Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, August 28, 2012

Laksa Sarawak

mentua saya ada beri pes laksa sarawak beberapa bulan lepas...dari hari ke hari nak buat tapi tak buat2...hari ni tergerak hati nak makan laksa sarawak...terus saya ke hypermarket beli bahan dan terhasillah laksa sarawak .... masakan saya....resipi dari blog masakan http://dayangjack.blogspot.com/   terima kasih di atas resipi yg marbeles ini...sedap sgt!


 Bahan-bahan:

150gm pes laksa sarawak
1 paket bihun - direndam, cuci dan dicelur
200gm udang basah
200gm santan
2 keping tauhu - digoreng dan dihiris
100gm tauge - dicelur
3 keping dada ayam - direbus dan dicarik halus
1 1/2 liter air
2 sudu besar cili kisar
2 batang serai - diketuk
1 helai daun limau purut
sedikit daun ketumbar/daun sup - diracik
4 biji limau kasturi - dibelah 2
2 biji telur - digoreng dan dihiris halus
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 sambal:
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar udang kering - direndam
1/2 inci belacan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam jawa

cara:
  • untuk membuat sambal: kisar bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering sehingga halus
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan cili kisar sehingga pecah minyak
  • kemudian masukkan bahan2 kisar dan kacau sehingga sebati
  • masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
  • angkat dan ketepikan
  • untuk membuat kuah laksa: panaskan air sehingga mendidih
  • masukkan udang (dengan kulit dan kepalanya) dan rebus sehingga masak
  • kemudian keluarkan udang dan tapiskan air rebusan
  • masukkan semula air rebusan ke dalam periuk dan masakkan semula
  • masukkan pes laksa, cili kisar serta serai
  • masak dengan menggunakan api yang kecil dan biarkan sehingga kuah mendidih
  • masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa
  • renihkan sebentar sehingga mendidih semula
  • padamkan api
  • cara menghidang: masukkan bihun, tauge, ayam, udang dan bahan2 lain ke dalam mangkuk
  • tuangkan kuah, sambal dan hiaskan dengan daun ketumbar/sup dan perahkan limau
  • enak dimakan ketika panas
special thanks to  dayang jack
dan noreen home cooking

Thursday, August 16, 2012

Salam Lebaran

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Sunday, August 12, 2012

Nasi Hujan Panas

hari ni tekak teringin nak makan nasi ujan panas...tapi malas bebenor nak goreng ayam..maka kita tukar sikit lauknya...ke kurma daging + kobis, sambal tumis udang...acar buah (ni saya beli) dan ulam timun...
resipi kurma daging + kobis boleh amik di sini ye...sambal tumis udang di sini (tapi tak letak petai)


Ini resipi Nasi Hujan Panas pula

BAHAN-BAHAN (utk 4-5 orang)

2 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
3 sudu besar minyak sapi/margerin
1 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris
rempah 3 beradik (kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
3 cawan air
1/3 cawan susu cair
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul
sedikit pewarna merah, kuning dan hijau

CARA-CARA :

1. Panaskan minyak sapi/margerin di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah 3 sekawang, bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Masukkan air, garam, susu cair dan garam. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan daun pandan.  Masak nasi seperti biasa.

3. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna  merah dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Ulang proses sama untuk warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. selepas 5 minit.  Selepas 5 minit baru kacau nasi.  Bolehlah tabur bawang goreng jika suka.

Thursday, August 9, 2012

Lala Masak Pedas


BAHAN-BAHAN :

1kg Lala (tak perlu rebus) rendam...tos dan basuhkan hingga hilang pasir
2 batang serai diketuk
1/2 cawan dicampur 1/2 sudu kecil asam jawa
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR :
5 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih


CARA-CARA :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
  2. masukkan serai yg diketul..gaul.  
  3. Letak sos cili, sos tomato...dan air asam jawa. kacau rata..kalau kering masukkan lagi air.
  4. Masukkan garam dan gula.  Kacau
  5. Masukkan lala dan tutup periuk sampai kulit lala bertukar ke warna merah.
  6. Buka penutup dan gaul bagi semua masak.. kalau nak kuah cair boleh tambah air....  mengelegak..tutup api dan siap le...boleh makan :)

Saturday, August 4, 2012

Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi

kena kerat 2 sebab periuk kecik :P

belen ikan salai hari tu ada lagi...maka kita wat ikan keli salai masak lemak cili padi as menu berbuka hari ni wokeh.


BAHAN-BAHAN :

3 ekor ikan keli salai - buat sendiri pun boleh
5-7 batang cili padi ditumbuk (cili padi tu ikut tahap pedas masing2 ye...saya ada anak kecik so kureng pedas)
2 inci kunyit hidup ditumbuk
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit dicarik-carik
1 cawan santan pekat
1/2 cawan santan caiir
Garam secukup rasa

CARA-CARA :

  1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk.  Masukkan santan cair.
  2. Panaskan periuk atas api sederhana, tunggu sampai kuah separuh menggelegak. kacau sikit2.
  3. Masukkan santan pekat...kacau...masuk asam keping...kacau lagi
  4. Masukkan ikan keli dan letak daun kunyit....kacau sikit2 (jgn kena isi ikan nanti tersiat...ikan lembut) sampai menggelegak..kena selalu kacau sebab takut pecah minyak
  5. Tutup api dan siap dihidang :)