Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Thursday, January 27, 2011

Nachos



Resipi ini ambil dari internet..insyaAllah ada kesempatan akan cuba buat..mmg feberet ni :)


1 peket besar cachos (corn chip, ada dijual di pasaraya) - boleh buat 2tray.
1 bungkus daging kisar (sy guna Ramly's product)
1 biji bawang besar - dicincang halus
2 sudu besar tomata paste or puree
2 biji cili merah (dibuang biji dan dipotong halus)
1/2 cwn air
sedikit garam
minyak masak untuk menumis
Cheese - boleh guna cheddar or mozarella (sy guna mozarella.. ikut suka)

cara2nya:-

1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga kekuningan, kemudian masukan cili merah. masukan daging, air, sedikit garam (sbb cachos tu a bit salty) dan masak sehingga ia menjadi lembut. Kemudian, masukan tomato paste tadi. Biarkan sehingga agak kering sedikit.

2) Sementara itu, sediakan dulang pembakar, alaskan aluminium foil. Taburkan Cachos diatas dulang. letakan daging yg dimasak td diatas cachos & taburkan dgn cheese. Bakar dlm suhu 160C..selama 10-15min, sehingga cachos tu agak kekuningan.

Monday, January 24, 2011

Sandwich Telur



anak2 saya suka sandwich telur ni...
Bahan-bahan

4 biji telur direbus keras
1 sudu teh lada sulah
secubit garam
4 sudu besar mayonis
1 buku roti

Cara-cara :
1. hancurkan telur yg direbus kemudian masukkan mayonis, lada sulah dan garam..gaulkan
2. sapukan diatas roti..senangkan :)

Friday, January 21, 2011

Daging Sos tiram dengan Cendawan Shitake


Bahan-bahan :
daging dipotong kecil dan digoreng (letak garam dan kunyit)
4 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
2 sudu Sos tiram
1 sudu kicap lemak manis
1 sudu serbuk lada hitam
5 batang kacang sweet peas
1 inci lobak merah dihiris
Sedikit minyak masak

Cara-cara:
1. Goreng daging sehinga separuh masak.
2. Tumiskan bahan-bahan dihiris sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis. Kacau.
4. Masukkan daging yang telah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata. Biarkan hingga daging cukup masak.
5. Masukkan kacang sweet peas, hirisan lobak merah dan cendawan. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan garam.
6. Gaul rata. Tutup kuali dan biarkan seketika.
7. Hidangkan.

Sunday, January 9, 2011

Ketam Rebus


Bahan-bahan :

4 ekor ketam sederhana besar dipotong 2 dan dibersihkan
2 batang serai dititik
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang merah dihiris
2 cawan air
1 biji tomato dibelah 4
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama serai, bawang & bawang putih. Biarkan mendidih
2. Masukkan ketam biarkan seketika
3. Kemudian masukkan tomato dan garam. Biarkan mendidih seketika. Tutup api dan boleh dihidang.

Sedap dihidang bersama nasi panas dan sambal belacan

Tuesday, January 4, 2011

Sotong Goreng Kunyit



Bahan-bahan:

3 ekor sotong bersaiz besar dipotong sederhana
bunga kobis dipotong sederhana
1 labu bawang merah dihiris sederhana
1 biji cili merah dihiris sederhana
kunyit & garam secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk lada hitam/lada sulah

Cara-cara :
1. gaulkan sotong dengan garam dan kunyit dan gorengkan..masukkan bunga kobis
2. apabila sotong kembang (masak) masukkan cili merah dan bawang merah, gaul rata)
3. kemudian masukkan serbuk lada hitam/lada sulah. Gaul rata. siap untuk dihidang