Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, June 9, 2020

Ayam Masak Merah Utara




.
Semalam buat air asam kerisik tu, kawan mention sedap makan dgn ayam masak merah ala kenduri belah utara.. Ayam masak merah ni letak santan atau susu cair. Letak kacang pis.. Tapi makcik xdo jadi buat pakai apa ada je😁
.
Dah lama Makcik tak masak ni.. Last masa jamuan birthday eisya + rumah terbuka raya tahun 2010 ke 2009..tak ingat le😅😅 lepas tu selalu buat ayam masak merah biasa tu. Yg ni sedap tau kalau makan dgn nasi minyak.. Tapi kami hari ni dgn nasi putih je 😁
.
RESEPI AYAM MASAK MERAH UTARA

.
Bahan-bahan👇
.
Bahan kisar
2 biji bawang besar
3 batang serai dihiris
1 inci lengkuas
1 inci halia
Makcik pakai 5 btg cili merah. Nak guna cili kering pun boleh tapi lebih kan qty
5 ulas bawang putih
Sebiji tomato . .
.
BAHAN LAIN
👇
.
1/2 ekor ayam (dibersihkan) dan potong sederhana
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 sudu besar serbuk kunyit Sedikit garam Sedikit Gula jika suka serbuk perasa jika suka
1/2 cawan santan pekat atau susu cair Minyak untuk menumis dan goreng ayam Kacang Pis (jika ada)
Sedikit air
1 tin kecik tomato puri, kalau xde sos tomato pun boleh. Makcik pakai 1/2 botol kecik
.
Cara Memasak:
.
Lumurkan ayam dengan garam sedikit kunyit.
Panaskan minyak, goreng ayam hingga separa masak, kemudian angkat dan toskan
Panaskan sedikit minyak, masukan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan yang telah di kisar.
Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa (jika suka lah) tunggu sehingga pecah minyak.masukkan tomato puri atau sos tomato. Kacau.
Masukkan ayam gaulkan sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan santan atau susu cair. Kalau pekat sgt tambah air sikit
Tunggu sehingga masak lebih kurang menggelegak, masuk kacang pis (jika ada). Dah pekat sikit, tutup api
Siap untuk dihidangkan. .

#ayammasakmerahutara #ayammasakmerahutara #masakanutara #utara #homecooked #dapurkekla #masak2 #resipi #resipiringkas #resipimasakan #lunch #menukenduri

No comments:

Post a Comment