Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Wednesday, May 11, 2011

Telur Bungkus


Bahan-bahan:

1/3 cawan daging cincang
1/2 cawan mix veggie
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang kasar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap kipas udang yg lemak manis
Lada sulah - secukup rasa
garam secukup rasa
Minyak utk menumis

2 biji telur - dipukul sedikit letak garam sikit

Cara-cara
1.Panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi. Macam buat lempeng tu. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak..tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau..masukkan daging cincang.
3.Setelah air daging hampir2 kering masukkan semua sos dan kicap...Kacau sebati
4. Kemudian masukkan mix veggie. kacau rata.
5. Letak lada sulah dan garam. Gaul rata. tutup api dan tuang atas telur ala lempeng tu...lepas tu bungkus..makan dengan nasi goreng ke..nasi putih ...tom yam..macam kat kedai pula heheehh!!

kita selak sikit..kasi tgk isinya :)





No comments:

Post a Comment