Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, July 9, 2013

Nasi Lobak Merah (Nasi Carrot)



NASI LOBAK MERAH, ACAR TIMUN MASAK DAN KURMA AYAM

RESEPI NASI LOBAK MERAH

Bahan-bahannya

2 cawan beras Basmathi (rendam selama 1/2 jam) kat umah takde basmathi so pakai beras biasa je
3 cawan air
1 batang lobak merah (disagat/ potong halus)
1 sudu besar serbuk perencah sup adabi
3 biji bawang merah kecil (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 kumtum bunga lawang
3 biji pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
1/2 kiub perasa ayam
2 sudu besar margerin
garam secukup rasa

Cara-caranya:-

1) Panaskan margerin, kemudian tumis bahan hiris, serbuk sup dan bunga lawang,pelaga,bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau wangi.
2) Selepas itu masukan lobak dan air, kacau rata. Masukan garam, ikut rasa masin yang dikehendaki.
3)Masukan bahan yang dimasuk kedalam rice cooker yang telah diletak beras yg direndam tadi. Kacau sekata. Dan biar nasi hingga masak.
4) Sedia untuk di hidang

Acar Rampai



ACAR RAMPAI

Bahan
1 batang timun
1 batang lobak merah
2 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1/2 cawan cuka tiruan (saya pakai cuka epal)
1 s/b gula
1 s/b biji sawi
garam
kunyit

Bahan tumis [mayang]
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
minyak

Cara-Cara
1. Semua sayur dipotong kecil dan panjang.
2. basuh sayur
3. Toskan sayuran supaya kering
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis dan biji sawi sehingga layu.
5. Masukkan cuka, garam, serbuk kunyit dan gula.
6. Bila mendidih masukkan sayuran dan kacau rata.
7. Bila nampak pekat boleh angkat dan hidangkan.

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa :)


Thursday, July 4, 2013

Pengat Pisang


Bahan bahan:

7 biji Pisang (saya gunakan pisang Abu- hiris ikut suka)
1 pek santan
1 keping gula melaka - hiris kecil
2 sudu besar gula (ikut kemanisan anda)
Secubit garam
2 helai daun pandan
Air secukupnya

Cara cara:
1. Masak santan dengan air, daun pandan, gula dan gula melaka yang diracik halus sehingga gula larut.

2. kacau santan dengan api perlahan sehingga mendidih.

3. Masukkan pisang dan garam. Biarkan beberapa minit. Tutup api sebelum santan pecah minyak.
Sedia untuk dihidangkan.



Kerabu Mangga

KERABU MANGGA
BAHAN:

2 biji mangga muda...dihiris nipis (cincang)
2 sudu udang kering/udang geragau kering dibasuh dan ditumbuk halus (sowi sey xtumbuk pasal malas huahahahhah)
4 biji cili api dihiris halus
1/2 labu bawang besar dihiris halus
jika suka..tomato dihiris
gula dan garam secukup rasa
sebiji perahan limau kasturi (sikit je toksah byk sbb sos ikan pun masam masin)
Sos ikan..sesudu cukup kalo byk nanti banjir plak kerabu

jika suka - 2 sudu kacang goreng ditumbuk /hirisan daun limau purut

CARA-CARA

1. Hiris mangga nipis2
2. Tumbuk udang kering
3. hiris cili api dan bawang, tomato
4. satukan bahan dalam mangkuk besar...
5. gaul dengan garam dan gula. perah limau kasturi, masuk sos ikan dan tabur daun limau purut (hari ni saya tak letak daun limau purut)..gaul lagi
6. jika suka campurkan kacang yg telah digoreng dan ditumbuk tadi

siap dihidang untuk 4 org makan

http://daridapurcomelku.blogspot.com


Saturday, January 12, 2013

Kangkung Goreng Belacan




BAHAN-BAHAN:

1 ikat kangkung di potong, basuh dan toskan
1 tangkai cili merah (nak pedas letak lah cili api sikit)
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit udang kering ditumbuk juga
1 sudu besar (atau lebih ikut citarasa anda) ditumbuk juga.
garam secukup rasa
minyak utk menumis
sedikit air

CARA-CARA :
1. Panaskan minyak, tumis bahan ditumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
2. Masaukkan garam. mesrakan
3. Masukkan kangkung dan kacau rata.
4. Letak sedikit air jika nak berkuah. Bila mendidih, tutupkan api. SIAP :)


Monday, November 26, 2012

Kerabu Ayam + Pelam (Mangga)

kalau ayam tu nak carik halus pun boleh...pelam hiris halus pun boleh juga :)

BAHAN-BAHAN :

sedikit ayam yg dikukus dan dicarik/dipotong kecil/nipis (ikut suka)
2 biji pelam muda kecil
2 batang serai diracik halus
2 batang bunga kantan diracik halus
belacan sikit
1 sudu sos ikan
2 biji limau kasturi diambil jusnya
2 labu bawang besar dihiris
1 biji cili merah dihiris
sedikit kacang panjang yg diracik halus

CARANYA:

senang je...satukan semua bahan yg diracik dan belacan...tuang sos ukan dan jus limau kasturi dan gaul rata..siap dah boleh makan :)