Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, June 9, 2020

Masak Lemak Cili Padi Style Terengganu




Bahan.
Isi ikan. Boleh guna ikan kembung. Ikan kita rebus dulu. Letak asam keping. Dah Sejuk kita amik isi. Blender. Ikut korang lah berapa ekor ikan. Makcik sekor je😅 lagi byk ikan lagi sodap tapi jgn byk sangat la.. 2, ekor tu ok😀
Santan Sekotak
Sedikit air
Bayam
Sedikit stock ayam (stock ikan bilis pun xpe) .
2 keping tauhu belah 4
.
.
Bahan tumbuk
Cili padi ikut tahap pedas
Bawang besar satu labu
Bwg putih 2 biji
Kunyit hidup seinci
.
Cara.

Letak minyak sikit...pastu tumis bahan tumbuk tadi pastu letak ikan tu ...tmbh air sikit...letak sayur..letak perisa stok aym tu siikit dgn garam... santan.. Kacau, masuk tauhu. . Menggelegak. Angkat... Kami regu dgn sambal tumis udang 😀
.
#masaklemakcilipaditerengganustyle #masaklemakcilipadi #masakanrumah #masak #homemade #masakanringkas #resipi #resipi #makantengahari #jommasak #masak2 #masakanmelayu

Kari Ikan Pari dengan Bendi




Kari Ikan Pari dengan Bendi
Resipi makcik simple je. .
.
Bahan dihiris
1
inci halia
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan
2 tangkai daun Kari ambil daun je
4 potongan ikan pari
10 batang bendi (makcik suka bendi jadi letak byk😁)
1 biji tomato belah 4
1 peket rempah Kari ikan
1/2 sudu pes asam jawa bancuh dgn air
Garam secukup rasa
1kotak santan pekat (santan kotak kecil)
1 1/2 cawan air biasa
Tumis bawang2 dan halia hiris sampai kekuningan dan naik bau. Masukkan daun Kari dan campuran serbuk kari. Masukkan sedikit air dan tumis sampai rempah pecah minyak dan wangi.
Masukkan air asam jawa. Kacau. Kemudian masukkan air. Masak hingga menggelegak
Masukkan ikan dan sayuran.
Biar kejap. Lepas tu masukkan santan. Reneh dgn api perlahan. Kacau sikit2 jgn sampai pecah minyak. Pastu perasakan dgn garam. Kacau. Tutup api
.
Lain org lain cara. Ini cara makcik lah😅
.

Sambal Gesek Negeri Sembilan



Bahan
Cili padi letak le ikut pedas korang
Segenggam ikan bilis di basuh dan toskan.
Note : Kalau byk cili padi, bilis pun kena byk ye
Sebiji limau nipis besor ambil jusnya. Limau kasturi boleh tapi kurang kick. Kalau limau kasturi letak ke 3 biji punya jus


Cara
Tumbuk cili. Pastu masuk ikan bilis. Tumbuk lagi. Kalau suka masin korang taruk le garam secukup rasa. Makcik tak taruk pasal ikan bilis dah masin. Pastu perah le limau nipis tu. Gaul. Siap.
.
Makan dgn nasi panas mmg bertambah le nasik ko🤣🤣
.
#sambalgesek #sambalgeseknegori9 #sambal #sambalgesek9 #masakanrumah #masak2 #homecooked #homemade #iftar #berbuka #ramadhan

Buttermilk Chicken



Buttermilk Chicken .


Bahan
.
Isi ayam, potong sederhana ikutlah berapa byk nak (celup ngan telur, gaul ngan tepung bistari tu) gorengkan. Angkat. Ketepikan
.
2 sudu makan butter
3 atau 4 sudu besar susu pekat - ni kena agak2 manis dia ye.. (susu cair pun boleh kalau xde tapi kalau susu cair kena pandai agak2 gulanya)
4 ulas bwg putih di cincang
1 biji cili hijau, hiris
2 tangkai Daun Kari
2 sudu teh tepung jagung bancuh ngan air dlm 1/2 cawan
Garam Dan gula (kalau pakai susu pekat, xyah masuk gula) secukup rasa
Kalau korang nak byk kuah, tambahlah air. Makcik suka pekat. .
.
.
Cara

Tumis bwg putih, Daun Kari dan cili hijau bersama butter hingga naik bau.
Tuangkan susu kacau hingga sebati. Masukkan tepung jagung dibancuh tadi. Kacau. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau.
Masukkan ayam tadi dan Gaul.
Tutup api. Hidang.
.
#buttermilkchicken #asiancooking #masak2 #sukamasak #resipi #resipiringkas #masakanrumah #homecooked #homemade #jommasak
#iftar #ramadhan #berbuka

Rendang Pedas Perak



Rendang Pedas Perak Cara kami 😊
.
Bahan-bahan diperlukan:
.

