Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, June 9, 2020

Air Asam Kerisik



Air asam kerisik by eisya. Resipi pemberian Arwah pak usop tebing tinggi pada makcik masa makcik sekolah dulu... La ni makcik turunkan kat anak makcik pula...nanti Insha allah dapat pada cucu2 makcik pula.. Semoga pahala pak usop berkongsi resipi ini berpanjangan dan semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.. Al Fatihah (dgn bacaan)
.
Resipi air asam kerisik. Saya pun ingat2 lupa Resipinya tapi lebih kurang lah😅 mungkin org lain sikit caranya..
.
Air Asam Kerisik
.
Bahan kisar:
2 biji cili merah
2 biji cili hijau.
(qty cili ikut kepedasan masing2)
Nak lagi pedas, letak cili padi sikit
¼ ketul belacan bakar
1 biji tomato dibelah2
Garam secukup rasa - jika perlu sedikit
Gula
Sepeket Kerisik (saya blender kerisik sekali ya, ada org letak masa satukan dgn bahan hiris. Mana2 cara pun tak pe)
kalau pakai kerisik buat sendiri lagi sedap. Kerisik dari 1/4 biji kelapa parut.
1 cawan air rebusan daging atau air suam pun xpe
1 sudu besar pes asam jawa
.
Bahan lain:
2 biji buah tomato dihiris nipis
2 biji bawang besar dihiris nipis
Ada org letak sos tomato dan sos cili. Saya tak letak.
Cara cara:
Letak bahan hiris dalam mangkuk kemudian tuang bahan blender. Gaul mesra.
Nak perah limau, perah boleh, tak nak pun takpe😊
.
#airasamkerisik #airasam #masak2 #masakanrumah #masakanutara #masakanmelayu #masak2 #resipi #homecooked #homemade #jommasak #dapurkekla #eisyaiscooking

No comments:

Post a Comment