Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Monday, November 29, 2010

Sambal Goreng Tempe



BAHAN2:
2 bungkus tempe dipotong dadu dan digoreng
1 bungkus suhun direndam dan toskan
10 batang kacang buncis dipotong menyerong
1 tangkai cili merah dihiris menyerong nipis2
60ml santan (jika mahu, saya tak letak sebab takut cepat basi)
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
1 batang serai diketuk

BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2.5cm kunyit hidup
1 sudu makan cili kisar
1 sudu teh jintan manis
sedikit belacan (jika mahu)

CARA2:
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar hingga naik bau
2. masukkan santan..jika tak mahu letak santan letak air sedikit dan kacau biarkan mendidih
3. Masukkan kacang buncis. Kacau rata
4. masukkan tempe, suhun dan cili merah..gaul sebati
5. masukkan garam dan gula.gaul dan matikan api
siap dihidang

Nasi Lemak




BAHAN2:

3 Pot nasi
1 pot air
2 helai daun pandan/3 batang serai/2 inci halia yg dihiris
santan 1 biji kelapa
2 biji bawang merah dihiris
garam

CARA2:

1. Basuh beras hingga bersih..tos kan dan masukkan 1 pot air
2. Masukkan santan, sedikit garam dan gaul rata
3. Masukkan bawang merah dan 2 helai daun pandan/3 batang serai/2 inci halia yg dihiris
4. Tanak nasi dalam rice cooker


hidangkan dengan telur rebus..ikan bilis goreng dan sambal tumis - sila rujuk menu sambal tumis :)

Saturday, November 20, 2010

Gulai Lemak Daging Salai


BAHAN2 :

1 kg daging dikelar-kelar
2 sudu garam kasar
2 keping asam gelugur (asam keping le tu)
500 ml air
500 ml santan
1 batang serai dititik
4 biji kentang dipotong 4
garam secukup rasa
2 biji cili hijau dibelah 2

bahan utk dikisar:
10 tangkai cili padi (kalo nak pedas leh tambah lagi ye)
1.25cm kunyit (kalo tak der serbuk pun okay tapi letak masa memasak)
4 ulas bwg merah
2 ulas bawang putih

CARA2:
1. Gaul daging yg telah dikelar dgn garam kasar dan pes kunyit.letakkan dalam dulang pembakar yg dialas ngan daun pisang..tutup dengan daun pisang dan panaskan ketuhar dgn mode memanggang 170 degree dan panggang hingga kering.
2.potong sebesar ibu jagi dan ketepikan.
3. masukkan bahan2 yg dikisar bersama daging dan asam gelogor, serai, dan air ke dalam periuk..masak dalam api sederhana
4. masukkan santan dan kentang. perasakan dengan garam, masukkan cili hijau dan kacau hingga mendidih dalam api kecil. terus kacau sampai gulai pekat dan empuk

Monday, November 15, 2010

Vadai



Bahan2 :

250gm kacang dal
2 tangkai cili kering, dihiris halus
1 tangkai daun kari, dihiris
1/2 labu bawang besar, dicincang halus
1/2 camca teh garam, secukup rasa
1 camca teh jintan manis biji
Minyak untuk menggoreng

Cara2:

1. Bersihkan dan rendam kacang dal 4 jam
2. Tos kan dan kisarkan
3. satukan cili kering, daun kari, bawang, garam dan jintan dalam 1 bekas dan gaul rata
4. buat bentuk kecil bulat leper
5. gorengkan menggunakan api sederhana

Note : kalau dah susah nak melekat...masukkan 1 biji telur dan gaul rata..insyaAllah doh akan melekat :)

Sambal Bacang



Bahan2 :

1 biji bacang
2 biji cili merah
3 cm belacan
sedikit garam dan gula

CARA2 :


1. Buah bacang dikupaskan kulit dan cincang kasar.

2. Masukkan cili, belacan , garam dan gula dalam lesung batu. Tumbuk sehingga lumat dan sebati.

3. Masukkan bacang yg dicincang..tumbuk sedikit utk mesrakan dgn sambal

4. Hidangkan.

Thursday, November 11, 2010

Ayam Masak Kicap


Hari ni menu simple je..ujan2 ini angin malas pun melanda lah ye...rasa nak golek2 depan tv je..hihihih!!

