Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Wednesday, October 20, 2010

Udang Masak Lemak Cili Api Tempoyak


Bahan-bahan

Bawang merah dalam 4 biji
Cili Api dalam 8 biji (ikut suka sesiapa yg suka pedas letak lebih)
(Dua-dua bahan ni ditumbuk)
Tempoyak dalam 6 sudu
serbuk kunyit secukup rasa
garam secukup rasa
Air secawan
Udang yg sudah dibasuh (ikut selera)
1 helai daun kunyit yg diracik sederhana

Cara-cara
1. letakkan air secawan di dalam periuk dan panaskan atas api yg sederhana
2. masukkan bahan2 yg ditumbuk tadi (cili dan bawang merah)
3. apabila mendidih masukkan tempoyak dan kacau sebati, tambahkan kunyit utk memekatkan warna kuning
4. masukkan udang, garam dan daun kunyit..biarkan sekejap dan tutup (jgn biarkan lama sebab nanti udang kecut tak manis pula.

Hidangan utk 4 orang

No comments:

Post a Comment