Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Monday, July 16, 2012

Sambal Tumis Ikan Bilis dan Belimbing Buluh


cara buat dia sama mcm wat sambal tumis ikan bilis tapi instead of masukkan air asam jawa...kita ganti ngan belimbing...so ada masam2 gitu...(belimbing tu belah 2 tau)

BAHAN-BAHAN : 


7-6 biji belimbing buluh dibelah 2, basuh dan toskan
1 genggam ikan bilis dibasuh kemudian toskan dan goreng garing, ketepikan
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar:
9-11 tangkai cili kering direndam air panas
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih

CARA-CARA
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan sedikit air dan kacau. Biar sampai pecah minyak. Masukkan belimbing, kacau.
3. Masukkan bawang besar, garam dan gula.
4. Kemudian tuangkan ikan bilis goreng. Gaul rata. Tutup api ... siap!


Itik Salai Masak Lomak Cili Api


kalau balik kampung lalu ikut Kuala Pilah mmg permandangan kiri kanan jalan tu permandangan itik, daging dan keli salai je heheh!! tempting sungguh...maka saya pun singgah le setiap kali balik...hari tu beli daging salai kan...ni beli itik salai pula :D

itik, ayam..daging dan ikan sedang disalai...huhu! aroma menusuk kalbu :P
inilah rupa itik salai masak lemak cili api saya

BAHAN-BAHAN  (utk 4 orang makan) :

1/2 ekor itik salai dipotong sederhana
2 inci kunyit hidup
10 batang cili padi (kalo nak pedas lagi tambah le..saya byk ni cukup..anak kecik tak makan pedas)
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
4 batang serai diketuk
garam secukup rasa

CARA-CARA : 

1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat. Perapkan dengan itik.
2. Panaskan periuk dan masukkan itik yg diperap tadi. Letak sikit air dan serai diketuk.
3. dah menggelegak sikit masuk santan cair. Kacau sikit2.
4. Menggelegak baru masuk santan pekat. kacau selalu takut pecah minyak
5. masukkan garam dan tunggu mengelegak...tutup api dan hidang :)


Thursday, July 5, 2012

Sup tulang cara saya :)




Bahan2 :
1 kilo tulang sederhana besar dibasuh dengan sedikit tepung bagi mengurangkan hanyir - direbus selama 3 jam (biar empuk) kalo pakai pressure cooker cepat sikit
1 sudu lada hitam ditumbuk lumat
1 inci halia ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
5 ulas bawang merah sederhana besar ditumbuk
1/2 peket serbuk rempah sup yang dipekatkan dengan sesudu air rebusan tulang
1 liter air rebusan tulang
garam secukup rasa
daun sup dan daun bawang
1/2 biji limau nipis
1 biji tomato dibelah 4
minyak masak untuk menumis

Cara-caranya:
1. tumiskan bahan-bahang yang ditumbuk sehingga naik bau
2. masukkan rempah sup dan kacau hingga pecah minyak
3. Masukkan air rebusan tulang dan kacau rata
4. Masukkan tulang dan biar mendidih, masukkan tomato
5. Tutup api dan tuang sup ke dalam mangkuk
6. tabur hirisan daun sup dan haun bawang serta perahkan air limau nipis

siap untuk dimakan..simple kan? cara saya la..lain org lain caranya :)

Monday, June 25, 2012

Asam Pedas Ikan Tenggiri


Bahan-bahan :


3 potong ikan tenggiri~ dibersihkan
1/2 ikat daun kesom
1 kuntum bunga kantan~dipotong 4
1 sudu kecil halba
Kacang bendi (jika ada)

2 biji tomato dipotong 4
asam jawa dibancuh dengan semangkuk besar air
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering~direndam dalam air panas
5 biji cili api (jika suka)
1 inci belacan

Cara-cara :

 
1. Tumis bahan kisar dan halba hingga garing.
2. Asam jawa dicampurkan dengan 1 mangkuk air. Masukkannya ke dalam bahan tumis tadi. Biarkan mendidih
3. Masukkan ikan, daun kesom dan bunga kantan. Masak sehingga kuah sikit kering
4. Masukkan garam dan bendi/tomato. Bila bendi/tomato sudah layu, angkat.


PADRIK BEBOLA IKAN


RESIPI DARI MAJALAH RASA :

BAHAN-BAHAN:
  • 10 biji bebola ikan
  • ½ labu bawang besar                     | dihiris
  • 1 ulas bawang putih                        | dihiris
  • 4 keping daun limau purut
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3 tangkai cili kering                          | dikisar halus
  • 10 tangkai cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi di dalam kuali. Selepas itu, masukkan cili kering yang telah dikisar dan kacau hingga pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan sos tiram dan kacau lagi. Masukkan cili padi dan gaul rata.
  3. Masukkan bebola ikan dan daun limau purut dan kacau hingga masak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Hidangkan dan sedia dinikmati.

Sunday, June 17, 2012

Siakap 3 Rasa


Beli siakap sekor....asyik wat steam je apa kata masak 3 rasa pula....nenas ada ni...google lah jap tgk kot2 ada resipi yg simple tapi menjadi...
resipi ni saya amik dari blog ini http://aznanie.blogspot.com/




Bahan-bahan:
Utk ikan:
1 ekor Ikan Siakap
Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knoor (saya tak letak ni-saya letak garam dan kunyit je)
Minyak untuk menggoreng ikan

Utk kuah:
1 biji bawang besar - potong dadu
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili padi - potong kecik-kecik
1 inci halia - dihiris kecik
1 biji tomato - potong dadu (tomato cherry belah dua qty ikut suka)
Segenggam nenas - yang dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa (saya tak letak ni..tak suka)
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Ikan dibersihkan dan ditoskan
Sapukan garam dan kunyit. Pastikan semua bahagian di lumur rata
Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi
Goreng terendam ikan tersebut
Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali yang lain
Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih
Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan
Kacau sebentar
Masukkan bawang besar, tomato dan nenas
Masukkan air sedikit
Tambahkan garam, gula dan
Biarkan kuah mereneh seketika
Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi

Thursday, June 14, 2012

Kerang Merah Ala Thai

Semalam saya terbeli 2 kilo kerang....semalam wat kerang rebus tapi kerangkan tak tahan lama so hari ni kena masak kerang lagi le gamaknya...nak buat rendang pedas kerang...selalu dah...nak buat kari...kari kurang digemari di rumah saya..sambal...asyik sambal je...jadi nak masak apa ye...saya pun google resipi kerang...dan came across blog Che Mat Gebu....Kerang Merah Ala Thai? waaahhhh sedap tu...saya pun cubalah :)


saya tak de tomato besar so saya guna cherry tomato, capsicum dan cili ijau..itu yg nampak lain sikit :)

terima kasih Che Mat Gebu atas resipi yg marbeles ini :D

Kerang Merah Ala Thai