Bahan2 :
utk 4 org makan

1/2 ekor ayam dipotong kecil digoreng separuh masak
3 biji kentang dipotong sederhana digoreng biar empuk
1 kuntum bunga lawang
1 kayu manis
1 labu bawang besar dipotong bulat (hiasan gitu)
1 biji tomato dipotong 6
1/2 cawan air
Kicap secukupnya (biar hitam)- saya pakai kicap kipas udang yg manis tu

Bahan kisar :
10 helai cili kering
1/2 inci halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih

CARA-CARA :


1. Panaskan minyak (dalam 4 sudu)
2. tumis bunga lawang dan kayu manis
3. Masukkan bahan kisar..kacau dan biar sampai pecah minyak
4. Masukkan air 1/2 cawan dan kacau
5. Masukkan ayam dan kentang...biar seketika
6. Masukkan tomato dan bawang besar..kacau biar sekejap..tutup api dan siap utk dihidang

sebab kicap dah masin, saya tak letak garam

Ikan Siakap Stim




BAHAN2 :

1 ekor ikan siakap
2 ulas bawang putih dihiris
3 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris
3 inci lobak merah dihiris kecil2
1/2 biji bawang besar dipotong bulat2
1 biji tomato dipotong 8
daun sup, daun bawang
3 sudu sos tiram letak air sesudu dan kacau (sos ikan..sos udang pun boleh)
garam

CARA-CARA :

1. Sediakan pengukus
2. bersihkan ikan dan letak atas pinggan tahan panas
3. taburkan bawang merah, bawang putih dan halia atas ikan.
4. taburkan lobak merah atas ikan..kukus
6. Tuang sos tiram
7. bila dah 10 minit letak tomato (elakkan letak awal takut tomato over cooked)
8. Kukus lagi 10 minit
9. Tabur daun bawang dan daun sup
10. Kukus lagi 5 minit
11. Siap dihidang

Tuesday, November 9, 2010

Kurma Daging & Kobis


Resipi ini turun temurun keluarga sebelah emak...lain dari kurma biasa sebab letak kobis :)

resipi utk 4 org makan

500gm daging lembu yg dipotong kiub sederhana besar (rebus dulu biar empuk ye)
3 ulas bawang merah sederhana besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
1 peket rempah kurma daging diletak 2 sudu santan cair dan gaul rata
santan dari 1 biji kelapa dibahagi 2..satu santan cair (campur 1/2 cawan air) 1 santan pekat
rempah 3 sekawan (bunga lawang, kayu manis dan bunga cengkih)
3 sudu kerisik
Minyak zaitun 4 sudu (saya letak minyak zaitun utk masakan daging dan santan..hilangkan kolestrol gitu) :)
air secukupnya
1 biji tomato dibelah 6 (kasi warna sikit)
1 labu bawang besar dibelah 4
1/2 biji kobis di potong besar2 daunnya

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan
2. masukkan bahan hirisan dan biar garing sikit
3. Letak rempah kurma..letak air sikit dalam 2 sudu dan kacau
4. Letak kerisik dan kacau..biar pecah minyak..
5. Masukkan daging yg direbus tadi dan santan cair..kacau rata
biar empuk dan pecah minyak
6. Masukkan santan pekat..kacau..kobis dan biar kobis empuk
7. Masukkan tomato dan bawang besar..kacau
8. Masukkan garam, gula sikit dan biar mendidih...tutup api..siap dihidang

Monday, November 8, 2010

Sayur Campur



Bahan2

1 pokok brocolli dipotong sederhana besar
1/2 batang lobak merah dihiris halus
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
5 biji fish ball dibelah 4 (kalo ada anak kecik belah 6..biar mudah dimakan)
2 sudu sos tiram
1/4 cawan air
garam secukup rasa

Cara2 :
1. Basuh brocolli dgn merendam dalam air dan 2 titik mencuci sayuran (sebab brocolli ni susah nak cuci sikit) lepas bilas bersih baru potong ye
2. hiris lobak merah
3. Hiris bawang merah dan bawang putih
4. belah fish ball
5. tumis bawang merah dan bawang putih...
6. masukkan air sedikit...biar mengelegak..masukkan brocolli
7. masukkan sos tiram dan lobak..biar empuk..angkat dan hidang

Masak Kicap Sotong Pedas

Bahan2 :

