Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Wednesday, July 24, 2013

Ikan Tilapia Crispy Goreng Tepung


Resipi amik dr blog indonesia tapi dimodified sikit sbb ada bahan saya tak faham

Ikan Tilapia Crispy Goreng Tepung
Sumber : Ricke'Bunda Nadhifa"


Bahan Bahan
Seekor ikan tilapia merah ukuran sedang, bersihkan
1 buah limau nipis perah airnya.

Bahan untuk ditumbuk:
2 siung bawang putih
1 cm kunyit
1 cm lengkuas
1/2 sdt garam
1/4 sdt kunyit


Bahan pelapis:
50 gram tepung gandum
2 sdm tepung jagung
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 sdt lada sulah
1/4 sdt garam
Sedikit air

Cara membuat:
1. Lumuri ikan dengan air jeruk nipis. Diamkan 15 minit. Bilas dengan air bersih. Tiriskan.
2. Lumuri ikan dengan bahan yg telah ditumbuk. Peraplagi selama 30 minit agar bumbu meresap. Lebih bagus lagi disimpan dalam peti sejuk.
3. Campur semua bahan pelapis dan air. Ratakan.
4. Celupkan dan lumuri ikan ke bahan pelapis hingga merata. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sedang hingga kecoklatan dan kering. Angkat. Toskan.

makan ngan sambal kicap, air asam atau kicap mcm saya ni :)

Pajeri Nenas Perak Style


Bahan-bahan :

Sebiji Nenas sederhana besar

1 1/2 sudu besar serbuk kari ikan (dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan ditumbuk(3 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus/ditumbuk)
1 cawan santan
1 batang kayu manis
Garam dan sedikit gula jika perlu


CARA-CARANYA :

 
1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.
2. bancuh serbuk kari ikan dengan sedikit air dan dicampur dengan kerisik. (jadi paste)
3. Tumis bahan ditumbuk dan kulit kayu manis hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari + kerisik dan udang kering, tumis hingga naik bau

4. Kalau kering masuk air sikit. Kacau. Masukkan santan, masukkan nenas

5. Bila dah menggelegak masukkan gula garam. Kacau. Bila kuah pekat sikit tutup api.

KERABU MANGGA DAN AYAM


BAHAN-BAHAN :

sedikit ayam yg dikukus dan dicarik/dipotong kecil/nipis (ikut suka)
2 biji pelam muda kecil
2 batang serai diracik halus
2 batang bunga kantan diracik halus
belacan sikit (jika suka..in my case..tak de belacan)
1 sudu sos ikan (kalau letak sos ikan, tak perlu letak garam sbb sos dah masin)
2 biji limau kasturi diambil jusnya
2 labu bawang besar dihiris
1 biji cili merah/cili hijau dihiris
sedikit kacang panjang yg diracik halus (jika suka)

CARANYA:

senang je...satukan semua bahan yg diracik dan belacan...tuang sos ikan dan jus limau kasturi dan gaul rata..siap dah boleh makan




SAMBAL IKAN BILIS DAN KENTANG

Bahan A
1 cawan ikan bilis ...siang dan cuci lepas tu toskan
2-3 biji kentang - dibuang kulit dipotong..boleh potong mcm wedges...saya potong mcm fries senang anak saya makan

Bahan B ~ untuk dikisar
10 tangkai cili kering - di potong dan rendam dalam air mendidih
1/2 sudu teh asam jawa bancuh ngan secawan air
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4cm belacan (jika suka)
Garam dan gula

Cara membuatnya:

1. Goreng ikan bilis dan kentang yang di potong. Ketepikan.
2. Masukkan kesemua bahan B ke dalam blender dan kisar halus.
3. Masukkan dua sudu minyak ke dalam kuali, tumis bahan B yang di kisar tadi. Masak hingga agak pekat dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan pula ikan bilis dan kentang, kacau hingga rata dan sedia untuk di hidangkan.

