Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, March 15, 2011

Bubur Lambuk



Bahan dihiris:

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sm halia

Bahan lain :

1 1/2 pot beras, basuh dan toskan
Sehelai daun pandan
4 sm kulit kayu manis
300 gm ayam (diricik halus)
2 helai daun bawang
4 kuntum bunga lawang
sedikit minyak untuk menumis
1 ½ liter air
1/2 cawan santan pekat
2 gm buah pelaga
sesudu serbuk lada hitam
Lobak merah dihiris halus

Cara:
Panaskan minyak, masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis hingga naik aromanya dan berbau wangi. Masukkan air dan beras. Bila nasi sudah kembang, masukkan garam, santan, lobak merah dan ayam yang telah diricik dan masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan. Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang

No comments:

Post a Comment