Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Wednesday, June 1, 2011

Asparagus Goreng Bersos Tiram


Bahan-bahan:
600gm asparagus dipotong sederhana
1 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
kalau suka pedas ketuk 3-5 batang cili padi
kalau tak suka pedas...hiris capsicum...kasi warna warni sikit..saya pilih yang merah
1 cubit ikan bilis dibasuh dan toskan boleh juga letak 1 genggam udang kertas/hirisan ayam/hirisan kecil daging/sotong
6 sudu sos tiram
sedikit air
garam

Cara-cara :

1. Celurkan asparagus dan letak dalam pinggan.
2. panaskan minyak.. masukkan bawang besar dan bawang putih (masa ni lah letak cili padi jika mahu @ capsicum)
3. tumiskan hingga kekuningan.. masukkan ikan bilis atau jika suka udang kertas/hirisan ayam/daging/sotong dan kacau rata. Masukkan air sedikit. Kacau lagi.
4. Letak sos tiram dan kacau.letak sedikit garam (jangan banyak sebab sos tiram dah masin) tunggu mendidih..
5. Tutup api dan curah atas asparagus yg dicelur tadi...boleh hidang.

No comments:

Post a Comment