Ikan Patin Masak Tempoyak



Ikan Patin Masak Tempoyak

Bahan-bahan :
1 ekor ikan patin dipotong
5 biji cili padi - ditumbuk nak pedas letak lebih
1 inci kunyit hidup ditumbuk
3 ke 4 sudu besar tempoyak - nak kuah pekat, boleh ltk tempoyak lebih
1-2 kuntum bunga kantan - belah 2
sedikit daun kesum
1 keping asam keping jika perlu
garam secukup rasa
Kalau tempoyak masam sgt kena letak gula sikit dlm masakan

Cara-cara:
Bersihkan ikan patin, potong ikut saiz yg diingini.
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab menggunakan air asam jawa atau limau nipis.
Rendam sekitar 5 minit dan toskan, cuci bersih dan toskan ikan tu. Ketepikan.
Tumbuk cili padi dan kunyit.
Satukan didalam periuk, air secukupnya, tempoyak, bahan tumbuk dan bunga kantan.
Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
Bila dah mendidih pekat, baru masuk ikan patin. Jangan masak lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.
Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping. Kalau masam sgt letak gula sikit..imbangkan rasa.

KALIO AYAM


KALIO AYAM

Bahan-bahan :

400g ayam ( anggaran dalam 1/2 ekor ayam )
4-5 ulas bawang merah ( kisar )
3 ulas bawang putih ( kisar )
2-3 sudu makan cili kisar ( boleh tambah jika suka pedas )
1 inci halia ( kisar )
1 inci lengkuas ( kisar )
2 batang serai ( kisar )
2 cm kunyit hidup ( kisar )
250 ml santan atau susu cair
3 -5 keping daun limau purut
2 keping asam keping
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara penyediaan

1. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan ayam dan asam keping. Masak hingga ayam kecut.
3. Kacau dan balikkan selalu agar ayam yang di masak sekata masaknya.
4. Masukkan santan atau susu cair serta daun limau purut. Jika mahu kuah lebih boleh di tambah sedikit air lagi.
5. Masakklah hingga kuah agak pekat. sesuaikan rasa…. bolehlah diangkat. Nak tabur daun kunyit yg diracik pun ok
.

Pajeri Nenas Johor / Pajeri Kuning


Pajeri Nenas ala Johor (pajeri kuning)

Bahan-bahan
1/2 atau sebiji nenas dipotong dan dicelur dlm air panas
1 inci halia
1 ulas bawang putih
1 sudu teh makan udang kering
1/2 sudu teh kunyit serbuk
Bahan penumis ~ biji pelaga, bunga lawang, cengkih dan kayu manis
2-3 biji lada merah (ikut suka) dibelah 2
1 sudu makan cuka (saya pakai cuka epal sbb gastrik)
Garam, gula secukupnya
2 sudu makan minyak untuk menumis
1 sudu teh biji sawi

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis halia dan bawang putih.
Setelah naik bau masukkan udang kering dan kemudian masukkan bahan penumis
Masukkan kunyit serbuk dan sedikit air dari jus nenas (jika suka)
Kemudian masukkan nenas dan lada merah
Masukkan cuka, garam dan gula
Tunggu mendidih

Butterprawn Milk




BUTTERPRAWN MILK / UDANG BUTTERMILK

Utk udang celup tepung
500g udang (dibuang kulit & saraf kat belakang dia tu) Kalau nak tambah lagi boleh jugek.agak2 wokeh.
Udang perap dengan 4 ulas bawang putih ditumbuk, 1/2 inci halia ditumbuk.
1/2 sudu teh lada sulah
Perap utk 30 minit

2-3 sudu besar tepung jagung
3-4 sudu besar tepung gandum
Minyak utk menggoreng

Kuah:
150ml susu cair
4 biji bawang putih dicincang
3 tangkai daun kari
3 tangkai cili hijau
minyak untuk menggoreng
garam & gula secukup rasa
2-3 sudu besar butter
1 sudu teh tepung jagung dibancuh ngan air

CARA-CARA



UDANG :
Perap udang yang telah dibuang kulit bersama Lada sulah, bawang putih, & halia yang telah ditumbuk. Perap selama 30 minit di dalam peti sejuk.

Campurkan tepung jagung & tepung gandum. Setelah itu, panaskan minyak.
Lumurkan campuran tepung tadi keatas udang & goreng sehingga masak. Toskan minyak apabila sudah masak & ketepikan.

udang yg telah digoreng

SOS/KUAH :
Cairkan butter & tumis bawang putih & daun kari sehingga naik bau.
Setelah itu, masukkan susu cair & cili hijau yang telah dihiris kecil-kecil.
Tambahkan garam dan gula sebagai perasa. Tunggu sehingga sos mendidih.
** Untuk memekatkan sos, campurkan 1 sudu teh tepung jagung bersama 2 sudu besar air & tuangkan ia ke dalam sos. (Jangan terlalu banyak, nanti jadi terlampau pekat).
Apabila sos sudah masak, tutup api & tuangkan sos keatas udang yang telah digoreng tadi. Siap


