Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)
Sunday, May 1, 2011
Gulai Terung Ikan Masin
Bahan-bahan:
2-3 biji terung bulat di belah 6
400gm ikan masin talang dipotong ikut suka (ikan kurau pun boleh)
3 cm kunyit hidup ditumbuk(boleh diganti dengan serbuk kunyit jika tiada)
100gm cili padi ditumbuk
Belacan jika mahu (ditumbuk)
2 batang serai dititik
2 keping asam keping
1 liter santan
air secukupnya
garam dan gula
Cara-cara memasak :
1. masukkan bahan kisar dan serai ke dalam periuk masakkan bersama santan secukupnya. Didihkan.
2. kemudian masukkan ikan masin dan kacau rata
3. masukkan terung bulat dan asam keping. Biarkan mendidih.
4. perasakan dan tutup api.
sedia untuk dihidang
Labels:
Sayuran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment