Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Sunday, April 12, 2015

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak

Terkonang2 lauk ni kat kedai Lomang Apak, kek Kolo Pilah...maka terbuekla sey utk tongahari ni 😘😘😘

Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak 
Bahan-bahan di HIRIS KASAR
1 ikat pucuk ubi - hiris kasar
10 helai daun pucuk kaduk - hiris kasar, saya x masukkan pun 😜😜😜
10 helai pucuk labu - hiris kasar, ni pun sama, x beli hihi😜😜😜

 Bahan-bahan di HIRIS HALUS 
3 helai daun kunyit 
2 batang serai 

 Bahan-bahan di TUMBUK
10 biji cili api (ikut ikut tahap pedas hangpa nooo)
1 1/2 inci kunyit hidup
1 genggam ikan bilis

Bahan-bahan lain
6 sudu besar tempoyak
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 papan petai hahahhahaha ni satu lg xletak 😜😜😜😜
1 keping asam keping
garam bukit ..secukupnya. Garam laut pun buleh kalo xlarat panjat bukit ngeh ngeh 😝😝😝

Cara membuatnya:
Rebus sekejap pucuk ubi yang dah di hiris kasar tadi. Toskan.
Di dalam lesung batu, tumbuk cili api dan kunyit hidup hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar. Masukkan ke dalam periuk.
Tumbuk kasar serai yang di hiris halus tadi juga dan masukkan ke dalam periuk.
Masukkan santan, tempoyak, asam keping, petai, pucuk ubi, pucuk kaduk, pucuk labu dan gaul atas api sederhana.
Masak hingga mendidih dan masukkan garam.
Masak ikut kepekatan yang dikehendaki. 
*kalau pucuk kaduk dengan pucuk labu takde, boleh jer masak pucuk ubi tu shj.. sukatan bahan lain tetap sama.
*resepi ni memang tak guna bawang. 

Selamat Mencuba!



No comments:

Post a Comment