BUTTERPRAWN MILK
boleh makan ngan pasta dan nasi :)

Tuesday, July 9, 2013

Nasi Lobak Merah (Nasi Carrot)



NASI LOBAK MERAH, ACAR TIMUN MASAK DAN KURMA AYAM

RESEPI NASI LOBAK MERAH

Bahan-bahannya

2 cawan beras Basmathi (rendam selama 1/2 jam) kat umah takde basmathi so pakai beras biasa je
3 cawan air
1 batang lobak merah (disagat/ potong halus)
1 sudu besar serbuk perencah sup adabi
3 biji bawang merah kecil (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 kumtum bunga lawang
3 biji pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
1/2 kiub perasa ayam
2 sudu besar margerin
garam secukup rasa

Cara-caranya:-

1) Panaskan margerin, kemudian tumis bahan hiris, serbuk sup dan bunga lawang,pelaga,bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau wangi.
2) Selepas itu masukan lobak dan air, kacau rata. Masukan garam, ikut rasa masin yang dikehendaki.
3)Masukan bahan yang dimasuk kedalam rice cooker yang telah diletak beras yg direndam tadi. Kacau sekata. Dan biar nasi hingga masak.
4) Sedia untuk di hidang

Acar Rampai



ACAR RAMPAI

Bahan
1 batang timun
1 batang lobak merah
2 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1/2 cawan cuka tiruan (saya pakai cuka epal)
1 s/b gula
1 s/b biji sawi
garam
kunyit

Bahan tumis [mayang]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
minyak

Cara-Cara
1. Semua sayur dipotong kecil dan panjang.
2. basuh sayur
3. Toskan sayuran supaya kering
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan biji sawi sehingga layu.
5. Masukkan cuka, garam, serbuk kunyit dan gula.
6. Bila mendidih masukkan sayuran dan kacau rata.
7. Bila nampak pekat boleh angkat dan hidangkan.

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa :)


Thursday, July 4, 2013

Pengat Pisang


Bahan bahan:

7 biji Pisang (saya gunakan pisang Abu- hiris ikut suka)
1 pek santan
1 keping gula melaka - hiris kecil
2 sudu besar gula (ikut kemanisan anda)
Secubit garam
2 helai daun pandan
Air secukupnya

Cara cara:
1. Masak santan dengan air, daun pandan, gula dan gula melaka yang diracik halus sehingga gula larut.

2. kacau santan dengan api perlahan sehingga mendidih.

3. Masukkan pisang dan garam. Biarkan beberapa minit. Tutup api sebelum santan pecah minyak.
Sedia untuk dihidangkan.



Kerabu Mangga

KERABU MANGGA
BAHAN:

2 biji mangga muda...dihiris nipis (cincang)
2 sudu udang kering/udang geragau kering dibasuh dan ditumbuk halus (sowi sey xtumbuk pasal malas huahahahhah)
4 biji cili api dihiris halus
1/2 labu bawang besar dihiris halus
jika suka..tomato dihiris
gula dan garam secukup rasa
sebiji perahan limau kasturi (sikit je toksah byk sbb sos ikan pun masam masin)
Sos ikan..sesudu cukup kalo byk nanti banjir plak kerabu

jika suka - 2 sudu kacang goreng ditumbuk /hirisan daun limau purut

CARA-CARA

1. Hiris mangga nipis2
2. Tumbuk udang kering
3. hiris cili api dan bawang, tomato
4. satukan bahan dalam mangkuk besar...
5. gaul dengan garam dan gula. perah limau kasturi, masuk sos ikan dan tabur daun limau purut (hari ni saya tak letak daun limau purut)..gaul lagi
6. jika suka campurkan kacang yg telah digoreng dan ditumbuk tadi

siap dihidang untuk 4 org makan

http://daridapurcomelku.blogspot.com


Saturday, January 12, 2013

Kangkung Goreng Belacan




BAHAN-BAHAN:

1 ikat kangkung di potong, basuh dan toskan
1 tangkai cili merah (nak pedas letak lah cili api sikit)
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit udang kering ditumbuk juga
1 sudu besar (atau lebih ikut citarasa anda) ditumbuk juga.
garam secukup rasa
minyak utk menumis
sedikit air

CARA-CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
2. Masaukkan garam. mesrakan
3. Masukkan kangkung dan kacau rata.
4. Letak sedikit air jika nak berkuah. Bila mendidih, tutupkan api. SIAP :)