Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Friday, October 29, 2010

Nasi Ayam cara Tila :)




Ini nasi ayam cara paling simple, selamat, cepat dan sedap :D

Bahan dan cara-cara:

AYAM :
1 ekor ayam dipotong 2 dikukus kemudian angkat dan lumur dengan bawang putih dalam 4 ulas yg telah ditumbuk & halia (yg ditumbuk) serbuk kunyit, garam...madu sikit...dan kicap manis...kasi hitam manis gitu...(letak sos tiram sikit pun okay tapi saya tak letak)..Perap dalam sejam. Lepas tu goreng dalam minyak penuh. Jgn lama sangat sebab ayam mmg dah masak. Kira sampai kulit garing. Dah siap ketepikan. Potong bila nak makan nanti.

SUP :
3 ulas bawang putih, 4 biji bawang merah dan 1/2 inci halia ditumbuk. Leher ayam yg di potong kecil...air...rempah 3 sekawan..air..daun sup dan daun bawang

tumis bahan tumbuk dan mskkan rempah 3 sekawan....naik bau masukkan air..kacau..masukkan leher ayam..biar empuk dan mendidih..tutup api dan letak daun sup dan daun bawang yg dihiris halus..

NASI :

Basuh beras bersih2..masukkan air rebusan/kukusan ayam..halia rempah 3 sekawan..sedikit margerin..kalau nak letak kiub ayam pun boleh kalau tak nak pun tak pe dan garam...masak

cara lain : cairkan magerin dalam periuk, tumis bawang putih yg ditumbuk (dalam 3-4 ulas) halia dihiris. Bila naik bau masukkan air rebusan ayam + kiub ayam. Masukkan beras dan daun pandan...masak.


SAMBAL CILI

Tumbuk 5 ulas bawang putih dan 4@3 batang cili merah sampai lumat..letak cuka 1 sudu...letak garam dan gula secukup rasa..dan air 2 sudu (air panas ye) NOTE : ada orang masak sambal cili ni - ikut suka

KICAP

Tuang 1/2 cawan sup ke dalam mangkuk dan masukkan kicap...biar nampak hitam. kalau boleh kicap kipas udang yg lemak manis tu. Kacau. Siap

No comments:

Post a Comment