Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Saturday, April 30, 2011

Nasi Goreng Cina


BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih ditumbuk/ketuk
1 mangkuk besar nasi sejuk [peroikan]
1 biji telur
isi ayam dipotong kecil-kecil
sotong dihiris kecil-kecil
sayur campur [boleh gantikan dgn potongan kacang buncis dan carrot]
minyak
garam
lada sulah



Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis bawang putih hingga wangi
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Bila nampak telur separuh masak kacau supaya sedikit hancur
4. Masukkan sayur campur,ayam dan sotong, kacau biar masak
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau biar garam rata
6. Letak lada sulah dan gaul rata.
7. Tutup api dan siap utk dihidang, kalau suka letak daun bawang dan bawang goreng

Thursday, April 28, 2011

Kueytiaw Seafood



BAHAN-BAHAN :

Peket kueytiaw dibasuh bersih..biar hilang minyak sikit tapi sekejap je jgn sampai lembek (toskan)
5-10 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar (ada org dia tak letak bawang merah...saya letak
4 biji bawang putih dikisar
7 ekor udang dibuang kulit, isi kerang yg sudah direbus,fish ball belah 2
1 biji telur
Seikat kucai
taugeh 20 sen dibuang ekor
Minyak untuk menumis
sedikit kicap pekat manis
sedikit garam

Cara-cara :
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau
2. Masukkan udang/ fish ball/ kerang dan gaul hingga empuk
3. Pecahkan telur
4. Masukkan sayuran dan mee dan gaul rata
5. Masukkan kicap (sedikit) dan gaul
6. akhirnya masukkan garam secukup rasa, gaul rata...tutup api..siap
6. Jika suka, boleh taburkan daun bawang / bawang goreng/cili merah dihiris.

Kek Batik



Bahan2 :

1 bungkus biskut marie
setengah bungkus butter
2 biji telur
1 cawan air
3/4 cawan gula
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko

Cara-cara:
1. patah-patahkan biskut marie dan letak dalam bekas.Ketepikan.
2. Masukkan serbuk koko, milo, air dan gula ke dalam periuk..kacau sampai rata dan gula cair.
3. Masukkan butter..biarkan cair dan kacau. Masukkan 1 atau 2 biji telur. Kacau rata.
4. Tutup api dan masukkan biskut marie yang dipatah-patahkan tadi
5. Gaul rata dan kemudian masukkan ke dalam loyang yang telah dilumur dengan margerin (untuk mengelakkan dari melekat)
6. Letakkan dalam peti sejuk dalam sejam dua sehingga keras
7. Potong dan hidangkan

Hati-hati bila beli butter utk buat kek/biskut



info dari FB SBMSSM..

Wednesday, April 27, 2011

Ayam Masak Lemak Cili Api



BAHAN-BAHAN:


6-7 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
(kedua-dua bahan ini ditumbuk)

2 batang serai dititik
1 cawan santan cair
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
1/2 ekor ayam di belah saiz ikut suka
3 biji kentang dibelah 4
garam secukup rasa

CARA-CARA:
1. Masukkan bahan yang ditumbuk dalam periuk bersama 1/2 cawan air. Letak serai, kentang dan ayam. Renehkan sampai pecah minyak...kentang empuk
2. Kemudian masukkan santan cair...kacau...jgn lupa kena selalu kacau ye...mengelegak ..
3. Masuk santan pekat. Kacau lagi sampai menggelegak..masuk garam dan kacau
4. Tutup api dan boleh hidang :)

Tuesday, April 26, 2011

Cerita Sekeping Lempeng



Cerita Sekeping Lempeng....

nostalgiakan menu ni....masa kecik-kecik mesti mak-mak kita pernah buat...ada lempeng kosong...lempeng kelapa..lempeng telur...org utara panggil tempek...boleh dicicah ngan air gula merah..cicah sambal..makan dengan ikan goreng....macam-macam cara...duduk dalam bulatan...minum air kopi...tengok hujan turun kat luar...kenangan yg sangat indah...

ada yang kata lempeng omputih panggil pancake...betul ke? sama ke? lebih kuranglah tapi pancake lebih tebal...manis...

