Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Thursday, November 24, 2011

Spaghetti Olio lagi...jgn marah haaaa :)


Since kami tinggal 3 beranak dan agak kekenyangan + tukang masa very busy ngan bisness onlinenya maka cadangan menu simple je malam ni... spaghetti olio....nak resipi boleh click link ini Spaghetti Olio

Tuesday, October 18, 2011

Kebab Daging BBQ



entry ni sudah agak basi..sebab saya buat ni masa raya hari tu...sebab sibuk lupa nak post huhuhu!!

BAHAN-BAHAN

untuk perap daging :

1 kilo daging batang pinang dipotong tebal (agak-agak..jgn tebal sgt) - bersihkan
sos tiram 4 sudu
sos lada hitam 4 sudu
dan sos BBQ 5 atau 6 sudu
(kuantiti - agak-agak tapi kalo tak nak pedas jgn letak sos lada hitam byk)
2 inci halia ditumbuk
4 ulas bwg putih ditumbuk
sedikit oregano

gaulkan semua bahan dan perap selama 3-4 jam

Bahan lain :

sepeket tomato ceri
capsicum
bawang besar dibelah 4

Cara-cara:

Cucukkan daging, capsicum dan bawang berselang seli dan akhirnya tomato ceri. Bakar :)

Tuesday, October 4, 2011

Kueytiaw Goreng


BAHAN-BAHAN :

Peket kueytiaw dibasuh bersih..biar hilang minyak sikit tapi sekejap je jgn sampai lembek (toskan)
5-10 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar (ada org dia tak letak bawang merah...saya letak
4 biji bawang putih dikisar
sepeket fish ball (belah 4)
sedikit isi ayam
1 biji telur
Seikat kucai
taugeh 20 sen dibuang ekor
Minyak untuk menumis
sedikit kicap pekat manis
sedikit sos tiram
sedikit garam

Cara-cara :
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau
2. Masukkan fish ball isi ayam dan gaul hingga empuk, masukkan sos tiram
3. Pecahkan telur
4. Masukkan sayuran dan kueytiaw dan gaul rata
5. Masukkan kicap (sedikit), dan gaul
6. akhirnya masukkan garam secukup rasa, gaul rata...tutup api..siap
6. Jika suka, boleh taburkan daun bawang / bawang goreng/cili merah dihiris.

Sunday, September 25, 2011

Mee Hoon Sup Utara


BAHAN-BAHAN :

1 kg daging dihiris nipis dan direbus sampai empuk (saya rebus sejam lebih jugak le..nampak air nak kering tambah air) - air jgn buang...buat kuah sup
1 peket rempah sup digaul dengan 2 sudu air - buat pes
2 inci halia ditumbuk
1 sudu lada hitam ditumbuk
4 biji bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 pokok daun sup dan daun bawang dihiris
rempah 3 beradik
bawang goreng
Air secukupnya
kunyit
garam
1 peket sup bunjut (jika suka)

CARA-CARA:
1. tumis rempah tiga beradik, kemudian tumis bahan tumbuk sampai naik bau
2. masukkan rempah sup..kacau sampai pecah minyak
3. Masukkan air rebusan daging...kalo kuah sikit tambah air biasa, biar menggelegak. tutup api.
4. Masukkan daging, garam..dan letak sup bunjut

Mee Hoon:

1 peket mee hoon
air panas
1/2 sudu teh serbuk kunyit

Rendam mee hoon dalam air suam dan letakkan 2 cubit kunyit..gaul rata bila dah lembut tos kan

Sambal Kicap :

2 ulas bawang putih-goreng tanpa minyak
5 biji cili api (ikut tahap kepedasan)- goreng tanpa minyak
Kicap secukupnya
2 biji limau kasturi - ambil jusnya

tumbuk bawang putih dan cili api..letak kicap secukupnya dan perah limau kasturi


hidang dalam pinggan mee hoon dan tuang kuah..kemudian letak hirisan daun sup dan daun bawang dan bawang goreng

Wednesday, September 21, 2011

Pecal


BAHAN-BAHAN

Sayuran
seikat kangkung...ambil pucuk - celur dalam air panas
1 mangkuk taugeh - dicelur
2 keping tauhu - goreng dan potong kecil (dadu)
1 biji telur rebus - jika mahu
5 batang kacang panjang dipotong 1 1/2 inci - dicelur
1/2 batang timun dihiris nipis (ini tak payah celur ye)
seikat pucuk ubi - jika suka (dicelur)


Cara penyediaan sayuran :

1. Sediakan sayuran, celur dan toskan.
2. Telur rebus potong 6@4 (ikut suka)
3. ketepikan

BAHAN-BAHAN KUAH KACANG

300 gm kacang tanah
10 biji bawang merah

10 biji bawang putih

30 gm asam jawa

1 1/2 inci belacan

3/4 cawan air panas

sedikit gula - agak-agak

sedikit garam - agak-agak

Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara buat kuah kacang :

  1. Goreng kacang tanah sehingga betul-betul masak dan sejukkan...kemudian kisar sehingga halus. Ketepikan.
  2. Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan
  3. Goreng bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan
  4. Tumbuk/kisar kesemua bahan yang digoreng (kecuali kacang tanah sebab tadi dah kisar) tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata.
  5. Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak
  6. Bancuh bersama air 3/4 panas. Gaulkan rata...kalo pekat sangat tambah air
  7. Perasakan dengan garam dan gula.

