Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Tuesday, May 3, 2011

Cerita tentang ikan pekasam

Topik ini lain sikit..bukan resipi..semalam dah letak resipi ikan goreng pekasam kan..hari share tentang jenis-jenis pekasam...

Dulu saya hanya tau pekasam utara yg letak bertih beras tu...yelah sayakan orang utara...tapi sejak bertemu jodoh dengan org temerloh...saya berjumpa dengan pekasam temerloh...memang lain...

Ini ikan pekasam utara yang belum goreng...saya suka ikan lampam...

Ini yang dah goreng...letak bawang...cili merah...(goreng garing sikit) perah limau nipis/kasturi sikit pun sodap

Yang ini pula ikan pekasam temerloh. Selalu jual di pekan hari (Ahad pagi) kat tepi sungai pahang
cara masak sama....rasa...lain sikit tapi saya ni jenis makan semua jadi boleh masuk la...
Nanti saya balik sana...saya beli saya post gambar kat sini wokeh...




Masak Lemak Daun Turi/Pucuk Geti


BAHAN-BAHAN

1 ikat daun turi - disimpul dan celur dengan air panas, toskan.
3 ulas bawang merah - kisar
2 cili merah - kisar
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
Sedikit ikan bilis

CARA-CARA
1. Masukkan santan cair, ikan bilis, bawang merah dan cili merah yang telah dikisar.
2. kemudian masukkan daun turi dan gaul hingga sebati. Kemudian perasakan dengan garam.
3. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika hingga semua sebati, mengelegak. Tutup api...Bolehlah diangkat dan hidang



Sup Ikan Merah


BAHAN-BAHAN
3 potong ikan merah (saya belah dua)
sedikit karot dipotong bulat
daun sup dan daun bawang diracik
minyak untuk menumis
1 cawan air (ikut suka...kalau nak kuah byk letak lebih)
garam

BAHAN DITUMBUK
20 biji lada hitam
1 inci halia
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih

CARA-CARA
1. Tumis bahan tumbuk sampai naik bau dan kekuningan
2. Masukkan air kacau
3. Masukkan ikan dan biar mendidih (jgn kacau sangat nanti isi ikan hancur ye)
4. Lepas menggelegak sikit, letak karot...biarkan
5. Boleh masuk garam dan kacau
6. Tutup api. Bila nak hidang nanti tabur daun sup dan daun bawang yg diracik
4 biji bawang me

Ikan Pekasam Goreng


Pernah dengar ikan pekasam..sedapkan kalo makan dengan nasi panas..saya tak tahu cara buat pekasam tapi kalau goreng pekasam..sedap kalau potong lada merah/cili kering..dan bawang..goreng garing dan tabur kat pekasam tu. garing-garing sikit baru sedap!

Monday, May 2, 2011

Makaroni Goreng


Menu bekfes hari ni fav. puteri sulung saya....Makaroni Goreng...siap bawak bekal pegi skolah lagi :)


BAHAN-BAHAN
1/4 bungkus makaroni (hidangan utk 4 org makan) - direbus (letak sedikit minyak dan garam)
Karot dihiris nipis
(taugeh, kucai jika suka)
1 biji telur
2 ekor sotong dihiris nipis
serbuk lada sulah
garam
minyak
sedikit kicap manis

bahan kisar:
5-7 tangkai cili kering
4 biji bwang merah
3 ulas bawang putih


CARA-CARA:
1. toskan makaroni yg telah kembang direbu
2. tumis bahan kisar sampai naik minyak
3. letak sotong dan karot sampai sotong masak
4. Masukkan telur...bila separuh masak, kacau pecah-pecahkan
5. Masukkan makaroni dan gaul rata
6. letak garam, kicap (kalau letak taugeh dan kucai, letak masa ni) kacau rata
7. tabur lada sulah...kecilkan api..gaul rata
8. siap..boleh makan :)

Sunday, May 1, 2011

Sambal Belacan


haaa...mesti pelikkan kenapa sampai sambal belacan pun nak letak dalam blog...tau tak..org dulu-dulu kata, kalau nak tau anak dara tu pandai masak ke tak...suruh dia buat sambal belacan (wallahualam)..bukan apa...sambal belacan kan senang je :P


BAHAN-BAHAN :
2-3 batang cili merah
(kalau nak pedas letak le sikit cili padi)
1 inci belacan (bakar lagi best)
2 biji limau kasturi (satu perah awal..1 masa nak makan)
garam secubit kecik cukup...agak..nanti masin pula

CARA-CARA
1. Tumbuk le cili sampai hancur (ada yg suka separuh hancur...ala-ala poster gitu)
2. Masuk belacan dan garam...tumbuk lagi kasi sebati
3. Perah limau kasturi...gaul...siap...apa lagi..makan nasi le hehhehe!!

Gulai Terung Ikan Masin



Bahan-bahan:

2-3 biji terung bulat di belah 6
400gm ikan masin talang dipotong ikut suka (ikan kurau pun boleh)
3 cm kunyit hidup ditumbuk(boleh diganti dengan serbuk kunyit jika tiada)
100gm cili padi ditumbuk
Belacan jika mahu (ditumbuk)
2 batang serai dititik
2 keping asam keping
1 liter santan
air secukupnya
garam dan gula

Cara-cara memasak :

1. masukkan bahan kisar dan serai ke dalam periuk masakkan bersama santan secukupnya. Didihkan.
2. kemudian masukkan ikan masin dan kacau rata
3. masukkan terung bulat dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. perasakan dan tutup api.
sedia untuk dihidang