Saya sudah lama tak buat lempeng...kali terakhir zaman sekolah agaknya..lapar petang2...buat lempeng..cucur...yelah dah besar kenalah buat sendiri..kecik-kecik bolehlah suruh mak kan..kan...dah lama makan bahannya lupa...skill memusing kuali pun dah lupa....huhuhu!!

Sebab dah lupa saya pun tanya-tanya kawan-kawan...alhamdulillah dapat resipi dari kak norehan...tapi saya buat tak berapa jadi...patutnya garing sikit..tak pe...nanti kita cuba lagi okay...terima kasih kepada kak norehan atas tunjuk ajar...akhirnya dapatlah saya merasa lempeng dari air tangan sendiri :)

Sardin Masak Asam


Resipi ini pemberian kakak saya

Bahan-bahan
1 tin sardin/macarel kecil - cap ayam (ambil ikannya sahaja. Sos buang)
1 labu bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
1/2 inc halia di hiris
2 biji cili hijau- belah dua
1 biji cili merah - belah 2
1 biji tomato - belah enam
Sesudu besar asam jawa dibancuh dengan 3/4 cawan air
sedikit garam

Cara-cara
1. gorengkan ikan sardin dengan minyak sedikit (grill). Bila dah garing, angkat.
2.Tumis bahan dihiris hingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, tomato, cili-cili dan masukkan garam secukup rasa.
4. Tuang atas sardin tadi. Siap, boleh makan dah :)

Monday, April 25, 2011

Asam Pedas Ikan Pari



Bahan2

Sepotong ikan pari bersaiz sederhana (utk 4 org makan) di potong..dibasuh bersih

Dikisar
3cm belacan bakar
1 inci halia
5 biji bawang merah
4 biji bawang putih
9 tangkai cili kering direndam air panas
1 inci belacan (jika suka)

1 ikat daun kesum
3 batang bunga kantan

1 cawan air asam jawa
1 cawan air
1 keping asam keping

1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa

Sayuran : 7 batang bendi dan 2 biji tomato di potong 4..basuh dan tos kan.

Cara2:
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak..masukkan bunga kantan dan daun kesum...kacau...harum kan...
2. Bila dah agak garing masukkan air asam jawa..dan air..dan serbuk kunyit, asam keping
3. Masukkan ikan...biar sekejap
4. Masukkan bendi dan tomato..biarkan mengelegak
5. Masukkan garam...kacau..siap dihidang :)



Nota : saya tidak gunakan belacan kerana hubby alergy..tapi kalau letak belacan lagi sedap :)

Baked Beans

Menu yg simple je


Bahan-bahan :

1 tin baked beans
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit lada sulah dan garam
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau
3. masukkan baked beans...kacau
4. masukkan lada sulah dan sedikit minya

Sunday, April 24, 2011

Sambal Kicap Simple




Bahan-Bahan:

cili padi ikut tahap kepedasan anda ye :P
bawang putih(kalau cili padi 6: bwg putih 1 ulas)
2 biji limau kasturi
Kicap Kipas Udang yg lemak manis tu tau (kalau letak kicap ni tak payah letak gula)

Cara:
1.Goreng bwg putih sampai hampir garing (jgn pakai minyak..kalau letak minyak sikit je)
2.Tumbuk sekali dgn cili (ada yg goreng dulu cili padinya...ini mentua saya punya petua) dan bawang serta sampai lumat.
3.Perahkan limau kasturi tadi. rasa sikit takut masam nanti tak sedap
4.Letak kicap...dan gaul rata

Ketam Rebus



Bahan-bahan :

4 ekor ketam sederhana besar dipotong 2 dan dibersihkan
2 batang serai dititik
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
2 cawan air
1 biji tomato dibelah 4 (jika mahu)
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama serai, bawang & bawang putih. Biarkan mendidih
2. Masukkan ketam biarkan seketika
3. Kemudian masukkan tomato dan garam. Biarkan mendidih seketika. Tutup api dan boleh dihidang.