Monday, September 19, 2011

Ayam Masak Kicap Berempah Kari

kalau balik ke temerloh, MIL saya selalu masak ni...beberapa kali saya tanya apa resipinya....MIL cuma cakap mcm biasa..letak serbuk kari je...MIL kata ini cara banjar punya ayam masak kicap...tapi puas saya google tapi tak de pula. Jadi sebab tak tahu resipi...saya buat ikut rasa saya jelah...dan alhamdulillah sama rasanya.....guddddd!!!! :D

BAHAN-BAHANNYA :
1/2 ekor ayam dipotong 6
1 inci halia ditumbuk 2 ulas bawang putih ditumbuk
4 biji bawang merah ditumbuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca besar cili giling
1 camca besar rempah kari daging babas - jadikan pes
1 biji bawang besar hiris
3 helai daun limau purut
4 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kicap manis
sedikit cuka atau jus lemon
1 cawan air
3 batang cili hijau
2 biji tomato dibelah 4 (jika suka)
Hirisan daun bawang

CARA-CARA:

1. Lumur ayam dengan kunyit dan garam...gorengkan..angkat dan ketepikan.
2. dalam kuali lain, panaskan minyak kemudian tumis kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
3. Masukkan bahan yg ditumbuk dan cili giling tumis sampai garing.
4. Masukkan rempah kari. tumis hingga harum
5. Tuangkan air dan buar mendidih.
6. Masukkan kicap. Masak sampai pekat.
7. Tambahkan cili hijau, bwang besar, cuka dan gaul rata.
8. Tutup api dan hiaskan.

Thursday, September 8, 2011

Laksa Johor


Walaupun mak saya org JB...tapi disebabkan arwah abah saya (org perak) tak suka laksa johor maka tak pernah lah saya tengok laksa johor ni sehinggalah saya ikut suami saya balik jumpa mentua saya (masa tu baru bercintan-cintun).... mentua saya buat laksa johor for bekfes...wooowww!! marbelesss habis!! sejak tu jatuh cintan le ngan laksa johor ni... raya bebaru ni adik saya cuba buat laksa johor dan mmg tip top le sehingga saya tapaw bawak balik....tapi sampai bila nak rasa org masakkan...nak gak try buat sendiri..so hari ni lah harinya :D :D

Resipi ini pemberian seorg sahabat...Rohaya Shukor...tengkiu so much!!! :D

BAHAN-BAHAN :
500 g spaghetti- direbus hingga lembut.
1 sudu makan kerisik
1 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar rempah kari ikan
1 biji kelapa - jadikan 4 cawan santan
garam secukup rasa
2 keping asam keping/gelugor
4 sudu besar minyak untuk menumis

DIKISAR
(A)
500 g ikan kembung/selar direbus
50 g udang kering
2 sudu pes udang hidup

(B)
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 batang serai

Cara membuat kuahnya:

Rebus ikan seketika. Tapis tetapi air rebusan jangan dibuang. Ambil isi ikan dan kisar bersama udang kering.

Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang telah dikisar (B) bersama cili kisar (kecuali ikan dan udang) dan rempah sehingga garing.

Masukkan santan, air rebusan ikan, kerisik, asam keping, dan bahan (A) yang telah dikisar halus

Biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.

bahan ulam mcm biasa la kan...timun (hiris), tauge, kacang panjang(hiris halus), bawang merah (hiris) & paling penting sambal belacan...

note: kalo nak lebih mantopp...masa masak kuah tu.....masukkan hirisan bunga kantan dan daun kesum....mesti marbelesss!!

Friday, August 26, 2011

Sambal Ikan Bilis Cili Padi


Bahan-bahan:
15 biji cili api (digoreng) - ikut tahap pedas..kalo suka pedas tambah lagi :P
2 ulas bawang putih (digoreng)
1 biji bawang besar (digoreng)
segenggam ikan bilis (digoreng)
secubit garam
2 biji limau kasturi


Cara-cara:
1. Tumbuk cili api, bawang putih dan bawang besar bersama sedikit garam
2. Masukkan ikan bilis, gaul dan mesra-mesrakan :P
3. Perahkan limau kasturi, sedia utk dihidangkan

Thursday, August 25, 2011

Salam Eidul Fitr

Salam Eidul Fitr kepada semua. Maaf Zahir & Batin. :D

Kepada yg memandu pulang ke kampung, berhati-hati dijalanraya....biarlah kepulangan anda dinanti bukan untuk ditangis ....

Friday, August 19, 2011

Daging Masak Kicap


BAHAN-BAHAN:

400gm daging (dihiris nipis-direbus terlebih dahulu)

2 biji kentang dibelah 4

3 sudu besar kicap manis

1 sudu besar kicap pekat

1 batang kayu manis

2 kuntum bunga lawang

1/2 cawan air rebusan daging

sedikit minyak untuk menumis

1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Bahan dikisar :

1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)

CARA-CARA :
1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.


2. Masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukkan daging, kentang dan 1/2 cawan air rebusan daging tadi.

3. tunggu sampai kuah kicap tadi menjadi pekat, masukkan garam (agak-agak) dan sudu kecil gula

4. Masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan.

Wednesday, August 17, 2011

Ribena Longan


BAHAN-BAHAN :

1 tin longan
1/2 cawan ribena
sedikit gula (agak-agak sebab ada syrup longan)
Air secukupnya
Ais

CARA-CARA :
1. cairkan gula dengan sedikit air panas. setelah cair masukkan ribena
2. kacau rata dan tambah syrup longan. kacau
3. Masukkan air dan buah longan. kacau
4. letak ais...siap!

Tuesday, August 16, 2011

Lala Masak Lemak Cili Api


BAHAN-BAHAN :
1kg lala (rendam seketika dlm air, utk buang kekotoran, pasir)
1 batang serai (dititik)
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
10 biji cili padi (suka pedas sampai berasap, tambahkan)
5 ulas bawang merah
sedikit kunyit hidup (takde kunyit hidup, kunyit serbuk pun takpe)

CARA-CARA:
1. Bersihkan lala dan ketepikan.
2. Renehkan santan cair, bahan2 dikisar dan serai ke dalam periuk sehingga mendidih. 3.Masukkan lala dan kacau rata supaya sebati.
4. Tuang santan pekat dan kacau selalu. Biarkan kuah mendidih lagi sehingga lala betul2 masak
5. Masukkan asam keping, perasakan dengan garam. Tutup api dan bolehlah dihidangkan...

Saturday, August 13, 2011

Rendang Pedas Ayam


Resipi ini diturunkan oleh opah saya kepada menantunya, mak saya...dan diturunkan kepada kami adik beradik....masakan org perak ni :)

BAHAN-BAHAN (utk 4 org makan ye) :

9 batang serai yg diracik halus (serai kena byk) 6 ulas bawang merah, cili kering yg direndam ngan air panas (semua ni blender)
santan cair, santan pekat
1/2 ekor ayam potong sederhana boleh potong kecil pun boleh
...2 keping asam keping
serbuk kunyit (kalau suka)
garam
daun kunyit diracik halus

CARA-CARA :
1. blender serai, bawang dan cili kering letak air sikit lepas tu tuang dalam periuk...
2. hidupkan api sederhana, tenggek periuk dan letak ayam..reneh sampai mendidih.
3. masukkan santan cair...biar mendidih..kacau tau
4. masukkan santan pekat, asam keping pastu biarkan lama jugak la sampai hampir kering (kalau suka berkuah biarkan kuah byk)...letak serbuk kunyit sikit je biar ada warna dan garam...tabur daun kunyit dan hidang...

Friday, August 12, 2011

Air Bandung + Ice Cream Soda


BAHAN-BAHAN :
untuk 1 jug

3/4 Cawan sirap - agak-agak ye...jgn terlebih merah..jgn terlebih pucat
1/2 tin susu cair
5-6 gelas air air
4 sudu susu pekat
1 botol aiskrim soda yg kecil
Ais

CARA-CARA :

1. Campurkan sirap, susu cair dan susu pekat dengan air. kacau rata
2. tambah aiskrim soda dan kacau
3. letak ais...siap!

Sup Makaroni


BAHAN-BAHAN (UTK 4 ORG MAKAN)

300gm makaroni...rebus (campur sedikit minyak-dalam 2-3 titik dan secubit) - kembang, toskan dan ketepikan
sedikit isi ayam dihiris sederhana
sedikit fishball - jika suka (saya suka heheh :) )
4 biji bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2cm halia dihiris
1 sup bunjut jika suka
lobak merah - potong bulat boleh...panjang-panjang pun boleh - ikut suka
1 biji tomato - belah 6
minyak masak
air secukupnya
garam
daun sup dan daun bawang
bawang goreng sebagai penambah

CARA-CARA :
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau
2. masukkan ayam...kacau kemudian masukkan air kacau
3. Masukkan sup bunjut....lobak merah dan garam...kacau rata
4. Masukkan makaroni dan tomato...biar seminit...tutup api dan angkat...masa hidang tabur daun bawang + daun sup dan bawang goreng :)

kalau ada sambal kicap lagi mantop!

Thursday, August 11, 2011

Kerabu/Urap Pegaga + Selom


BAHAN-BAHAN :
1 ikat pegaga - buang akar..bersihkan..toskan
1 cawan kelapa parut putih
1 biji bawang besar dihiris
1 biji limau kasturi

BAHAN DITUMBUK
1/3 cawan ikan bilis, rendam 10 minit, toskan (kalau tak ada boleh ganti dengan udang geragau kering..rendam, toskan)
6 ulas bawang merah
1/2 inci belacan jika suka
3 biji cili merah
sedikit cili padi jika suka
sedikit gula
sedikit garam

CARA-CARA :

1. potong kecil-kecil ulam-ulam tadi. ketepikan.
2. Gaul kelapa bersama bahan2 tumbuk hingga rata.
3. kemudian goreng kelapa tadi tanpa minyak dalam kuali selama 3 - 4 minit.
4. tuangkan kelapa tadi atas ulam-ulaman dan bawang dan gaul rata
5. Masa nak makan nanti perah limau kasturi sikit.

