Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Thursday, May 26, 2011

Sup Ayam


BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam dipotong sederhana (bersihkan)
2 sudu rempah sup dibancuh dengan 2 sudu air (sikit je nanti sup kelabu pula :P )
2 kuntum bunga lawang
3 cawan air
daun sup dan daun bawang diracik
1/2 batang lobak merah dihiris sederhana
3 biji kentang dibelah 4 (lebih pun tak pe ikut suka)

Bahan ditumbuk:

1 sudu kecil lada hitam
1 inci halia
5 ulas bawang merah sederhana besar
4 ulas bawang putih

minyak untuk menumis
garam secukup rasa

CARA-CARA:
1. tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan bunga lawang dan rempah sup...kacau hingga pecah minyak
2. Masukkan air..biar mendidih..masukkan ayam dan kentang. Biar kentang empuk dan ayam masak
3. masukkan lobak merah...biar mendidih, letak garam. Kacau
4. tutup api dan tabur daun sup & daun bawang

No comments:

Post a Comment