Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Sunday, October 31, 2010

Choc Moist Cake



Bahan2:
tepung kek choc. moist keluaran ibana
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan air
1 cawan susu pekat manis

topping..
250 gm coklat masak
150 ml whipping cream...saye gune susu cair jer

masak atas double boiler.

***sbelum makan masuk dalam peti ais dlu..

Ayam Goreng Warna Warni



Bahan2 :

1/2 ekor ayam digoreng dengan garam dan kunyit
1 ulas bwg besar dihiris besar2
1 biji tomato yg di potong 8
air sikit...
1 cili merah dihiris
daun bawang

Cara2 :
Tumis bawang besar, cili merah...biar layu sikit..letak tomato dan air..kacau...letak ayam..gaulkan.tabur daun bawang..gaul..siap

Nasi Goreng Lada Hitam Simple



Bahan2 :

Nasi dalam 2 pot
Sesudu lada hitam ditumbuk lumat
garam
4 ulas bwng putih dihiris
4 ulas bwng merah dihiris
3 Inci lobak merah dihiris (jika suka)
1 biji cili merah dihiris (jika suka)
Daun Bawang dihiris sederhana


Cara2:
Gaulkan lada hitam dan garam (secukup rasa) dengan nasi, biarkan
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah...masukkan lobak merah dihiris..gaul mesra
Masukkan nasi dan gaul...taburkan daun bawang...angkat dan hidang

Friday, October 29, 2010

Nasi Ayam cara Tila :)




Ini nasi ayam cara paling simple, selamat, cepat dan sedap :D

Bahan dan cara-cara:

AYAM :
1 ekor ayam dipotong 2 dikukus kemudian angkat dan lumur dengan bawang putih dalam 4 ulas yg telah ditumbuk & halia (yg ditumbuk) serbuk kunyit, garam...madu sikit...dan kicap manis...kasi hitam manis gitu...(letak sos tiram sikit pun okay tapi saya tak letak)..Perap dalam sejam. Lepas tu goreng dalam minyak penuh. Jgn lama sangat sebab ayam mmg dah masak. Kira sampai kulit garing. Dah siap ketepikan. Potong bila nak makan nanti.

SUP :
3 ulas bawang putih, 4 biji bawang merah dan 1/2 inci halia ditumbuk. Leher ayam yg di potong kecil...air...rempah 3 sekawan..air..daun sup dan daun bawang

tumis bahan tumbuk dan mskkan rempah 3 sekawan....naik bau masukkan air..kacau..masukkan leher ayam..biar empuk dan mendidih..tutup api dan letak daun sup dan daun bawang yg dihiris halus..

NASI :

Basuh beras bersih2..masukkan air rebusan/kukusan ayam..halia rempah 3 sekawan..sedikit margerin..kalau nak letak kiub ayam pun boleh kalau tak nak pun tak pe dan garam...masak

cara lain : cairkan magerin dalam periuk, tumis bawang putih yg ditumbuk (dalam 3-4 ulas) halia dihiris. Bila naik bau masukkan air rebusan ayam + kiub ayam. Masukkan beras dan daun pandan...masak.


SAMBAL CILI

Tumbuk 5 ulas bawang putih dan 4@3 batang cili merah sampai lumat..letak cuka 1 sudu...letak garam dan gula secukup rasa..dan air 2 sudu (air panas ye) NOTE : ada orang masak sambal cili ni - ikut suka

KICAP

Tuang 1/2 cawan sup ke dalam mangkuk dan masukkan kicap...biar nampak hitam. kalau boleh kicap kipas udang yg lemak manis tu. Kacau. Siap

Wednesday, October 27, 2010

Tom Yam Ayam

Hari ni tak tahu nak masak apa...lama melangok kat depan fridge pastu ternampak daun limau purut..masak tom yam ke paprik...tom yam lah berkuah dan bebudak suka :)



Bahan2 :
1/2 ekor ayam yg dipotong kecil
1 batang lobak merah
2 biji tomato dipotong 4
1 peket jagung muda dihiris besar
3 biji bawang besar dibelah 4
2 kiub pati tomyam
3 cawan air
3 helai daun limau purut
2 batang serai dititik
2 biji limau nipis
garam dan gula secukup rasa
5 biji cili api yg diketuk (kalo suka pedas tambah le lagi ;p)

Cara2:
1. Masukkan ayam dalam periuk bersama air, serai..rebus selama 3 minit..masukkan kiub pati tomyam.
2.masuk kan perahan limau nipis dan bawang besar
3. masukkan jagung muda dan lobak merah
4. masukkan daun limau purut, tomato dan cili api
5. mendidih letak garam dan gula secukup rasa

Siap dihidang

Sunday, October 24, 2010

Masak Lemak Taugeh/Tauhu & Sambal Tumis Ayam

Hari ni masak simple sebab tak berapa sihat...menu hari ni sambal tumis ayam dan masak lemak taugeh & tauhu

Masak Lemak Taugeh & Tauhu


Bahan2:
Taugeh 30sen
Lobak Merah 1 inci dan dihiris halus
3 buku tauhu yg di potong 6
1 cawan santan
ikan bilis secubit
3 ulas bawang merah dihiris halus
garam
1 cawan air

Cara2
letak ikan bilis, bawang merah, santan dan air ke dalam periuk..hidupkan api sederhana...mengelegak letak lobak merah..tunggu sekejap letakkan tauhu...bila mendidih letak taugeh dan garam..kacau selalu...menggelegak tutup api dan hidang


Sambal Tumis Ayam

Saturday, October 23, 2010

Ikan Bakar Cicah Air Asam



Hari ni menu simple je...Ikan Bakar Cicah Air Asam

Perencah Ikan Bakar
bahan2
cili kering, bawang merah, bawang putih, air asam jawa, belacan, kunyit, garam dan minyak masak (kisar dan tumis spt sambal tumis sampai pekat dan menjadi pes)

Ikan - ikan cencaru dibuang kulit
Daun Pisang

Cara2:
Potong daun pisang segi empat tepat (ikut besar ikan) basuh dan keringkan
letak atas pinggan..lumur pes ikan bakar diatas daun pisang..letak ikan dan lumur pes pada ikan..balut ikan dan bakar..bakar dalam masa 15 minit..terbalik2 ikan...supaya masak rata di kedua2 belah

Air Asam
Bahan2
2 ulas bawang besar
5 biji cili api
1 biji cili merah
1 inci belacan
Air asam jawa
garam
perahan 2 biji limau kasturi jika suka

cara2:
Hiris bawang besar, cili api dan cili merah
letak dalam mangkuk...letak belacan..dan air asam..ramas dan gaulkan
perah limau kasturi