dah boleh makan :)

Wednesday, August 10, 2011

Kurma Ayam


BAHAN-BAHAN :
Anggaran makan untuk 4 orang

1/2 ekor ayam
3 biji kentang dibelah 4
rempah 4 beradik
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
2 biji bawang besar di belah 4
1 bungkus rempah kurma dibancuh dengan air
cili hijau dan cili merah dibelah 2
garam dan sedikit gula

bahan ditumbuk:
1/2 inci halia
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

CARA-CARA :

1. Cuci ayam bersih2
2. panaskan minyak sedikit dalam periuk
3. tumis rempah 4 beradik
4. masukkan pes rempah kurma dan kacau...masukkan santan cair..kacau rata
5. Masukkan ayam biar kecut
6. Masukkan santan pekat, bawang besar dan kentang..biar kentang empuk
7. Masukkan garam dan gula..
nak bagi cantik masukkan cili merah dan cili hijau yg dibelah 2...kasi warna warni..

Acar


Bahan-bahan:

1 batang timun dihiris
1 biji tomato dihiris
1 bawang besar dihiris
1 potong nenas dipotong kecil
1 sudu besar cuka makanan
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Masukkan timun, tomato, bawang dan nenas dalam salad bowl
2. Masukkan cuka, garam dan gula
3. Gaulkan mesra
4. angkat dan hidang

Tuesday, August 9, 2011

Nasi Beriyani



BAHAN-BAHAN :
(7-8 orang makan)

1 kg beras basmathi
½ kg beras wangi
Air (sukatan sama banyak dengan beras)
½ tin susu cair
2 sudu besar air limau Sunkist
1 helai daun pandan

Bahan-bahan Tumis
1 senduk minyak sapi
½ cawan minyak jagung
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
7 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 senduk rempah beriani

Dikisar halus
10 biji bawang merah
6 biji bawang putih
2 cm halia tua



CARA-CARA:


1. Panaskan minyak sapi dan letak minyak jagung sekali - panaskan. masukkan daun pandan.
2. Tumiskan bahan – bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
4. Masukkan rempah beriani & terus tumis sampai naik bau dan pecah minyak..
5. Masukkan susu cair. Setelah hampir menggelegak masukkan 2 sudu besar air limau Sunkist.
6.Masukkan air mengikut sukatan beras.
7. Tambahkan lagi ½ cawan air.
8. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
9. Apabila menggelegak, masukkan beras. Kacau sesekali supaya tidak berkerak.
10. Apabila nasi hampir kering, kecilkan api dan tutup periuk rapat. Jangan dibuka sehingga keluar wap dari tepi tudung periuk.

Maggi Goreng Simple



BAHAN-BAHAN UNTUK 3 ORANG MAKAN:

3 peket maggi (direndam dengan air panas dan toskan)
sedikit cili paste (cili kering yg dikisar)
3 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit kicap
1 tangkai daun bawang
sedikit isi ayam (jika suka)
sedikit udang (jika suka)
Sedikit sawi/taugeh (jika suka)
sebiji telur
sedikit garam
(kalau guna maggi goreng MEE SEDAP - 2 bungkus perencah dia yg peket kelabu tu...kalo tak, tak payah pun tak pe)

CARA-CARA :
1. Mula-mula panaskan minyak...tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2. masukkan cili paste dan kacau rata sampai pecah minyak
3. masukkan udang ke isi ayam ke...kacau sampai empuk
4. kemudian masukkan telur biar seketika baru kacau
5. masukkan sawi/taugeh
6. Selepas itu masukkan maggi tadi dan gaul rata...masukkan garam dan perencah maggi. Kacau rata.
7. Tutup api dan boleh hidangkan...boleh juga letak daun bawang dan bawang goreng.. lagi sedap kalau ada sambal kicap sekali..mantap!!!

Thursday, August 4, 2011

Sambal bacang


Bahan2 :

1 biji bacang
2 biji cili merah
3 cm belacan
sedikit garam dan gula

CARA2 :


1. Buah bacang dikupaskan kulit dan cincang kasar.

2. Masukkan cili, belacan , garam dan gula dalam lesung batu. Tumbuk sehingga lumat dan sebati.

3. Masukkan bacang yg dicincang..tumbuk sedikit utk mesrakan dgn sambal

4. Hidangkan.

Kerabu Pucuk Paku dan Kerang



BAHAN-BAHAN :

Utk kerabu :
2 ikat pucuk paku (ambil pucuk sahaja) dicelur dengan air panas.
taugeh 30 sen dicelur dengan air panas
Kerang sekilo direbus dan ambil isi
4 ulas bawang merah dihiris
4 batang cili api dihiris

Kuah :
Cili kering 8 batang direndam air panas dan kisar bersama 5 biji bawang merah
2 sudu kerisik
2 cawan santan pekat
sedikit belacan jika suka

CARA-CARA :
1. celur pucuk paku taugeh dan ketepikan.
2. kopek kerang yg sudah direbus dan ketepikan
3.Hiris bawang merah dan cili api ketepikan

4. ambil bahan kisar dan satukan bersama santan dan kerisik didalam periuk..masakkan (supaya tahan lama-tak masak pun tak apa tapi nanti tak tahan lama, cepat basi)
5. Letakkan garam dalam kuah kacau rata.

