Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Monday, March 28, 2011

Masak lemak daun turi/Pucuk Geti


BAHAN-BAHAN

1 ikat daun turi - disimpul dan celur dengan air panas, toskan.
3 ulas bawang merah - kisar
2 cili merah - kisar
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Sedikit ikan bilis

Cara cara
1. Masukkan santan cair, ikan bilis, bawang merah dan cili merah yang telah dikisar.
2. kemudian masukkan daun turi dan gaul hingga sebati. Kemudian perasakan dengan garam.
3. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika hingga semua sebati. Bolehlah diangkat dan hidahng

Sambal Getuk


Bahan-Bahan:

Segengam ikan bilis, basuh dan toskan
2 ulas bawang merah
2 biji limau kasturi
5-6 tangkai cili api (kalau nak pedas tambah lagi)
Garam secukupnya
minyak secukupnya


Cara-cara:
1. Tumbuh ikan bilis, bawang merah dan cili api sampai separa lumat (kalo suka lumat pun tak pe)
2. letak sikit garam..secubit kecik cukup
3. Panaskan api dan goreng bahan tumbuk tadi sampai agak garing. Tutup api. letak dalam piring
3. perahkan limau kasturi...siap..makan dengan nasi panas..sedap!

Saturday, March 26, 2011

Bawal masak tomato



Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal di kelar tengahnya dan digoreng tidak terlalu garing (gaul dengan garam dan kunyit sebelum goreng)
2 sudu pes cili (6 tangkai cili kering, 4 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dikisar halus)
sedikit air
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
1 biji tomato dibelah 6
1 biji bawang besar dipotong bulat-bulat
garam
gula
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Tumis pes cili dan bunga lawang sehingga pecah minyak, masukkan sedikit air
2. Kemudian masukkan buah tomato, sedikit sos tomato, sedikit sos cili
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan bawang besar
4. Akhir sekali masukkan ikan bawal yg telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati

Tuesday, March 22, 2011

Sup Campur


BAHAN-BAHAN : untuk 4 orang

20 Biji telur puyuh direbus- kupas kulit
10 biji fish ball dibelah 4
4 papan fish kek dipotong sederhana
2 sudu rempah sup dibancuh dengan 2 sudu air
2 kuntum bunga lawang
2 cawan air
daun sup dan daun bawang
1 batang lobak merah dihiris sederhana

Bahan ditumbuk:

1 sudu kecil lada hitam
1 inci halia
5 ulas bawang merah sederhana besar
4 ulas bawang putih

minyak untuk menumis
garam secukup rasa

CARA-CARA:
1. tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan bunga lawang dan rempah sup...kacau hingga pecah minyak
2. Masukkan air..biar mendidih..masukkan telur puyuh, fishball dan fishcake
3. Biar mendidih, masukkan lobak merah...biar mendidih, letak garam
4. tutup api dan tabur daun sup & daun bawang

Saturday, March 19, 2011

Keli berlada


Bahan-bahan ( 4 orang )

2 ekor ikan keli sederhana besar dipotong 2 sebab kuali saya kecik je
1 keping asam gelugur/asam keping
minyak untuk menumis
secubit garam dan gula
1 batang serai dititik

BAHAN DIKISAR:

10 biji cili merah boleh tambah cili api kalau suka pedas
4 biji bawang merah

CARA-CARA :
1. Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir
2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan
3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping dan serai hingga garing.
4. Angkat dan tuang di atas ikan keli goreng tadi. Sedap! makan dengan nasi panas huhuh!! :P

Wednesday, March 16, 2011

Peria Goreng Telur




3 biji peria katak
1 labu bawang merah sederhana besar dihiris
1 biji cili merah – dihiris
secubit ikan bilis
2 biji telur – dipukul sedikit
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

CARA-CARA :

1. Cuci peria dengan air yang dicampur sedikit garam dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang dan ikan bilis sehingga naik bau.
3. Masukkan peria dan cili, kacau goreng selama 5 saat. Tambah garam secukup rasa.
4. Kecilkan api dan masukkan telur dan ratakan. Kacau goreng ngan api besar untuk seketika atau sehingga telur masak rata.

Sup Cendawan Tiram



BAHAN-BAHAN :

1 bungkus cendawan tiram dibersihkan dan dibelah 2 (ikut suka)
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 cawan air
1 sudu teh serbuk lada hitam
tomato dibelah 4
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

CARA-CARA :
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
2. masukkan air dan biar mendidih
3. masukkan serbuk lada hitam dan tomato..kacau rata
4. bila mendidih masukkan cendawan dan kacau
5. masukkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit (utk mewarnakan kuning)
6. Kacau dan biar mendidih seketika..tutup api dan siap utk dihidang