Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Saturday, January 12, 2013

Kangkung Goreng Belacan




BAHAN-BAHAN:

1 ikat kangkung di potong, basuh dan toskan
1 tangkai cili merah (nak pedas letak lah cili api sikit)
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit udang kering ditumbuk juga
1 sudu besar (atau lebih ikut citarasa anda) ditumbuk juga.
garam secukup rasa
minyak utk menumis
sedikit air

CARA-CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
2. Masaukkan garam. mesrakan
3. Masukkan kangkung dan kacau rata.
4. Letak sedikit air jika nak berkuah. Bila mendidih, tutupkan api. SIAP :)


Monday, November 26, 2012

Kerabu Ayam + Pelam (Mangga)

kalau ayam tu nak carik halus pun boleh...pelam hiris halus pun boleh juga :)

BAHAN-BAHAN :

sedikit ayam yg dikukus dan dicarik/dipotong kecil/nipis (ikut suka)
2 biji pelam muda kecil
2 batang serai diracik halus
2 batang bunga kantan diracik halus
belacan sikit
1 sudu sos ikan
2 biji limau kasturi diambil jusnya
2 labu bawang besar dihiris
1 biji cili merah dihiris
sedikit kacang panjang yg diracik halus

CARANYA:

senang je...satukan semua bahan yg diracik dan belacan...tuang sos ukan dan jus limau kasturi dan gaul rata..siap dah boleh makan :)

Saturday, October 20, 2012

MEE SUP AYAM



BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam di stim dan kemuadian digoreng dan disiat isinya - ketepikan
1 peket rempah sup digaul dengan 2 sudu air - buat pes
2 inci halia ditumbuk
1 sudu lada hitam ditumbuk
4 biji bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 liter stok ayam
1 pokok daun sup dan daun bawang dihiris
rempah 3 beradik
bawang goreng
Air secukupnya
kunyit
garam
1 peket sup bunjut (jika suka)
1 peket mee kuning yang dicelur

CARA-CARA:
1. tumis rempah tiga beradik, kemudian tumis bahan tumbuk sampai naik bau
2. masukkan rempah sup..kacau sampai pecah minyak
3. Masukkan air stok ayam...kalo kuah sikit tambah air biasa, biar menggelegak. tutup api.
4. Masukkan garam..dan letak sup bunjut


Sambal Kicap :

2 ulas bawang putih-goreng tanpa minyak
5 biji cili api (ikut tahap kepedasan)- goreng tanpa minyak
Kicap secukupnya
2 biji limau kasturi - ambil jusnya

tumbuk bawang putih dan cili api..letak kicap secukupnya dan perah limau kasturi


hidang dalam pinggan mee dan tuang kuah..kemudian letak ayam yg disiat tadi, hirisan daun sup dan daun bawang dan bawang goreng

Masak Lemak Udang dan Belimbing Buluh

Masak Lemak Udang dan Belimbing
BAHAN-BAHAN :
  • 7-8 ekor udang sederhana besar
  • 10 biji belimbing buluh-dibelah 2
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 batang serai-dititik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5-6 biji cili padi (ikut tahap pedas anda ye)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 helai daun kunyit diracik halus
CARA-CARA :
  1. Tumbuk kunyit hidup dan cili padi hingga lumat.
  2. Masukkan bahan tumbuk, udang dan serai yang dititik dalam periuk, letak air sikit dalam 1/3 cawan. Masak atas api sederhana hingga udang merah sedikit.
  3. Tuang santan cair..kacau dan biar mendidih
  4. Masukkan santan pekat, asam gelugor, biar api kecil.
  5. Kemudian letak belimbing, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi hingga mendidih.
  6. Taburkan daun kunyit yg diracik tadi. kacau dan tutup api...dah boleh makan :)

Tuesday, September 4, 2012

Daging Masak Hitam




Bahan-bahan :
1/2 kilo daging
Kicap saya pakai kicap manis kipas udang
1 sudu lada hitam ditumbuk

Bahan kisar:
4 ulas bawang putih
6-7 tujuh tangkai cili kering direndam air panas
1/2 inci halia
6 biji bawang merah 

Cara membuatnya :
1. Tumis bahan kisar
2. Apabila dah naik bau, masukkan kicap
3.  Masukkan juga lada hitam. Seterusnya masukkan daging dan biarkan sampai empuk.
4. kalau kurang masin letak sikit garam, jika tidak tak perlu.

Tuesday, August 28, 2012

Laksa Sarawak

mentua saya ada beri pes laksa sarawak beberapa bulan lepas...dari hari ke hari nak buat tapi tak buat2...hari ni tergerak hati nak makan laksa sarawak...terus saya ke hypermarket beli bahan dan terhasillah laksa sarawak .... masakan saya....resipi dari blog masakan http://dayangjack.blogspot.com/   terima kasih di atas resipi yg marbeles ini...sedap sgt!


 Bahan-bahan:

150gm pes laksa sarawak
1 paket bihun - direndam, cuci dan dicelur
200gm udang basah
200gm santan
2 keping tauhu - digoreng dan dihiris
100gm tauge - dicelur
3 keping dada ayam - direbus dan dicarik halus
1 1/2 liter air
2 sudu besar cili kisar
2 batang serai - diketuk
1 helai daun limau purut
sedikit daun ketumbar/daun sup - diracik
4 biji limau kasturi - dibelah 2
2 biji telur - digoreng dan dihiris halus
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 sambal:
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar udang kering - direndam
1/2 inci belacan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam jawa

cara:
  • untuk membuat sambal: kisar bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering sehingga halus
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan cili kisar sehingga pecah minyak
  • kemudian masukkan bahan2 kisar dan kacau sehingga sebati
  • masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • angkat dan ketepikan
  • untuk membuat kuah laksa: panaskan air sehingga mendidih
  • masukkan udang (dengan kulit dan kepalanya) dan rebus sehingga masak
  • kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan
  • masukkan semula air rebusan ke dalam periuk dan masakkan semula
  • masukkan pes laksa, cili kisar serta serai
  • masak dengan menggunakan api yang kecil dan biarkan sehingga kuah mendidih
  • masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa
  • renihkan sebentar sehingga mendidih semula
  • padamkan api
  • cara menghidang: masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan2 lain ke dalam mangkuk
  • tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dengan daun ketumbar/sup dan perahkan limau
  • enak dimakan ketika panas
special thanks to  dayang jack
dan noreen home cooking

Thursday, August 16, 2012

Salam Lebaran

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.