Satukan sayur2an dan kerang dalam bekas..tuang kuah sikit2 dan gaul rata. Siap untuk dihidang...

Tuesday, August 2, 2011

Mee Hailam

-cara simple...cara saya :)


BAHAN-BAHAN :

Sedikit isi ayam dihiris sederhana - kalau daging pun boleh.
mee kuning dicelur ngan air panas dan toskan
udang dalam 10 ekor dibuang kepala dan ekornya...jgn lupa buang tali perut dia..
bawang besar sederhana saiznya dicincang halus
2 biji bawang merah dicincang halus
2 ulas bawang putih pun dicincang halus/Ketuk pun tak pe tapi kalo ketuk 3 ulas
1 sudu besar lada hitam - tumbuk jgn hancur sangat
3-4 sudu sos tiram
2-3 sudu sos cili
2-3 sudu sos tomato
3-4 sudu kicap manis cap kipas udang tu (aik...promote plak :P) - kalo nak tambah tak pe tapi jgn sampai itam sangat..
2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air utk pekatkan kuah)
bunga kobis
lobak merah dihiris ikut suka saiznya
tomato belah 6
putik jagung potong menyerong
2 mangkuk air (boleh ditambah ikut suka..kalau suka kuah byk...tambah air lagi tapi tambah juga tebung jagung...ikut kepekatan kuah)
sedikit garam

taugeh (jika suka), daun sup dan daun bawang, bawang goreng...letak masa dah tuang kuah dekat mee nanti ...masa nak makan.

CARA-CARA :


1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan ayam/daging kacau seketika dan kemudian masukkan air dan biar ayam empuk. Kalau kurang air tambahkan lagi.
3. Masukkan lada hitam...sos tiram..sos cili...sos tomato dan kicap. Biar mendidih.
4. Masukkan sayuran dan tepung jagung yg dibancuh dengan air. Bila agak pekat tutup api (kalau nak tambah kuah/air tak pe tapi lepas tu bancuh lagi tepung jagung...kuah kena pekat)
5. Bila nak makan curah atas mee...letak bawang goreng...cili potong..daun sup dan daun bawang...boleh makan dah :)


ni gambar sebelum diletak dalam pinggan...al maklum bulan pose...kena tunggu berbuka...nanti saya snap gambar lagi yg dah siap utk dimakan :)

SELAMAT BERBUKA :)

Friday, July 29, 2011

Laksa Penang




Huhuh!! Setelah 5 tahun saya tak masak laksa...ntah mcmmana hari ni terasa nak masak laksa pula...ini semua gara-gara gigantic belacan yg my hubby beli kat melaka hari tu....ehehheh!!

Kenapa lama tak masak laksa? hmm...my hubby ada sinus...tak boleh makan belacan...sikit-sikit bolehlah tapi kalo banyak mmg akan migrain lah dia...mula-mula ingat nak buat semalam sebab my hubby outstation tapi kesian pula bila dia tanya bila nak masak..maknanya dia nak makan lah kan.....so buat lah..harap-harap dia tak migrain lah....pagi2 saya dah merendam laksa...siapkan bahan-bahan...laksa utk makan tengahari...simpan ke petang untuk my hubby...malam for sure makan kat luar sebab mesti dia nak pekena thai food sebab 5 hari asyik makan roti....huhuh!


oh ye..special thanks to my sister and my mum sebab bagi guidance through phone...yelah dah lama sure dah lupakan....tapi alhamdulillah skill masih ada...rasa masih tip top hehehh! masuk bakul angkat sendiri nampak...!!! cewahhhh!!


Bahan-bahan :


1 kg laksa (direndam lepas tu rebus pula) - tos dan ketepikan
1 kg ikan kembung (kalo mix ngan ikan sardin pun wokeh - bukan sardin tin ye...)
2 batang bunga kantan dibelah 2
5 keping asam gelugur (asam keping lah tu)
1 tangkai daun kesum amik pucuk je
garam
1 liter air

utk dikisar :
cili kering dalam 20 batang (ikut tahap pedas...nak lagi pedas tambah lagi) - rendam ngan air panas kasi kembang
3 biji bawang besar
of course belacan kan...berapa byk...saya letak sebesar ibu jari heheehh!!
air sikit utk blender


ulam-ulam :
1 biji timun dihiris kecil
2 biji bawang besar dihiris
4 biji telur rebus
beberapa biji limau kasturi dibelah 2
cili padi, cili merah dihiris
kalau suka, daun selom dihiris, salad...org utara dia letak cucur udang dipotong kecil dan nenas (saya tak letak - tak de stok heheh)


CARA-CARA :
1. Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulang dan kisar isi dengan sedikit air rebusan ikan hingga halus
2. Sediakan periuk. Masukkan bahan kisar iaitu cili, bawang dan belacan ke dalam periuk dan tuang ikan yg telah dikisar tadi.
3. pasang api perlahan.
4. Masukkan daun kesum, bunga kantan, asam gelugur dan air. Renehkan dan masukkan garam. Mengelegak..siap.
5. Sediakan laksa dalam mangkuk dengan bahan-bahan ulam dan telur. Tuang kuah..siap untuk dimakan :)

