Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Sunday, February 6, 2011

Homemade Nachos



Oleh kerana teramatlah sukanya nachos..maka belajar le buat sendiri

Bahan-bahan :
1/2 peket daging kisar Ramly
1/2 labu bawang besar dicincang
1/4 capsicum dicincang
1 biji tomato dibuang biji dan dicincang
1 sudu minyak zaitun utk menumis
sedikit lada sulah
sedikit garam
1 peket cachos
keju mozarella

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke 160 celcium selama 10 minit sambil tu sediakan topping
2. Tumis bawang yg dicincang sampai naik bau
3. masukkan daging cincang dan kacau sampai empuk.
4. kemudian masukkan capsicum dan tomato..gaul rata dan masukkan lada sulah dan garam
5. kalau nak pedas boleh masukkan hirisan cili merah tapi saya tak letak..anak tak makan pedas
6. biarkan kering sikit dan angkat.
7. letak aluminium foil atas dulang bakar dan letakkan topping atas cachos dan susun atas dulang pembakar. Kemudian letakkan mozarella atas topping.
8. Masukkan dalam oven dalam suhu 160 darjah celsius selama 10 minit.
9. Angkat dan hidangkan panas-panas

SedapppP!!!

No comments:

Post a Comment