Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Saturday, May 7, 2011

Baked Makaroni


Ini cara saya, orang lain...lain caranya...(untuk 4 orang makan)

Bahan-bahan

1/3 bungkus makaroni direbus hingga lembut (masa rebus tu letak 1/2 sudu minyak zaitun dan sedikit garam). Dah lembut - tos dan ketepikan

Bahan inti

500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
sedikit minyak zaitun untuk menumis
1/2 labu bawang besar dicincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 lada hitam ditumbuk
1/2 sudu kecil oregano kering (jika tak nak pun tak pe)
1/2 sudu kecil serbuk parsley kering (jika tak nak pun tak pe)
1/2 batang lobak merah dihiris nipis
1 biji tomato dipotong dadu kecil
sedikit daun sup dan daun bawang diracik halus
1/2 peket rempah kari ayam babas dibancuh dengan sedikit air...kacau rata
2 biji telur dipukul sampai kembang
200g mozarella cheese


CARA-CARA

Sebelum nak masak makaroni tu panaskan oven pada suhu 180′C .

Sementara panaskan oven tu kita prepare makaroninya :


1. Panaskan minyak zaitun, bila dah panas tumiskan bawang cincang hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari ayam dan kacau hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan daging/ayam cincang. kacau biar empuk..letak sikit air...sikit je..jgn sampai berkuah. Hanya untuk empukkan ayam.
4. Taburkan lada sulah...lada hitam..oregano kering dan serbuk parsley kering. Gaul rata.
5. Biar air daging/ayam kering. Kemudian masukkan makaroni dan gaul rata.
6. Masukkan tomato, daun sup, daun bawang dan lobak merah. Kacau.
7. Perasakan dengan garam. Gaul rata.
8. Tutup api dan biarkan seketika.

Sementara tu sediakan dulang. Sapu mentega pada dulang..utk elak melekat.

9. Senduk makaroni tadi dan letak dalam dulang ... ratakan. Kemudian curah telur pada makaroni.
10. Taburkan keju mozarella atas makaroni.
11. Bakar didlm oven pd suhu 180′C selama 30 min atau sehingga keju keperangan.



No comments:

Post a Comment