Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, June 9, 2020

Laksa Terengganu



Laksa  Terengganu


Bahan


8 ekor @ 800g ikan selayang/ ikan kembung
2 sudu kecil lada hitam
1/2 in halia
1 ulas bawang putih (makcik tak letak) 5 ulas bawang merah
sedikit belacan*
1 1/2 biji kepala parut diambil santannya. Kalau santan kotak, 2 kotak. 2 keping asam gelugur
sedikit garam dan gula
BAHAN HIASAN : Daun kesum secukupnya dimayang halus
Kacang panjang secukupnya dimayang
Kobis diracik halus (ni makcik takde) Timun dimayang
Daun Kemangi/Selasih- di hiris halus (ni pun tak de😅) Bunga Kantan- dihiris halus (takde jugak😂) Taugeh - buang ekor (ni pun takde🤣) 4 biji limau kasturi-belah 2
.
Cara👇
Ikan kembung atau selayang dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
Tumbuk/Blend bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga lumat.
Masukkan semua bahan tumbuk/blend serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.
Kepekatan kuah ikut selera masing2 ya.
.
#laksaTerengganu #laksa #homecooked #dapurkekla #resipi #resipiringkas #masakanrumah #masak2

No comments:

Post a Comment