Sunday, July 24, 2011

Ayam Sos tiram dengan Cendawan Shitake


Bahan-bahan :

Ayam dipotong kecil dan digoreng (letak garam dan kunyit)
4 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
2 sudu Sos tiram
1 sudu kicap lemak manis
1 sudu serbuk lada hitam
1 inci lobak merah dihiris
Sedikit minyak masak

Cara-cara:

1. Goreng ayam sehinga separuh masak.
2. Tumiskan bahan-bahan dihiris sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis. Kacau.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata. Biarkan hingga daging cukup masak.
5. Masukkan hirisan lobak merah dan cendawan. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan garam.
6. Gaul rata. Tutup kuali dan biarkan seketika.
7. Hidangkan.

Thursday, July 21, 2011

Masak Lemak Cili Api Ikan Salai dan Nenas

My mother in law baru balik dari Kapit Sarawak...saudara mara di Kapit hadiahkan banyak ikan salai. MIL pun bagi sebungkus...puas lah fikir nak masak apa...yg relatives cadangkan asam rebus mcm asam rebus ikan parang tu...tapi masak lomak pun sodap kan....jadi hari ni...saya masak masak lemak cili api ikan salai + nenas....tadaaaaa!!!! kuah kena pekat tau...bukan cair macam masak lemak cili padi ayam tu...


BAHAN-BAHAN :

1 kilo ikan salai (ikan keli salai pun tak pe)
4 cawan santan pekat
3 batang serai dititik
1-2 keping asam keping
garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:

10 biji cili padi
4 cm kunyit hidup

CARA-CARA :
1. Satukan santan pekat dengan bahan yg ditumbuk tadi, asam keping dan serai.
2. Renehkan atas api perlahan dan kacau selalu supaya tak pecah minyak
3. kalau kuah tak cukup tambah santan lagi
4. Dah mengelegak (kacau selalu tau) masukkan ikan salai dan garam. Biarkan mendidih
5. Bila ikan dah lembut, tutup api dan boleh dihidangkan.

NOTE : kalau masak masak lemak cili api kuah kena kacau selalu takut pecah minyak.

Wednesday, July 6, 2011

Nasi Ayam


Semalam anak saya yg kecik minta ibunya masak nasi ayam. Budak-budak memang suka nasi ayam sebab tak pedaskan..Jadi untuk tak menghampakan si cute Balqis saya pun buat nasi ayam for lunch hari ni.

nak resipi tgk entry ni ye :)
http://daridapurcomelku.blogspot.com/2010/10/nasi-ayam-cara-tila.html

Masa taip entry ni anak saya Batrisyia sedang makan...tanya ok tak...sambil sengih-sengih dia cakap SEEEEDDDDAAAPPPPP..apalagi saya pun join tersengih sama lah hehehehh! Perkara yang paling best bila memasak adalah bila tengok org makan masakan kita...mmg puas hati :D

Mee Rebus

Hari ni entah kenapa rasa nak makan mee pula..mungkin sebab tak tahu nak masak apa....sampai kedai terpandang mee kuning. Nak buat mee goreng basah, dah selalu sangat...teringat mee rebus...Mee Rebus pun sodap kan? Kena lak ngan teh O panas...so itulah menu saya malam ni... hubby makan 2 pinggan heheheh!



BAHAN-BAHAN :

Untuk dikisar :
15 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
1/2 inci halia

1/2 kilo daging dipotong kecil-kecil (dadu)
3 biji ubi kentang direbus dan lenyekkan
200gm udang kering (ditumbuk kasar)
4@5 sudu cili giling
4@5 sudu sos cili
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
minyak untuk menumis

BAHAN TAMBAHAN

Mee kuning dicelur dengan air panas
Taugeh basuh dan toskan (jika mahu)
Tauhu digoreng dan dibelah 6 (jika mahu)
Bawang goreng
Telur Rebus
2-3 biji limau kasturi
Daun sup dan daun bawang dihiris kecil
Udang direbus (jgn lama sangat nanti kecut)
sedikit sawi dicelur

CARA-CARA
:

1. Tumis bahan kisar
2. Masukkan cili dan cili sos kacau rata
3. masukkan udang kering kisar kacau lagi
4. masukkan daging, kacau 5 minit
5. masukkan air secukupnya, rebus daging hingga empuk.
6. Setelah daging empuk, masukkan kentang kisar..kacau dan biarkan mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya
7. Reneh kuah mengikut kepekatan ikut selera masing-masing.
8. letak bahan lain dalam bekas dan bila nak makan baru letak dalam pinggan bersama mee kuning dan tuang kuah.

Siap...Selamat Mencuba :)

Tuesday, July 5, 2011

Nasi Dagang Terengganu

Wiken yang lepas kami sekeluarga pergi ke Marang Terengganu dengan misi meminang untuk adik lelaki saya. Keluarga pihak perempuan menyediakan hidangan Nasi Dagang kepada kami...Wah!!! Bila suap je ke mulut...secara otomatik mata terbeliak....SANGATTTTT SEEEDAAAAPPPPP!!!

