Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, September 20, 2016

KERABU BIHUN + TELUR



Kerabu bihun + telur

Bahan2:
Sambal belacan secukup rasa
Sos ikan (ni kena agak2)
Taugeh celur
Bayam celur (jika mahu. Saya xde stock)
Tomato hiris (alamak ni lupa beli)
Daun kesum racik halus
Scramble egg (masak tanpa garam n minyak)
Bihun celur air panas. Saya taruk 1/4 peket.

Cara2:
Campur sos ikan dan sambal belacan dlm mangkuk
Masukkan bihun yg telah dicelur
Campur taugeh, bayam, tomato dan scramble egg
Gaul rata semua bahan..siap :)
Berdiet boleh buat ni senang dan sedap :D

AYAM GORENG REMPAH KARI





Ayam goreng rempah kari

Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong sederhana, dilumur kunyit dan garam kemudian digoreng
2 batang cili merah dihiris
2 ulas bwg putih dihiris
1 labu bwg besar potong bulat
1 sudu besar serbuk kari ayam
Daun kari 2 tangkai
Cara:
1. Tumis bwg putih dan cili merah sampai naik bau. Masukkan daun kari.
2. Masukkan ayam. Gaulkan.
3. Masukkan rempah kari dan bwg besar. Gaulkan. Nak letak kicap sikit boleh, xnak xpe.
4. Tutup api. Siap :)

PAJERI NENAS




Pajeri Nenas

Bahan-bahan :

1 peket serbuk kari ikan (dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan ditumbuk(3 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus/ditumbuk)
1 cawan santan
1 batang kayu manis
Garam dan sedikit gula jika perlu

CARA-CARANYA :

1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.
2. bancuh serbuk kari ikan dengan sedikit air dan dicampur dengan kerisik. (jadi paste)
3. Tumis bahan ditumbuk dan kulit kayu manis hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari + kerisik dan udang kering, tumis hingga naik bau dan garing sikit.
4. Masukkan santan. Biar mengelagak.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau. Tutup api. Siap :)

KERUTUK AYAM



Kerutuk Ayam

1 ekor ayam (potong ikut suka)

Bahan bahan ditumbuk
5 Biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Seinci halia

Bahan lain
1 peket rempah kerutuk
2 batang serai dititik
Asam keping
Sedikit kerisik
Kulit kayu manis, bunga lawang
Garam dan gula
1 kotak Santan (boleh guna 1 atau 2 kotak)

Cara cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan kayu manis dan bunga lawang.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis hingga wangi dan kering.
3. Masukkan rempah kerutuk yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata.
4. Kemudian masukkan ayam serta sedikit santan. Masak dengan api perlahan hingga air ayam kering dan santan naik minyak.
5. Masukkan serai dan santan selebihnya, kerisik, asam keping, garam dan gula. Gula mesti lebih kerana kerutuk mesti rasa manis sedikit. Gaul mesrakan. Bila kuah pekat, tutup api. Siap :)

AYAM SAMBAL BALI



Ayam Sambal Bali
Seekor ayam potong suka hati. Dilumur kunyit dan garam dan goreng. Ketepikan.
8 batang serai diketuk
6 tangkai daun kari
Kicap lemak manis
Gula dan garam secukup rasa
Bahan kisar:
5-6 buji bawang merah
Seinci halia
Segenggam cili kering direndam lembut
Belacan setengah inci
Cara:
Goreng ayam. Angkat ketepikan.
Masukkan serai goreng kejap. Lepas tu masukkan daun kari. Nampak garing sikit. Masukkan bahan dikisar tadi.
Biar pecah minyak. Masukkan ayam. Gaul.
Masukkan kicap, Garam dan gula. Gaul.
Siap :)

Friday, June 19, 2015

Masak Lemak Udang dan Kacang Panjang

Masak lemak udang dan kacang panjang

Bahan-bahan:

Utk ditumbuk:
*3 ulas bawang merah (jika suka...saya xletak
*1 inci kunyit hidup
*5 biji cili api kalau nak pedas tambah lg

12 ekor udang sederhana
 kacang panjang potong dlm seinci setengah
Santan dari sebiji kelapa buah dua bahagian. Cair (tambah air sikit) dan pati pekat
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Cara2 Membuat:

1)  masukkan santan yang cair (bukan pati) dalam periuk. Masukkan sekali bahan2 ditumbuj tadi. Hidupkan api.  kacau santan tu smpai bahan tumbuk tadi sebati. Kacau sokmo supaya tak pecah minyak. 

2)  Lepas kuah agak menggelegak, masukkan garam n rasakan cukup atau tak (bulan pose terkecuali ye). Kalau kuah kalernya agak2 tak berapa nak kuning, tambah serbuk kunyit smpai warna dia agak cantik.

3)  Masukkan sayur kacang panjang dan kacau lagi. Beberapa minit pastu baru masukkan udang. 

4)  Bila sayur tu dah lembut , udang dah merah dan masak, masukkan pati santan tadi. 

5)  Kacau seketika dan angkat. 

Selamat mencuba :)

Thursday, June 18, 2015

Kerabu Mangga n Bunga Kantan


Bahan-bahan:

*Mangga muda dihiris
*Bunga kantan dihiris
*tomato dihiris 
*Bawang besar atau bawang holland dihiris 
*Cili padi dihiris
*sesudu sos ikan
*Air limau kasturi dlm 2-3 biji
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara2......gaul je semua...siap :)