Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Wednesday, October 27, 2010

Tom Yam Ayam

Hari ni tak tahu nak masak apa...lama melangok kat depan fridge pastu ternampak daun limau purut..masak tom yam ke paprik...tom yam lah berkuah dan bebudak suka :)



Bahan2 :
1/2 ekor ayam yg dipotong kecil
1 batang lobak merah
2 biji tomato dipotong 4
1 peket jagung muda dihiris besar
3 biji bawang besar dibelah 4
2 kiub pati tomyam
3 cawan air
3 helai daun limau purut
2 batang serai dititik
2 biji limau nipis
garam dan gula secukup rasa
5 biji cili api yg diketuk (kalo suka pedas tambah le lagi ;p)

Cara2:
1. Masukkan ayam dalam periuk bersama air, serai..rebus selama 3 minit..masukkan kiub pati tomyam.
2.masuk kan perahan limau nipis dan bawang besar
3. masukkan jagung muda dan lobak merah
4. masukkan daun limau purut, tomato dan cili api
5. mendidih letak garam dan gula secukup rasa

Siap dihidang

No comments:

Post a Comment