Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Friday, January 21, 2011

Daging Sos tiram dengan Cendawan Shitake


Bahan-bahan :
daging dipotong kecil dan digoreng (letak garam dan kunyit)
4 biji bawang merah dihiris
3 biji bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
2 sudu Sos tiram
1 sudu kicap lemak manis
1 sudu serbuk lada hitam
5 batang kacang sweet peas
1 inci lobak merah dihiris
Sedikit minyak masak

Cara-cara:
1. Goreng daging sehinga separuh masak.
2. Tumiskan bahan-bahan dihiris sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis. Kacau.
4. Masukkan daging yang telah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata. Biarkan hingga daging cukup masak.
5. Masukkan kacang sweet peas, hirisan lobak merah dan cendawan. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan garam.
6. Gaul rata. Tutup kuali dan biarkan seketika.
7. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment