Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Monday, March 28, 2011

Masak lemak daun turi/Pucuk Geti


BAHAN-BAHAN

1 ikat daun turi - disimpul dan celur dengan air panas, toskan.
3 ulas bawang merah - kisar
2 cili merah - kisar
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Sedikit ikan bilis

Cara cara
1. Masukkan santan cair, ikan bilis, bawang merah dan cili merah yang telah dikisar.
2. kemudian masukkan daun turi dan gaul hingga sebati. Kemudian perasakan dengan garam.
3. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika hingga semua sebati. Bolehlah diangkat dan hidahng

Sambal Getuk


Bahan-Bahan:

Segengam ikan bilis, basuh dan toskan
2 ulas bawang merah
2 biji limau kasturi
5-6 tangkai cili api (kalau nak pedas tambah lagi)
Garam secukupnya
minyak secukupnya


Cara-cara:
1. Tumbuh ikan bilis, bawang merah dan cili api sampai separa lumat (kalo suka lumat pun tak pe)
2. letak sikit garam..secubit kecik cukup
3. Panaskan api dan goreng bahan tumbuk tadi sampai agak garing. Tutup api. letak dalam piring
3. perahkan limau kasturi...siap..makan dengan nasi panas..sedap!

Saturday, March 26, 2011

Bawal masak tomato



Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal di kelar tengahnya dan digoreng tidak terlalu garing (gaul dengan garam dan kunyit sebelum goreng)
2 sudu pes cili (6 tangkai cili kering, 4 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dikisar halus)
sedikit air
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
1 biji tomato dibelah 6
1 biji bawang besar dipotong bulat-bulat
garam
gula
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Tumis pes cili dan bunga lawang sehingga pecah minyak, masukkan sedikit air
2. Kemudian masukkan buah tomato, sedikit sos tomato, sedikit sos cili
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bawang besar
4. Akhir sekali masukkan ikan bawal yg telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati

Tuesday, March 22, 2011

Sup Campur


BAHAN-BAHAN : untuk 4 orang

20 Biji telur puyuh direbus- kupas kulit
10 biji fish ball dibelah 4
4 papan fish kek dipotong sederhana
2 sudu rempah sup dibancuh dengan 2 sudu air
2 kuntum bunga lawang
2 cawan air
daun sup dan daun bawang
1 batang lobak merah dihiris sederhana

Bahan ditumbuk:

1 sudu kecil lada hitam
1 inci halia
5 ulas bawang merah sederhana besar
4 ulas bawang putih

minyak untuk menumis
garam secukup rasa

CARA-CARA:
1. tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan bunga lawang dan rempah sup...kacau hingga pecah minyak
2. Masukkan air..biar mendidih..masukkan telur puyuh, fishball dan fishcake
3. Biar mendidih, masukkan lobak merah...biar mendidih, letak garam
4. tutup api dan tabur daun sup & daun bawang

Saturday, March 19, 2011

Keli berlada


Bahan-bahan ( 4 orang )

2 ekor ikan keli sederhana besar dipotong 2 sebab kuali saya kecik je
1 keping asam gelugur/asam keping
minyak untuk menumis
secubit garam dan gula
1 batang serai dititik

BAHAN DIKISAR:

10 biji cili merah boleh tambah cili api kalau suka pedas
4 biji bawang merah

CARA-CARA :
1. Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir
2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan
3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping dan serai hingga garing.
4. Angkat dan tuang di atas ikan keli goreng tadi. Sedap! makan dengan nasi panas huhuh!! :P

Wednesday, March 16, 2011

Peria Goreng Telur




3 biji peria katak
1 labu bawang merah sederhana besar dihiris
1 biji cili merah – dihiris
secubit ikan bilis
2 biji telur – dipukul sedikit
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

CARA-CARA :

1. Cuci peria dengan air yang dicampur sedikit garam dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang dan ikan bilis sehingga naik bau.
3. Masukkan peria dan cili, kacau goreng selama 5 saat. Tambah garam secukup rasa.
4. Kecilkan api dan masukkan telur dan ratakan. Kacau goreng ngan api besar untuk seketika atau sehingga telur masak rata.

