Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Sunday, September 25, 2011

Mee Hoon Sup Utara


BAHAN-BAHAN :

1 kg daging dihiris nipis dan direbus sampai empuk (saya rebus sejam lebih jugak le..nampak air nak kering tambah air) - air jgn buang...buat kuah sup
1 peket rempah sup digaul dengan 2 sudu air - buat pes
2 inci halia ditumbuk
1 sudu lada hitam ditumbuk
4 biji bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 pokok daun sup dan daun bawang dihiris
rempah 3 beradik
bawang goreng
Air secukupnya
kunyit
garam
1 peket sup bunjut (jika suka)

CARA-CARA:
1. tumis rempah tiga beradik, kemudian tumis bahan tumbuk sampai naik bau
2. masukkan rempah sup..kacau sampai pecah minyak
3. Masukkan air rebusan daging...kalo kuah sikit tambah air biasa, biar menggelegak. tutup api.
4. Masukkan daging, garam..dan letak sup bunjut

Mee Hoon:

1 peket mee hoon
air panas
1/2 sudu teh serbuk kunyit

Rendam mee hoon dalam air suam dan letakkan 2 cubit kunyit..gaul rata bila dah lembut tos kan

Sambal Kicap :

2 ulas bawang putih-goreng tanpa minyak
5 biji cili api (ikut tahap kepedasan)- goreng tanpa minyak
Kicap secukupnya
2 biji limau kasturi - ambil jusnya

tumbuk bawang putih dan cili api..letak kicap secukupnya dan perah limau kasturi


hidang dalam pinggan mee hoon dan tuang kuah..kemudian letak hirisan daun sup dan daun bawang dan bawang goreng

Wednesday, September 21, 2011

Pecal


BAHAN-BAHAN

Sayuran
seikat kangkung...ambil pucuk - celur dalam air panas
1 mangkuk taugeh - dicelur
2 keping tauhu - goreng dan potong kecil (dadu)
1 biji telur rebus - jika mahu
5 batang kacang panjang dipotong 1 1/2 inci - dicelur
1/2 batang timun dihiris nipis (ini tak payah celur ye)
seikat pucuk ubi - jika suka (dicelur)


Cara penyediaan sayuran :

1. Sediakan sayuran, celur dan toskan.
2. Telur rebus potong 6@4 (ikut suka)
3. ketepikan

BAHAN-BAHAN KUAH KACANG

300 gm kacang tanah
10 biji bawang merah

10 biji bawang putih

30 gm asam jawa

1 1/2 inci belacan

3/4 cawan air panas

sedikit gula - agak-agak

sedikit garam - agak-agak

Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara buat kuah kacang :

  1. Goreng kacang tanah sehingga betul-betul masak dan sejukkan...kemudian kisar sehingga halus. Ketepikan.
  2. Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan
  3. Goreng bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan
  4. Tumbuk/kisar kesemua bahan yang digoreng (kecuali kacang tanah sebab tadi dah kisar) tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata.
  5. Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak
  6. Bancuh bersama air 3/4 panas. Gaulkan rata...kalo pekat sangat tambah air
  7. Perasakan dengan garam dan gula.

Monday, September 19, 2011

Ayam Masak Kicap Berempah Kari

kalau balik ke temerloh, MIL saya selalu masak ni...beberapa kali saya tanya apa resipinya....MIL cuma cakap mcm biasa..letak serbuk kari je...MIL kata ini cara banjar punya ayam masak kicap...tapi puas saya google tapi tak de pula. Jadi sebab tak tahu resipi...saya buat ikut rasa saya jelah...dan alhamdulillah sama rasanya.....guddddd!!!! :D

BAHAN-BAHANNYA :
1/2 ekor ayam dipotong 6
1 inci halia ditumbuk 2 ulas bawang putih ditumbuk
4 biji bawang merah ditumbuk
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca besar cili giling
1 camca besar rempah kari daging babas - jadikan pes
1 biji bawang besar hiris
3 helai daun limau purut
4 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar kicap manis
sedikit cuka atau jus lemon
1 cawan air
3 batang cili hijau
2 biji tomato dibelah 4 (jika suka)
Hirisan daun bawang

CARA-CARA:

1. Lumur ayam dengan kunyit dan garam...gorengkan..angkat dan ketepikan.
2. dalam kuali lain, panaskan minyak kemudian tumis kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau.
3. Masukkan bahan yg ditumbuk dan cili giling tumis sampai garing.
4. Masukkan rempah kari. tumis hingga harum
5. Tuangkan air dan buar mendidih.
6. Masukkan kicap. Masak sampai pekat.
7. Tambahkan cili hijau, bwang besar, cuka dan gaul rata.
8. Tutup api dan hiaskan.

Thursday, September 8, 2011

Laksa Johor


Walaupun mak saya org JB...tapi disebabkan arwah abah saya (org perak) tak suka laksa johor maka tak pernah lah saya tengok laksa johor ni sehinggalah saya ikut suami saya balik jumpa mentua saya (masa tu baru bercintan-cintun).... mentua saya buat laksa johor for bekfes...wooowww!! marbelesss habis!! sejak tu jatuh cintan le ngan laksa johor ni... raya bebaru ni adik saya cuba buat laksa johor dan mmg tip top le sehingga saya tapaw bawak balik....tapi sampai bila nak rasa org masakkan...nak gak try buat sendiri..so hari ni lah harinya :D :D

Resipi ini pemberian seorg sahabat...Rohaya Shukor...tengkiu so much!!! :D

BAHAN-BAHAN :
500 g spaghetti- direbus hingga lembut.
1 sudu makan kerisik
1 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar rempah kari ikan
1 biji kelapa - jadikan 4 cawan santan
garam secukup rasa
2 keping asam keping/gelugor
4 sudu besar minyak untuk menumis

DIKISAR
(A)
500 g ikan kembung/selar direbus
50 g udang kering
2 sudu pes udang hidup

(B)
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 batang serai

Cara membuat kuahnya:

Rebus ikan seketika. Tapis tetapi air rebusan jangan dibuang. Ambil isi ikan dan kisar bersama udang kering.

Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang telah dikisar (B) bersama cili kisar (kecuali ikan dan udang) dan rempah sehingga garing.

Masukkan santan, air rebusan ikan, kerisik, asam keping, dan bahan (A) yang telah dikisar halus

Biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak. Jika kuah terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.

bahan ulam mcm biasa la kan...timun (hiris), tauge, kacang panjang(hiris halus), bawang merah (hiris) & paling penting sambal belacan...

note: kalo nak lebih mantopp...masa masak kuah tu.....masukkan hirisan bunga kantan dan daun kesum....mesti marbelesss!!