Sedap dihidang bersama nasi panas dan sambal belacan/sambal kicap

Ayam Masak Merah


Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam dipotong sederhana
1 inci halia
5 ulas bwg merah
5 ulas bwn putih
2 batang serai
cili kering yg direndam dengan air panas
1 cawan sos tomato/tomato puree
air asam jawa 1 cawan
1 tin kacang peas (jika suka)
bwng besar dihiris sederhana

Cara2:
1. Goreng ayam separuh masak
2. kisar cili kering, bwg merah, halia dan bwg putih, serai
3. tumis bahan kisar hingga pecah minyak
4. masukkan air asam jawa dan kacau
5. masukkan sos tomato/tomato puree dan kacau
6. masukkan kacang peas(jika suka) dan bawang besar..kacau..siap dihidang

Kacang Botol Goreng



Bahan-bahan :

8 batang kacang botol dipotong menyerong
1/2 batang karot dihiris
3 biji bawang merah sederhana besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
udang/fishcake/fishball/ikan bilis (jika suka)
garam
dan minyak untuk menumis
sedikit air

Cara-cara:
1.Tumis bawang dan ikan bilis sampai naik bau
2.(jika suka) masukkan udang/fishball/fishcake)
3. Masukkan karot dan kacang botol
4. Masukkan sedikit air dan kacau biar empuk
5. perasakan dengan garam..tutup api sedia dihidang

Mee Goreng Simple

/>
Bahan-bahan :
1. Peket Mee kuning dicelur dengan air panas bagi menghilangkan kapur....toskan
2. 5 tangkai cili kering dikisar
3. 5 biji bawang merah dikisar
4. 4 biji bawang putih dikisar
5. 7 ekor udang dibuang kulit/fishcake/fishball
6. 1 biji telur
7. Seikat sawi/kucai/tomato dibelah 8
8. 20 sen taugeh dibuang ekor
9. daun bawang dihiris sederhana untuk hiasan (jika mahu)
10. Minyak untuk menumis
11. sedikit kicap pekat manis dan sedikit sos tiram
12. Garam

Cara-cara :
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau
2. Masukkan udang dan gaul hingga empuk, masukkan fishcake/fish ball jika suka
3. Masukkan sayuran dan mee dan gaul rata
4. Masukkan kicap (sedikit), sos tiram dan gaul rata
5. Kemudian masukkan telur gaul rata dan akhirnya garam secukup rasa
6. Taburkan daun bawang / bawang goreng (jika suka)..siap untuk dihidang :)

note : KALO NAK BUAT MEE GORENG BASAH...STAGE LEPAS TARUK GARAM TU..SIRAM MEE NGAN AIR PANAS DALAM 1/3 CAWAN...GAUL RATA DAN TERUS ANGKAT...PETUA KAKAK ANGKAT KU :)

Saturday, April 23, 2011

Udang Masak Lemak Peria



Bahan-bahan:

2 biji peria yg dihiris sederhana dan direbus dalam air garam (rebus sekejap jgn sampai lembik) utk menghilangkan pahit
Udang yg telah dibersihkan (ikut rasa)
Cili kering yg telah dikisar bersama bawang (6 biji dan cili kering ikut selera)
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
3 batang serai yg telah dititik
1/2 cawan air

Cara-cara :
1. tumiskan cili dan bwg yg telah dikisar
2. masukkan air dan kacau
3. masukkan santan cair dan serai (kacau)
4. masukkan santan pekat
5. masukkan peria tunggu mendidih dan
6. masukkan udang, kacau..tutup api dan tutup periuk


Hidangan untuk 4 org

Thursday, April 21, 2011

Salad menu sihat



BAHAN-BAHAN
Daun salad hijau dan purple di carik2, basuh dan tos kan
10 biji tomato cherry di belah 2
1 labu bawang besar dihiris bulat-bulat
5 biji cendawan butang dihiris nipis
2 sudu minyak zaitun
sedikit garam dan lada sulah

CARA-CARA
Gaul semua bahan dalam mangkuk..siap dihidang. kalau nak perah lemon sikit pun boleh

Tuesday, April 19, 2011

Ayam Masak Kicap Lada Hitam

Resipi ini saya ambil dari blog seorang sahabat di laman FB kongsi resipi...


