Sebut cencalok mesti kecur air liurkan...ha...kalau ada ni mesti tambah 2-3 pinggan ye tak? Saya ni budu makan...tempoyak makan....sambal belacan...sambal kicap..air asam...cencalok pun saya makan..1 Malaysia lah katakan hehhehe!!
Saja nak share cara-caranya..ini style mak saya :
BAHAN-BAHAN
Cencalok...dalam 3-4 sudu cukup kot sekali makan
4-5 batang cili padi dihiris
4-5 ulas bawang merah dihiris (saya tak suka pakai bawang besar...kurang kick)
kalau nak letak hirisan tomato pun boleh
2-3 biji limau kasturi (air perahan)
CARA-CARA
1. Senang je campurkan semua...perah limau kasturi...gaul rata...siap utk dimakan :)
No comments:
Post a Comment