Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Friday, October 31, 2014

Mangga Asam Boi




Mangga asam boi dah mcm fenomena skrang kan..
..saya pun suka jugek sbb xmasam dan berjeruk sgt...makan sejuk sedap

Bahan
Mangga / mempelam muda. Kalau masak berair nanti
Asam boi merah boleh putih boleh. Kuantiti agak2 dgn pelam. Byk pelam byk asam boi
Garam secukup rasa
Gula yg ni byk sikit. Kalau saya dua biji pelam 3 sudu besar gula
Cili api atau cili besar ikut tahap pedas anda

Cara:
Bersihkan pelam. Tos sampai betul2 kering. Hiriskan. Masukan semua bahan lain. Gaul dan masuk peti sejuk selama 4-5 jam. Boleh makan dah

Masak Lemak Cili Padi Ikan Kayu dan Daun Asam Gelugur

BAHAN :-
1. 1 ekor ikan kayu sederhana besar
2. 7 helai daun asam gelugur - diracik mcm bunga rampai,rendam dlm air garam sebentar tuk menghilangkan sedikit rasa masam)
3. 20 biji cili padi ditumbuk...kalo kuat pedas letak byk...kalo tak sikit sudah la...
4. ** 1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
5. 250ml santan pekat
6. 1 cawan air

CARA :-
1. masukkan cili padi dan kunyit yang ditumbuk bersama secawan air ke dalam periuk.
2. Masukkan daun asam gelugur bersama ikan dan biarkan sehingga ikan masak hampir baru masuk kan santan bersama air. sentiasa kacau agar santan xpecah minyak..perasa kan dengan garam
3. Bila ikan dah masak dan santan hampir mendidih boleh tutup api dan siap untuk dihidangkan

Monday, August 25, 2014

Nangka Masak Lemak Putih


Macam ni lah kalau anak sekolah petang....pukul 10am dah sudah masak sebelum pergi amik anak balik kafa...smlm pegi kedai nampak nangka...teringin plak nak makan...masak lemak kuning tu dah selalu tgk kan jadi kita masak nangka masak lemak putih pula..oh ye..resipi dr incik mat gebu...terima kasih incik mat..semoga dimurahkan rezeki sbb sudi share resipi 
Masak lemak putih kita combine ngan ikan kembung goreng dan sambal belacan...makan 2 beranak je..kakak perkampungan upsr xbalik makan 

Nak resipi...ni kopipes ye 

Bahan2:
1 kg nangka muda, potong kecil dan rendam
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Air secukupnya
1 1/2 camca besar udang kering, rendam dan toskan, tumbuk kasar
5 biji bawang merah, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garm secukup rasa
Secubit gula

CARA MEMBUATNYA 
Masukkan nangka muda (toskan) ke dalam periuk bersama bawang merah hiris, bawang putih, serai titik dan juga udang kering, gaul rata.
Tuang santan cair hingga nangka tenggelam, kalau kurang tambah air.
Masak hingga mendidih, renihkan hingga nangka lembut.
Tambah daun kunyit dan pati santan. Masukkan lada hitam, garam secukup rasa dan secubit gula.
Kacau dan masak dengan api perlahan hingga mendidih.
Rasa dan jika ok boleh matikan api


Makan dgn nasi, ikan goreng dan sambal belacan pun sodap :)