Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, March 15, 2011

Sambal Tumis Udang Galah & Petai

SAMBAL TUMIS UDANG GALAH DAN PETAIBAHAN-BAHAN:

1 papan petai diambil isi dan potong 2
10 ekor udang galah dibuang kepala dan ekor
6 tangkai cili kering dikisar
4 biji bawang merah dikisar
3 biji bawang putih dikisar
1/2 cawan air asam jawa (cair)
3 sudu santan pekat/susu cair)
1 labu bawang besar dihiris
sedikit garam dan gula (secukup rasa)
kalau nak aroma lagi best, letak sebatang serai diketuk

CARA-CARA :

1. Tumis cili kering, bawang merah dan bawang putih yang dikisar sampai pecah minyak dan naik bau
2. Masukkan air asam jawa dan kacau rata, biar mendidih
3. Masukkan petai dan kacau
4. selepas itu masukkan santan pekat dan kacau..kalau nampak pekat sangat masukkan air sedikit
5. masukkan udang dan gaul biar udang masak, masukkan garam dan gula, boleh letak serai jika suka
6. Masukkan bawang dan gaul sekejap..mendidih, tutup api dan boleh dihidang.

No comments:

Post a Comment