Ini adalah hasil masakan saya berpandukan resipi berikut....

Sekiranya inginkan resipinya..bolehlah lawati laman blog empunya resipi di http://reenkhan7067.blogspot.com/2011/04/ayam-masak-kicap-lada-hitam

Monday, April 18, 2011

Telur Lada Hitam



Menu simple diwaktu sibuk..sesuai juga untuk org bujang :)

Menu 4 orang makan:

4 biji telur digoreng / nak rebus pun boleh

ditumbuk
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
jintan manis secubit
jintan putih secubit
lada hitam 15-20 biji (kalau tak nak panas kurangkan)
1 cm halia
(tumbuk 95% lumat)

garam, serbuk kunyit (sikit je)
Air (agak2 utk kuah)

CARA-CARA
tumis minyak..masukkan semua yg ditumbuk..tumisan kasi pecah minyak..tambah garam skit(agak-agak)..masuk tloq..bawang besar..dan sedikit air...itu ajeeeee..sempoiiiiii....

note : saya modified sikit resipi ni dengan letak kicap manis 1 sudu bagi berwarna sikit..anak2 saya suka makan kicap :P


boleh juga sebagai menu org lepas bersalin tapi tukarkan telur ke ikan tenggiri..org baru bersalin tak boleh makan telur ye..

Thursday, April 7, 2011

Spaghetti Olio



BAHAN-BAHAN:
200 gm spaghetti yg telah dicelur (Letak sikit minyak zaitun dan garam)
2 sudu besar minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih
3-4 ekor udang sederhana besar
3-4 ekor isi kepah (Mussle)- jika suka
Button mushroom (ikut suka)
1 sudu teh pati ayam
2-3 potong capsicum hijau & merah (potong dadu atau memanjang)
Lobak merah dihiris2
Brokoli dipotong kecil
2 biji tomato dibelah 6
1 sudu teh oregano flakes
garam secukup rasa

Cara:

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih yg telah dicincang. Hingga hampir kuning, terus masuk udang, mussle (jika ada) & pati ayam. Setelah udang kemerahan, masukkan pula capsicum, lobak merah dan tomato. Dan akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau. Garam secukup rasa, kalau nak letak oregano flakes, serbuk lada hitam ke lada sulah pun boleh..ikut suka. Gaul rata dan siap dihidang.

Note : kalau suka pedas, masa hidang tu taburkan chili flakes..dan lagi best kalau tabur parmesan cheese masa nak makan...mmg sedap!!!

Butter Cookies




BAHAN-BAHAN


180 gm butter
120 gm gula castor
450 gm tepung naik sendiri
50 gm tepung jagung
2 biji telur
Chocolate chip

Pukul butter dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan kacau rata. Kemudian masukkan semua bahan lain, kacau sehingga mesra. Buat bulat2 dan letak chocolate chip..Bakar pada 180 C selama 10-15 minit hingga masak.

Sunday, April 3, 2011

Sotong Percik


Menu untuk 4 org makan

BAHAN-BAHAN
2 ekor sotong besar dibersihkan, dilumur dengan garam dan kunyit kemudian bakar (dalam oven pun boleh :)
1 helai daun kunyit di racik halus
4 helaii daun limau purut diracik halus
1 sudu besar air asam jawa
garam dan sedikit gula

Bahan dikisar:
6 tangkai cili kering
4 batang cili padi
3 batang cili merah
1 labu bawang besar
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai diracik halus

CARA-CARA
1. Letakkan sotong yg siap dibakar diatas pinggan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
3. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit, air asam jawa, garam dan sedikit gula.
4. Biar mendidih tuang atas sotong yang disusun atas pinggan...siap...mari makan hehehhe!!