1kg ayam potong sederhana besar
1 asam keping
Daun kunyit dihiris (ni makcik xde😭)
1 camca teh serbuk kunyit
1 kotak kecil santan
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
.
Bahan blender
Sedikit air dlm 1/2 cawan
15 - 20 biji cili kering (ikut tahap pedas korang ye) - direndam dengan air panas selama 20 minit
5 batang serai - dihiris
10 biji bawang merah - dihiris
.
Cara:
Potong ayam sederhana besar atau mengikut citarasa sendiri. Bersihkan dan masukkan ke dalam kuali.
Tuangkan bahan blender ke dalam kuali yg ada ayam tadi. Hidupkan api. Reneh jap. Masukkan santan dan asam keping. Kacau sikit. Sampai kuah agak pekat, masukkan garam dan perasa(jika suka) kacau hingga sebati.
Masak sehingga ayam empuk dan kering kuahnya. Jika perlu, tambah air supaya ayam cukup masak.
Setelah kuahnya pekat masukkan hirisan daun kunyit (uwaaa makcik xde ni😭) . Masak lagi hingga kuahnya pekat. Tapi kalo korang jenis mcm makcik suka berkuah maka x yah lah tunggu kering sgt.
.
Oh ye, daun limau purut tu hiasan je, jgn korang hiris tabur pulak. Kang jadi rendang siam 😅😁

Ayam Balado Hijau



AYAM BALADO HIJAU RESIPI INCIK KHARULAMING

Bahan spt kat bawah



.
Cara👇
Ayam lepas bersihkan, perah sebiji limau nipis. Masukkan garam secukup rasa dan serbuk kunyit. Gaul dan perap sekejap.
Lepas tu gorengkan.
Angkat.
Nak ketuk pun boleh nak gitu je pun boleh. Ketepikan.
Lepas tu 👇
Tumbuk halia, bawang merah, bawang putih, halia dan cili hijau.
Lepas tu tumiskan sampai naik bau dan kekuningan. Masukkan serai. Daun limau purut, garam, gula. Gaul.
Masukkan ayam dan Gaul. Tutup api. Siap 😁
.
Ramadhan Day 6
.
#ayambaladohijau #ayambalado #ayam #ayamberladahijau #masakanrumah #masak2 #eisyaiscooking #iftar #pkp #dudukrumah #homecooked #homemade #resipi #masakan #resipimasakan #resipiringkas #resipikhairulaming #menuberbuka

Udang Kam Heong



Udang Kam Heong
.
Bahan
500 gram ekor udang segar kalau boleh Saiz besar. Kalau xde, sederhana mcm kami pun boleh 😊
4 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dihiris
4 tangkai cili kering - dipotong
2 sudu besar udang kering - dicincang kecil1 sudu rempah kari ikan - dibancuh dengan sedikit air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Sedikit kicap
2 tangkai daun Kari (ambil daun je)
Gula dan garam
Sedikit minyak untuk menumis
.
Cara
Bersihkan udang. Letak sedikit gula. Gaul kan. Kemudian goreng. Ketepikan.
Gunakan minyak yg sama dan tumis bawang putih bersama bawang besar, cili kering dan daun Kari. Kemudian masukkan udang kering. Kacau.
Apabila naik bau masukkan pes rempah Kari. Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Kalau nak berkuah, letaklah air sikit. Tak nak, xperlu letak.
Kacau.
Tutup api.
Siap.
Tak perlu garam sebab kita dah pakai sos2 dan kicap.
.
Kita regu dgn telur dadar kedai makan garing dan bendi rebus.
.

Laksa Utara



Bahan-bahan :

1 kg laksa (direndam lepas tu rebus pula) - tos dan ketepikan
1 kg ikan kembung (kalo mix ngan ikan sardin pun wokeh - bukan sardin tin ye...)
2 batang bunga kantan dibelah 2
5 keping asam gelugur (asam keping lah tu)
1 tangkai daun kesum amik pucuk je
garam
1 liter air

utk dikisar :
cili kering dalam 20 batang (ikut tahap pedas...nak lagi pedas tambah lagi) - rendam ngan air panas kasi kembang
3 biji bawang besar
of course belacan kan...berapa byk...saya letak sebesar ibu jari heheehh!!
air sikit utk blender


ulam-ulam :
1 biji timun dihiris kecil
2 biji bawang besar dihiris
4 biji telur rebus
beberapa biji limau kasturi dibelah 2
cili padi, cili merah dihiris
kalau suka, daun selom dihiris, salad...org utara dia letak cucur udang dipotong kecil dan nenas (saya tak letak - tak de stok heheh)



Ikan Tombok 3 Rasa



makcik masak Ikan tombok 3 rasa 😋 makcik 1st time makan ikan tombok ni kat satu kedai seafood kat cherating. Rasa dia tu dia.. Sedap lembut.. Lebih sedap dari siakap. Ikan ni jiran makcik bagi. Ada 2 ekor. 1 kita masak 3 rasa, satu lagi masak hari lain lah.. Nanti fikir nak masak apa 😅
.
Ini style makcik lah.. Org lain, lain caranya 😉
.
1 ekor ikan tombok - kelar dan lumur garam kunyit. Goreng dan ketepikan. .
.
Bahan blender
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
Selalu org pakai cili padi kan... Makcik pakai cili kering.. Rendam kembang blender. Qty cili, ikut tahap pedas korang le.
.
Note: ada org dia hiris bwg, bwg putih, Halia dan cili padi tapi makcik prefer blender dan tak pakai cili padi sbb x tahan pedas 😅
.
Bahan Sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan - makcik x letak
Sedikit air
.
Bahan bahan Lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
Nenas dipotong dadu (jgn byk sgt.. Ikut mcm byk tomato)
Timun dipotong dadu (ini pun jgn byk sgt, agak2 mcm qty tomato)
Daun ketumbar daun limau purut diracik sebagai hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
.
Cara cara:
Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan pecah minyak dan naik bau, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan (jika suka) Kacau sebentar.
Kemudian masukkan bahan2 yg dipotong dadu. Kacau. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam dan gula secukup rasa.
Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Tabur daun ketumbar dan daun limau purut. Siap.
.
#ikantombok3rasa #ikan3rasa #masakanikan #masak2 #masakanrumah #homecooked #homemade #resipi #resipiringkas