Sup Cendawan Tiram



BAHAN-BAHAN :

1 bungkus cendawan tiram dibersihkan dan dibelah 2 (ikut suka)
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 cawan air
1 sudu teh serbuk lada hitam
tomato dibelah 4
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

CARA-CARA :
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
2. masukkan air dan biar mendidih
3. masukkan serbuk lada hitam dan tomato..kacau rata
4. bila mendidih masukkan cendawan dan kacau
5. masukkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit (utk mewarnakan kuning)
6. Kacau dan biar mendidih seketika..tutup api dan siap utk dihidang

Tuesday, March 15, 2011

Sambal Tumis Udang Galah & Petai

SAMBAL TUMIS UDANG GALAH DAN PETAIBAHAN-BAHAN:

1 papan petai diambil isi dan potong 2
10 ekor udang galah dibuang kepala dan ekor
6 tangkai cili kering dikisar
4 biji bawang merah dikisar
3 biji bawang putih dikisar
1/2 cawan air asam jawa (cair)
3 sudu santan pekat/susu cair)
1 labu bawang besar dihiris
sedikit garam dan gula (secukup rasa)
kalau nak aroma lagi best, letak sebatang serai diketuk

CARA-CARA :

1. Tumis cili kering, bawang merah dan bawang putih yang dikisar sampai pecah minyak dan naik bau
2. Masukkan air asam jawa dan kacau rata, biar mendidih
3. Masukkan petai dan kacau
4. selepas itu masukkan santan pekat dan kacau..kalau nampak pekat sangat masukkan air sedikit
5. masukkan udang dan gaul biar udang masak, masukkan garam dan gula, boleh letak serai jika suka
6. Masukkan bawang dan gaul sekejap..mendidih, tutup api dan boleh dihidang.

Bubur Lambuk



Bahan dihiris:

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sm halia

Bahan lain :

1 1/2 pot beras, basuh dan toskan
Sehelai daun pandan
4 sm kulit kayu manis
300 gm ayam (diricik halus)
2 helai daun bawang
4 kuntum bunga lawang
sedikit minyak untuk menumis
1 ½ liter air
1/2 cawan santan pekat
2 gm buah pelaga
sesudu serbuk lada hitam
Lobak merah dihiris halus

Cara:
Panaskan minyak, masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis hingga naik aromanya dan berbau wangi. Masukkan air dan beras. Bila nasi sudah kembang, masukkan garam, santan, lobak merah dan ayam yang telah diricik dan masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan. Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang

Monday, March 7, 2011

Paprik Ayam



Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - dipotong kecil2 (kalau saya, saya goreng separuh masak dulu, tapi jika tak goreng pun tak pe)
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut di carik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - diketuk (kalo tak suka pedas ke ada anak kecik kurangkan cili padi)
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda (potong sederhana)
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
garam & gula sikit
kalau nak pekat, letak sedikit tepung jagung

Cara-cara

1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg diketuk. kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato.
5. Letak sedikit garam dan jika suka letak gula secukup rasa. Gaul mesra...biar mendidih dan angkat :)

(note :semasa menghidang, perahkan limau kasturi.)

Sunday, March 6, 2011

Ayam Goreng Kunyit



hidangan untu 4 org :

1/2 ekor ayam dipotong sederhana dan digoreng
1/2 capsicum dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris
1 labu bawang besar dihiris
1 tomato dibelah 6
1 tangkai daun kari

cara-cara :
1. Tumis capsicum. cili merah, dan bawang sampai naik bau
2. masukkan daun kari dan tomato..kacau rata
3. masukkan ayam digoreng dan mesrakan
4. Angkat dan siap dihidang :)

Friday, March 4, 2011

Air Asam Mempelam Muda


BAHAN-BAHAN :

1 biji mangga muda dihiris nipis..tumbuk sikit jgn hancur sangat
4 ulas bawang merah dihiris nipis-nipis..bwg besar pun boleh
7 batang cili api..kalo nak colorful letak cili merah sikit - dihiris
1 biji tomato dihiris jika suka..saya tak letak..tak de stok
1 inci belacan dibakar
sedikit garam
1 sudu asam jawa diletak 1/3 cawan air suam
1 biji limau kasturi

CARA-CARA :

1. masukkan mangga..bawang, cili dan tomato dihiris..letak belacan
2. tuang air asam jawa dan ramas bahan hiris sampai mesra
3. letak sikit garam dan air perahan limau kasturi..gaul rata. hidang..makan dengan ikan bakar

Tuesday, March 1, 2011

Kerisi Masak Taucu



arwah abah yg ajar masak ni dulu...

Bahan-Bahan :

1 ke 2 ekor ikan kerisi yg digoreng terlebih dahulu
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 labu bawang besar (utk hiasan)
1/3 capsicum dihiris
1/4 cili merah dihiris
2 peket taucu jenama bilal
minyak masak 2 sudu
garam tak payah tau..taucu dah masin
air sikit

Cara-cara :

1. tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau
2. Masukkan cili merah dan capsicum
3. masukkan air sedikit
4. lepas tu masukkan taucu..kacau rata
5. letak bawang merah kacau rata..tutup api dan tuang atas ikan goreng tadi..siap..senangkan :)