Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Sunday, May 22, 2011

Sambal Tumis Telur




BAHAN-BAHAN:

5-6 biji telur direbus dan kupas kulitnya
3/4 cawan air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar dihiris
sedikit garam dan gula secukup rasa
(kalau suka boleh letak belacan sikit)

Bahan Kisar:
9-11 tangkai cili kering direndam air panas
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih

CARA-CARA

1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan kacau. Biar sampai pecah minyak.
3. Masukkan bawang besar, garam dan gula. Gaul rata. Tutup api dan tuang atas telur...siap!

No comments:

Post a Comment