Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, June 9, 2020

Ikan Tombok 3 Rasa



makcik masak Ikan tombok 3 rasa ๐Ÿ˜‹ makcik 1st time makan ikan tombok ni kat satu kedai seafood kat cherating. Rasa dia tu dia.. Sedap lembut.. Lebih sedap dari siakap. Ikan ni jiran makcik bagi. Ada 2 ekor. 1 kita masak 3 rasa, satu lagi masak hari lain lah.. Nanti fikir nak masak apa ๐Ÿ˜…
.
Ini style makcik lah.. Org lain, lain caranya ๐Ÿ˜‰
.
1 ekor ikan tombok - kelar dan lumur garam kunyit. Goreng dan ketepikan. .
.
Bahan blender
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 inci halia
Selalu org pakai cili padi kan... Makcik pakai cili kering.. Rendam kembang blender. Qty cili, ikut tahap pedas korang le.
.
Note: ada org dia hiris bwg, bwg putih, Halia dan cili padi tapi makcik prefer blender dan tak pakai cili padi sbb x tahan pedas ๐Ÿ˜…
.
Bahan Sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan - makcik x letak
Sedikit air
.
Bahan bahan Lain:
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
Nenas dipotong dadu (jgn byk sgt.. Ikut mcm byk tomato)
Timun dipotong dadu (ini pun jgn byk sgt, agak2 mcm qty tomato)
Daun ketumbar daun limau purut diracik sebagai hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
.
Cara cara:
Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Goreng dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan pecah minyak dan naik bau, masukkan bahan sos iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan (jika suka) Kacau sebentar.
Kemudian masukkan bahan2 yg dipotong dadu. Kacau. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam dan gula secukup rasa.
Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Tabur daun ketumbar dan daun limau purut. Siap.
.
#ikantombok3rasa #ikan3rasa #masakanikan #masak2 #masakanrumah #homecooked #homemade #resipi #resipiringkas

No comments:

Post a Comment