250gm Sotong dibersihkan dan dipotong bulat2
1 labu bwg besar dihiris bulat2 (byk benor bulatnya ye)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
kicap (agak2 la..jgn hitam sgt)kicap pekat manis ye :)
garam secukup rasa (kalo letak kicap byk..tak yah letak garam pun tak pe)
1 biji tomato dibelah 6

Utk dikisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
10 urat cili kering direndam air panas

Cara2:
1. Tumis bahan kisar..agak pecah minyak.
2. letak sos tiram, sos tomato kacau.
3. Masukkan sotong kacau biar sotong masak
4. Masukkan tomato, bawang besar dan kicap..kacau rata..kalau nak berkuah sikit..letak air..biar mendidih dan angkat.

Sambal Tumis Udang dan Petai


Resipi ni..my mum yg bagi..my hubby suka gilerssss!!

Bahan2:
10 cili kering dipotong dan direndam air panas
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
(bahan diatas dikisar)

1/4 cawan santan
8 ekor udang sederhana besar dibersihkan
2 papan petai diambil isi sahaja dan dibelah 2
1/2 cawan air asam jawa
1 ulas bawang besar dihiris

Cara2:

1.Tumis bahan kisar tadi sampai pecah minyak..masukkan air asam jawa..kacau..
2. masukkan petai..biarkan mendidih
3. masukkan santan kacau
4. masukkan udang dan bawang hiris tadi..kacau dan tutup api

Sunday, November 7, 2010

Bread N Butter Pudding with Choc. Sauce :)


sos coklat :)


puding roti yg dah siap


curahkan sos coklat ke atas puding..

Bahan untuk puding :

1 Buku roti
1 biji telur
1 sudu teh essen vanila
1 botol susu rendah lemak
1 sudu besar kismis
sedikit garam
1 sudu besar mentega
Gula secukup rasa (kalau nak manis..tambah)


Cara2 :
Carik2 kan roti dan masuk dalam loyang
pukul telur sampai kembang dan masukkan kemudian masukkan susu, esen vanila..gula , mentega dan garam..kacau rata dan biarkan sehingga roti kembang sebelum dimasukkan ke dalam pengukus..kukus 1 jam


UNTUK SOS COKLAT

1 keping coklat masakan any brand
1/2 cawan air
4 susu susu pekat (ikut suka..kalo nak manis..boleh tambah)

cara2:
panaskan coklat masakan bersama air sampai cair..tambahkan susu pekat...mendidih..angkat dan hidangkan bersama puding roti tadi

Saturday, November 6, 2010

Kerabu Pucuk Paku dan Kerang


BAHAN-BAHAN :

Utk kerabu :
2 ikat pucuk paku (ambil pucuk sahaja) dicelur dengan air panas.
taugeh 30 sen dicelur dengan air panas
Kerang sekilo direbus dan ambil isi
4 ulas bawang merah dihiris halus
4 batang cili api dihiris halus

Kuah :
Cili kering 8 batang direndam air panas dan kisar bersama 5 biji bawang merah
2 sudu kerisik
2 cawan santan pekat

CARA-CARA :
1. celur pucuk paku taugeh dan ketepikan.
2. kopek kerang yg sudah direbus dan ketepikan
3.Hiris bawang merah dan cili api ketepikan

4. ambil bahan kisar dan satukan bersama santan dan kerisik didalam periuk..masakkan (supaya tahan lama-tak masak pun tak apa tapi nanti tak tahan lama, cepat basi)
5. Letakkan garam dalam kuah kacau rata.

Satukan sayur2an dan kerang dalam bekas..tuang kuah sikit2 dan gaul rata. Siap untuk dihidang...

Kek Gula Hangus (Kukus)







(tak berapa jadi ye.ini sebahagian je yg jadi separuh lagi tak jadi mungkin sebab saya buka penutup pengukus masa masak tadi..tak pe..usaha tangga kejayaan...kita tengok bila cubaan ke 2 nanti..wokeh :)

Resipi ini dari internet :)

Bahan2:

2 cawan gula
2 cawan air
(Cairkan gula kemudian masukkan air sedikit2 dan kacau sampai pekat - hati2 sebab gula meletup2)


2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar marjerin yg dicairkan
6 biji telur dipukul kembang
1/2 cawan susu pekat