Ini lah rupa nasi dagangnya.

Saya memang sangat suka nasi dagang yelah duduk pantai timur lebih 13 tahun...tapi tak pernah rasa semarbeles ni..tgk ajelah pinggan saya ni... hehehehh!!

InsyaAllah suatu hari nanti saya akan belajar masak nasi dagang ... mungkin cubaan pertama kedua dan ketiga tak sesedap ni..tapi insyaAllah rajin dan usaha tangga kejayaan kan :)

Ayam Goreng Kicap


BAHAN-BAHAN :

1/2 ekor ayam dipotong sederhana
2 labu bawang besar dipotong bulat
1 tangkai daun bawang
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 batang cili merah dipotong serong (jika suka)
1 biji tomato dibelah 6 (jika suka - umah saya tak de stok itu yg tak letak hehehhe)
Kicap secukup rasa (dalam 2 sudu)
garam
kunyit serbuk
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA:

1. Bersihkan ayam dan lumur dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam garing.
2. Bila dah garing, keluarkan sedikit minyak bagi cukup-cukup menumis je
3. Masukkan serbuk lada hitam dan bawang besar kacau rata
4. Masukkan daun bawang dan kicap
5. Gaul mesrakan. Tutup api dan siap dihidang :)

Monday, July 4, 2011

Masak lemak udang dan kacang panjang



BAHAN-BAHAN:
300g udang
5 tangkai cili padi - ditumbuk (jika suka pedas, tak payah pun tak apa)
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 labu bawang besar ditumbuk
1 inci kunyit hidup ditumbuk
3 batang kacang panjang dipotong dalam 2 inci
1 batang serai diketuk
1/2 helai daun kunyit dihiris
1 keping asam gelugur/asam keping
sedikit garam

CARA-CARA :

1. Didihkan santan cair, masukkan masukkan kunyit hidup yang ditumbuk
2. Masukkan bawang besar dan cili padi. kacau perlahan2. kecilkan api (kena selalu kacau nanti pecah minyak tak cantik).
3. Masukkan serai dan asam gelugur
4. Setelah mendidih, masukkan kacang dan daun kunyit.
5. Kemudian, masukkan pula udang dan garam secukup rasa.
6. Kacau dan tutup api..boleh dihidang.

(Note : udang masuk last sekali kalau tak udang kecut dan kurang manis. Sentiasa kacau masakan ini bagi mengelakkan pecah minyak)

Ikan Kembung Goreng Berlada


BAHAN-BAHAN:)

3 ekor ikan kembong
sedikit garam
sedikit kunyit
6 biji cili merah besar
2/3 batang cili padi (ikut tahap kepedasan anda(
1 biji bwg merah besar
2 ulas bwg putih
minyak masak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA:


1. Lumur ikan dengan kunyit dan garam kemudian goreng ikan ,angkat dan ketepikan
2. tumbuk/blend cili merah, cili padi, bawang dan bawang putih.
3. tumis bahan-bahan yg dah diblend/tumbuk tadi sampai agak garing kemudian campurkan garam & gula secukup rasa
4. Kemudian masukkan ikan goreng tadi ke dalam kuali dan gaul sampai rata dan garing
5. Tutup api, angkat dan hidang :)

Wednesday, June 29, 2011

Daging Goreng



BAHAN-BAHAN :

BAHAN DITUMBUK
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

minyak untuk menggoreng daging
500 gm daging dihiris dilumur garam dan kunyit
daun bawang
1 biji bawang besar dipotong bulat

CARA-CARA :
1. Gorengkan daging hingga empuk (jgn rentung pula ye hehehe). Kalau minyak byk bila dah empuk buang sikit minyak.
2. Bila dah empuk, masukkan bahan tumbuk dan gaul rata sampai bahan tumbuk kekuningan
3. Masukkan hirisan bawang besar dan daung bawang. Gaul dan boleh tutup api bila bawang layu sikit :)

Senangkan...ada org suka minyak byk..ada yg tak suka.

Sunday, June 26, 2011

Kari Telur


6 biji telur direbus dan dibuang kulitnya
2 sudu makan serbuk kari ( gaulkan sengan sedikit air )
1 cawan santan pekat
1 keping asam gelugur
1/2 bawang goreng ( optional )
daun kari
air secukupnya
garam secukupnya
1 kiub pati ayam
beberapa biji tomato cherry jika suka
minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk/dihiris :
4 biji bawang
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara

1. Tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
2. Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dicampur dengan air, asam gelugur, kiub ayam, sedikit air dan santan.
3. Bila kuah mula mendidih kacau sentiasa supaya santan tidak berketul-ketul.
4. Masukkan telur yang telah direbus tadi. Tomata Cherry
5. Masukkan garam
6. Kacau seketika, tutup api dan angkat


My dotter yg memilih makan tu kata sedap...dan request buat lagi..sepinggan nasi 3 senduk licin....hehehh!! sure ibu buat lagi key :)

Saturday, June 25, 2011

Sup Ikan Haruan


make sure ikannya ikan fresh ye..Menu org berpantang juga ni tapi kalau untuk org berpantang tumis dengan minyak sesudu je...jgn banyak minyak


Bahan-bahan :

