Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Wednesday, August 10, 2011

Kurma Ayam


BAHAN-BAHAN :
Anggaran makan untuk 4 orang

1/2 ekor ayam
3 biji kentang dibelah 4
rempah 4 beradik
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
2 biji bawang besar di belah 4
1 bungkus rempah kurma dibancuh dengan air
cili hijau dan cili merah dibelah 2
garam dan sedikit gula

bahan ditumbuk:
1/2 inci halia
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

CARA-CARA :

1. Cuci ayam bersih2
2. panaskan minyak sedikit dalam periuk
3. tumis rempah 4 beradik
4. masukkan pes rempah kurma dan kacau...masukkan santan cair..kacau rata
5. Masukkan ayam biar kecut
6. Masukkan santan pekat, bawang besar dan kentang..biar kentang empuk
7. Masukkan garam dan gula..
nak bagi cantik masukkan cili merah dan cili hijau yg dibelah 2...kasi warna warni..

Acar


Bahan-bahan:

1 batang timun dihiris
1 biji tomato dihiris
1 bawang besar dihiris
1 potong nenas dipotong kecil
1 sudu besar cuka makanan
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Masukkan timun, tomato, bawang dan nenas dalam salad bowl
2. Masukkan cuka, garam dan gula
3. Gaulkan mesra
4. angkat dan hidang

Tuesday, August 9, 2011

Nasi Beriyani



BAHAN-BAHAN :
(7-8 orang makan)

1 kg beras basmathi
½ kg beras wangi
Air (sukatan sama banyak dengan beras)
½ tin susu cair
2 sudu besar air limau Sunkist
1 helai daun pandan

Bahan-bahan Tumis
1 senduk minyak sapi
½ cawan minyak jagung
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
7 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 senduk rempah beriani

Dikisar halus
10 biji bawang merah
6 biji bawang putih
2 cm halia tua



CARA-CARA:


1. Panaskan minyak sapi dan letak minyak jagung sekali - panaskan. masukkan daun pandan.
2. Tumiskan bahan – bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
4. Masukkan rempah beriani & terus tumis sampai naik bau dan pecah minyak..
5. Masukkan susu cair. Setelah hampir menggelegak masukkan 2 sudu besar air limau Sunkist.
6.Masukkan air mengikut sukatan beras.
7. Tambahkan lagi ½ cawan air.
8. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
9. Apabila menggelegak, masukkan beras. Kacau sesekali supaya tidak berkerak.
10. Apabila nasi hampir kering, kecilkan api dan tutup periuk rapat. Jangan dibuka sehingga keluar wap dari tepi tudung periuk.

Maggi Goreng Simple



BAHAN-BAHAN UNTUK 3 ORANG MAKAN:

3 peket maggi (direndam dengan air panas dan toskan)
sedikit cili paste (cili kering yg dikisar)
3 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
sedikit kicap
1 tangkai daun bawang
sedikit isi ayam (jika suka)
sedikit udang (jika suka)
Sedikit sawi/taugeh (jika suka)
sebiji telur
sedikit garam
(kalau guna maggi goreng MEE SEDAP - 2 bungkus perencah dia yg peket kelabu tu...kalo tak, tak payah pun tak pe)

CARA-CARA :
1. Mula-mula panaskan minyak...tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2. masukkan cili paste dan kacau rata sampai pecah minyak
3. masukkan udang ke isi ayam ke...kacau sampai empuk
4. kemudian masukkan telur biar seketika baru kacau
5. masukkan sawi/taugeh
6. Selepas itu masukkan maggi tadi dan gaul rata...masukkan garam dan perencah maggi. Kacau rata.
7. Tutup api dan boleh hidangkan...boleh juga letak daun bawang dan bawang goreng.. lagi sedap kalau ada sambal kicap sekali..mantap!!!

Thursday, August 4, 2011

Sambal bacang


Bahan2 :

1 biji bacang
2 biji cili merah
3 cm belacan
sedikit garam dan gula

CARA2 :


1. Buah bacang dikupaskan kulit dan cincang kasar.

2. Masukkan cili, belacan , garam dan gula dalam lesung batu. Tumbuk sehingga lumat dan sebati.

3. Masukkan bacang yg dicincang..tumbuk sedikit utk mesrakan dgn sambal

4. Hidangkan.

Kerabu Pucuk Paku dan Kerang



BAHAN-BAHAN :

Utk kerabu :
2 ikat pucuk paku (ambil pucuk sahaja) dicelur dengan air panas.
taugeh 30 sen dicelur dengan air panas
Kerang sekilo direbus dan ambil isi
4 ulas bawang merah dihiris
4 batang cili api dihiris

Kuah :
Cili kering 8 batang direndam air panas dan kisar bersama 5 biji bawang merah
2 sudu kerisik
2 cawan santan pekat
sedikit belacan jika suka

CARA-CARA :
1. celur pucuk paku taugeh dan ketepikan.
2. kopek kerang yg sudah direbus dan ketepikan
3.Hiris bawang merah dan cili api ketepikan

4. ambil bahan kisar dan satukan bersama santan dan kerisik didalam periuk..masakkan (supaya tahan lama-tak masak pun tak apa tapi nanti tak tahan lama, cepat basi)
5. Letakkan garam dalam kuah kacau rata.

Satukan sayur2an dan kerang dalam bekas..tuang kuah sikit2 dan gaul rata. Siap untuk dihidang...

Tuesday, August 2, 2011

Mee Hailam

-cara simple...cara saya :)


BAHAN-BAHAN :

Sedikit isi ayam dihiris sederhana - kalau daging pun boleh.
mee kuning dicelur ngan air panas dan toskan
udang dalam 10 ekor dibuang kepala dan ekornya...jgn lupa buang tali perut dia..
bawang besar sederhana saiznya dicincang halus
2 biji bawang merah dicincang halus
2 ulas bawang putih pun dicincang halus/Ketuk pun tak pe tapi kalo ketuk 3 ulas
1 sudu besar lada hitam - tumbuk jgn hancur sangat
3-4 sudu sos tiram
2-3 sudu sos cili
2-3 sudu sos tomato
3-4 sudu kicap manis cap kipas udang tu (aik...promote plak :P) - kalo nak tambah tak pe tapi jgn sampai itam sangat..
2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air utk pekatkan kuah)
bunga kobis
lobak merah dihiris ikut suka saiznya
tomato belah 6
putik jagung potong menyerong
2 mangkuk air (boleh ditambah ikut suka..kalau suka kuah byk...tambah air lagi tapi tambah juga tebung jagung...ikut kepekatan kuah)
sedikit garam

taugeh (jika suka), daun sup dan daun bawang, bawang goreng...letak masa dah tuang kuah dekat mee nanti ...masa nak makan.

CARA-CARA :


1. Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan ayam/daging kacau seketika dan kemudian masukkan air dan biar ayam empuk. Kalau kurang air tambahkan lagi.
3. Masukkan lada hitam...sos tiram..sos cili...sos tomato dan kicap. Biar mendidih.
4. Masukkan sayuran dan tepung jagung yg dibancuh dengan air. Bila agak pekat tutup api (kalau nak tambah kuah/air tak pe tapi lepas tu bancuh lagi tepung jagung...kuah kena pekat)
5. Bila nak makan curah atas mee...letak bawang goreng...cili potong..daun sup dan daun bawang...boleh makan dah :)


ni gambar sebelum diletak dalam pinggan...al maklum bulan pose...kena tunggu berbuka...nanti saya snap gambar lagi yg dah siap utk dimakan :)

SELAMAT BERBUKA :)