Cara2 :
1. pukul telur hingga kembang
2. masukkan susu pekat manis dan marjerin..putar
3. masukkan gula hangus dan putar
4. tapis adunan dalam loyang
5. Kukus 1 jam

Wednesday, November 3, 2010

Asam Pedas Ayam




Selalu kita buat asam pedas ikan pari..kali ni tukar sikit..buat ayam punya pula..bahan lebih kurang tapi letak halia sikit..bagi bau ayam tu kurang sikit

Bahan2 :

1/2 ekor ayam dipotong sederhana (utk 4 org makan)digoreng separuh masak
2 btg bunga kantan
1 ikat daun kesum
1 cwn air asam jawa
1 cwn air
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa


bahan dikisar
cili kering yg direndam air panas
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

sayuran :
2 biji tomato dibelah 4
4 batang bendi


Cara2 :
1. tumis bahan yg dikisar sampai pecah minyak..masukkan daun kesum dan bunga kantan..kacau
2. masukkan air asam jawa..kacau..masukkan air...masukkan ayam tadi
3. masukkan serbuk kunyit dan sayuran..kacau
4. masukkan garam...biarkan sekejap...siap untuk dihidang :)

Kari Kepala Ikan




Bahan2 :

Kepala Ikan Merah yg dibelah 2
Bahan2 :

1 kepala ikan merah dibelah 2
5 batang bendi di buang hujung dan pangkalnya
6 ulas bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
2 tangkai daun kari
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 peket rempah kari ikan BABAS atau Alagappas
garam secukup rasa

Cara2 :

1. Bersihkan ikan dan ketepikan
2. hiris bwg putih dan bwg merah...satukan dalam mangkuk dan tuang serbuk kari..letak 2 sudu air dan gaulkan..
3. Tumis bahan2 tadi sampai pecah minyak dan naik bau, letak daun kari...letak air asam jawa..kacau
4. masukkan santan cair...kacau perlahan..masukkan bendi dan kepala ikan
5. bila dah mengelegak sikit letak santan pekat..kacau..mendidih..
6. Masukkan garam secukup rasa..kacau.....mendidih...tutup api dan hidang..senang je kan :)

Spaghetti Sardin



Hari ni menu kami Spaghetti Sardin...memandangkan hubby outstation dan anak ada party kat skolah so thari masak simple je ye...menu ni dapat dari internet semalam.

Bahan2 :

1 tin sardin...ambil ikan sahaja dan lenyek sampai hancur
1/2 bawang besar dipotong hancur
4 ulas bwg putih
1/2 botol sos tomato yg besar tu (org kata prego tak halal so tukar ke sos tomato maggi)
1 cawan air
1 cili bengala (capsicum) dipotong petak2 kecil
2 biji tomato dipotong petak2 kecil
sesudu lada hitam
1 bunga kantan..dihiris halus

Spaghetti 1/2 bungkus (rebus dalam air yg dicampur minyak setitik supaya tak melekat dan garam sikit..dah kembang tos kan dan letak dalam pinggan..asingkan..


Cara2 :

1. tumis bawang besar dan bawang putih sampai kekuningan
2. Masukkan sardin dan kacau
3. Masukkan air kacau
4. Masukkan sos tomato...kacau lagi :)
5. Masukkan bunga kantan..kacau...biarkan pekat sikit lepas tu
6. Masukkan tomato dan capsicum..kacau..letak serbuk lada hitam..garam...kacau...

hidangkan spaghetti dalam mangkuk dan tuang kuah atasnya..siap dihidang :)

Monday, November 1, 2010

Rendang Pedas Kerang


Bahan-Bahan:

1 kilo kerang direbus dan diambil isinya
9 batang serai yg diracik halus (serai kena byk)
6 ulas bawang merah
cili kering yg direndam ngan air panas
1/2 santan cair
1/2 santan pekat
2 keping asam keping
serbuk kunyit (kalau suka)
garam
daun kunyit diracik halus

Cara-Cara :
blender serai, bawang dan cili kering letak air sikit lepas tu tuang dalam periuk...hidupkan api sederhana .reneh sampai mendidik..letak santan cair...biar mendidih..letak santan pekat, letak kerang..asam keping pastu biarkan lama jugak la sampai hampir kering (kalau suka berkuah biarkan kuah byk)...letak serbuk kunyit sikit je biar ada warna dan garam...tabur daun kunyit dan hidang...