2 ekor ikan haruan saiz sederhana dipotong 4 dibasuh bersih
sesudu lada hitam
4 biji bawang merah
1 inci halia
sedikit kayu manis & bunga lawang (jika suka - saya tak letak)
4 biji bawang putih
2 cawan air (ikut suka kalo suka kuah byk letak lebih)
1 sup bunjut
daun bawang/daun sup secukup rasa
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. tumbuk lada hitam (agak2 kalo nak pedas byk) halia, bwg merah dan bwg putih
2. Panas kan minyak kemudian tumiskan bahan ditumbuk hingga naik bau
3. masukkan air, tunggu mengelegak
4. masukkan ikan (jgn kacau sangat nanti isi ikan pecah-terbalikkan sekali sekala je)
5. letak sup bunjut...(mcm masak sup biasa tapi saya tak letak rempah sup pasal nanti kuah dia kelabu..bebudak tak suka).
6. Letak garam secukup rasa dan kacau rata. Mendidih.
7. Tutup api dan tabur daun sup dan daun bawang yg diracik halus. Kalau suka letak sikit bawang goreng.
8. Siap untuk dihidang
Hidangan utk 4 org

Jom ramai-ramai jadi community Faceblog :)




Kommuniti berinformasi untuk para bloggers. Juz pergi ke laman web : http://www.the-faceblog.com/

Wednesday, June 22, 2011

Ayam Blackpepper


BAHAN-BAHAN

500gm fillet ayam - dihiris lumur dengan sedikit garam dan kunyit kemudian digoreng separuh masak

sedikit minyak zaitun untuk menumis
1/4 cawan kicap pekat (saya pakai kicap manis cap kipas udang)
4-5 sudu sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit air untuk kuah...

bahan ditumbuk
7 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
1 inci halia

2 inci Lobak merah dihiris
sedikit brokoli
1 biji tomato dibelah 6
bawang besar dipotong 8
daun bawang


CARA-CARA

1. Ketepikan ayam yg telah digoreng. Panaskan 2 sudu minyak zaitun.
2. Tumis bahan yang ditumbuk bersama-sama tadi hingga naik bau, kalau nak berkuah letak sikit air.
3. kemudian masukkan kicap, sos tiram dan lada hitam. biarkan masak
4. Masukkan sayuran, tambah air sedikit bagi sayuran empuk
5. akhir sekali masukkan bawang besar dan daun bawang. Sedikit garam jika perlu. Gaul rata. Tutup apu. Sudah siap..boleh dah makan :)
Posted by AnakChott

Tuesday, June 21, 2011

Ikan Pelaling Masak Kicap



BAHAN-BAHAN

6 ekor ikan pelaling dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan gorengkan. Angkat dan ketepikan
1 inci halia dihiris
3 biji bwg merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit air
Kicap
sedikit sos tiram
bawang besar dihiris untuk hiasan dan cili merah dibelah 4
2 sudu besar minyak masak

CARA-CARA

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan hiris sampai kekuningan. Masukkan air biar mendidih.
2. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau rata. (kalau nak pedas sikit letak sedikit sos cili)
3. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi gaul rata.
4. Masukkan bawang besar dan cili merah. Jgn letak garam sebab kicap dah masin lagi pun ikan goreng dah ada garam.
5. Menggelegak, tutup api dan angkat. Boleh dihidang

Saturday, June 11, 2011

Pajeri Nenas


Resipi pemberian bonda tercinta...kalau mak saya masak ni..3 pinggan nasi saya makan..tapi dah duduk jauh ni..teringin kena pandai-pandailah masak sendiri ye tak?? Sedapppp!!!

BAHAN-BAHANNYA :
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ikan (dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan ditumbuk(3 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus/ditumbuk)
1 cawan santan
1 batang kayu manis
Garam dan sedikit gula jika perlu


CARA-CARANYA :

1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.
2. bancuh serbuk kari ikan dengan sedikit air dan dicampur dengan kerisik. (jadi paste)
3. Tumis bahan ditumbuk dan kulit kayu manis hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari + kerisik dan udang kering, tumis hingga naik bau dan garing sikit.
4. Masukkan santan dan kacau rata.
5.Selepas itu masukkan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat dan naik minyak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Ikan Patin Masak Tempoyak



BAHAN-BAHAN:

Satu ekor ikan patin (patin sangkar)
(ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam) dipotong 5 (kalau ikan saiz besar)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus) tak de ganti ngan serbuk kunyit pun tak pe
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
10 biji cili api (ditumbuk halus)- ikut tahap kepedasan anda)
1 cawan tempoyak (saya suka pekat)
2 ikat daun kesum (ambil pucuk je)
2 ikat bunga kantan di belah 2
2 asam keping
1 helai daun kunyit disiat
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas)

CARA-CARA :

1. ikan dibersihkan dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan.
2. Tumbuk kunyit hidup, bawang kecil dan cili api dan digaulkan dengan tempoyak.
3. Masukkan ke dalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping. Letak periuk atas api sederhana. Renehkan.
4. Biarkan seketika kemudian masukkan ikan.
5. Masukan bunga kantan, daun kesum. Daun kunyit yg disiat
6. Masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit. Biar mengelegak..tutup api dah boleh makan :)