampau kuat.

3. Rasa gulai anda. Tambah garam jika perlu. Selalunya ikan masin dah mengeluarkan garam. Jadi selalunya saya jarang tambah garam. Jika ok, tutup api.

4. Panaskan kuali kosong dengan sedikit minyak. Tumis kesemua bahan C sehingga layu dan naik minyak. Tutup api. Tuangkan semua hasil tumisan tadi ke dalam periuk yang berisi ikan masin tadi.

5. Gaulkan bahan tumis dan gulai. Hidangkan.

6. Siap untuk di nikmati.

Resipi diambil dr
http://semulajaditerbaik.blogspot.com/2015/06/resepi-gulai-ikan-masin-tumis-darat.html?m=1

CUCUR ROTI



Bahan2:
5-6 keping roti dicarik-carik
Telur sebiji
Sayuran seperti:
Daun bawang diracik
Sedikit lobak merah diracik
1/2 labu bwg besar dicincang
Air sedikit
Garam kalau tawar tambahlah sikit

Cara2
Gaulkan semua bahan. Buat bulat kecik2. Panaskan minyak dan gorenglah. Makan panas2 ngan sos cili
Sedap. Selamat Mencuba ;)

Tuesday, September 20, 2016

KELI SALAI MASAK LOMAK CILI PADI


Keli Salai Masak Lomak Cili Padi


Bahan2
5 ekor ikan keli yang disalai
1 1/2 kotak santan
10 biji cili padi (ikut tahap pedas anda ye)
2 inci kunyit hidup di tumbuk
2 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
Air secukupnya utk kuah

Cara menyediakan

1. Tumbuk halus cili padi & kunyit hidup. Jerang santan, tambah air sikit utk kuah. Jgn byk sgt nanti cair. Masukkan serai, garam & bahan tumbuk hingga mendidih.

2. Masukkan asam gelugur. Sentiasa dikacau kuahnya & masak hingga nampak agak pekat.

3. Masukkan ikan keli salai & masak sambil dikacau perlahan2. Biar kuah pekat & rasa garamnya.

4. Bila dah cukup rasa bolehlah matikan api.


Selamat mencuba!

KERABU BIHUN + TELUR



Kerabu bihun + telur

Bahan2:
Sambal belacan secukup rasa
Sos ikan (ni kena agak2)
Taugeh celur
Bayam celur (jika mahu. Saya xde stock)
Tomato hiris (alamak ni lupa beli)
Daun kesum racik halus
Scramble egg (masak tanpa garam n minyak)
Bihun celur air panas. Saya taruk 1/4 peket.

Cara2:
Campur sos ikan dan sambal belacan dlm mangkuk
Masukkan bihun yg telah dicelur
Campur taugeh, bayam, tomato dan scramble egg
Gaul rata semua bahan..siap :)
Berdiet boleh buat ni senang dan sedap :D

AYAM GORENG REMPAH KARI





Ayam goreng rempah kari

Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong sederhana, dilumur kunyit dan garam kemudian digoreng
2 batang cili merah dihiris
2 ulas bwg putih dihiris
1 labu bwg besar potong bulat
1 sudu besar serbuk kari ayam
Daun kari 2 tangkai
Cara:
1. Tumis bwg putih dan cili merah sampai naik bau. Masukkan daun kari.
2. Masukkan ayam. Gaulkan.
3. Masukkan rempah kari dan bwg besar. Gaulkan. Nak letak kicap sikit boleh, xnak xpe.
4. Tutup api. Siap :)

PAJERI NENAS




Pajeri Nenas

Bahan-bahan :

1 peket serbuk kari ikan (dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan ditumbuk(3 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus/ditumbuk)
1 cawan santan
1 batang kayu manis
Garam dan sedikit gula jika perlu

CARA-CARANYA :

1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.
2. bancuh serbuk kari ikan dengan sedikit air dan dicampur dengan kerisik. (jadi paste)
3. Tumis bahan ditumbuk dan kulit kayu manis hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari + kerisik dan udang kering, tumis hingga naik bau dan garing sikit.
4. Masukkan santan. Biar mengelagak.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau. Tutup api. Siap :)

KERUTUK AYAM



Kerutuk Ayam

1 ekor ayam (potong ikut suka)

Bahan bahan ditumbuk
5 Biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Seinci halia

Bahan lain
1 peket rempah kerutuk
2 batang serai dititik
Asam keping
Sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang
Garam dan gula
1 kotak Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)

Cara cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan kayu manis dan bunga lawang.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis hingga wangi dan kering.
3. Masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata.
4. Kemudian masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.
5. Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula. Gula mesti lebih kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit. Gaul mesrakan. Bila kuah pekat, tutup api. Siap :)

AYAM SAMBAL BALI



Ayam Sambal Bali
Seekor ayam potong suka hati. Dilumur kunyit dan garam dan goreng. Ketepikan.
8 batang serai diketuk
6 tangkai daun kari
Kicap lemak manis
Gula dan garam secukup rasa
Bahan kisar:
5-6 buji bawang merah
Seinci halia
Segenggam cili kering direndam lembut
Belacan setengah inci
Cara:
Goreng ayam. Angkat ketepikan.
Masukkan serai goreng kejap. Lepas tu masukkan daun kari. Nampak garing sikit. Masukkan bahan dikisar tadi.
Biar pecah minyak. Masukkan ayam. Gaul.
Masukkan kicap, Garam dan gula. Gaul.
Siap :)