Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Saturday, June 11, 2011

Pajeri Nenas


Resipi pemberian bonda tercinta...kalau mak saya masak ni..3 pinggan nasi saya makan..tapi dah duduk jauh ni..teringin kena pandai-pandailah masak sendiri ye tak?? Sedapppp!!!

BAHAN-BAHANNYA :
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ikan (dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan ditumbuk(3 biji bawang merah + 2 ulas bawang putih)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus/ditumbuk)
1 cawan santan
1 batang kayu manis
Garam dan sedikit gula jika perlu


CARA-CARANYA :

1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.
2. bancuh serbuk kari ikan dengan sedikit air dan dicampur dengan kerisik. (jadi paste)
3. Tumis bahan ditumbuk dan kulit kayu manis hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari + kerisik dan udang kering, tumis hingga naik bau dan garing sikit.
4. Masukkan santan dan kacau rata.
5.Selepas itu masukkan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat dan naik minyak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment