Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, May 17, 2011

Bubur Ayam



BAHAN-BAHAN

1 1/2 cwn beras
1 1/2 inci halia di ketuk / titik
1 ketul kiub pati ayam
300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
sedikit garam
1 liter air
sedikit lada sulah
sedikit sayur campur dicelur

daun bawang dan daun sup
1/2 tomato dihiris
1 ketul ayam sederhana besar direbus dan disiat-siat
Jika suka boleh letak ikan bilis digoreng, lobak putih masin digoreng dan daun bawang (saya tak letak..anak tak suka)

Cara-cara

1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak. Kalau nak senang masak dalam periuk nasi...tekan congee ...
3. Bila bubur hampir masak masukkan halia dihiris, sayur campur, pati ayam dan sedikit garam.
4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng (jika mahu), daun sup dan daun bawang serta tomato tadi.
5. Jika suka Titiskan sikit dgn minyak bijan.

Sedap jika letak sedikit sambal kicap semasa makan

No comments:

Post a Comment