Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Wednesday, June 22, 2011

Ayam Blackpepper


BAHAN-BAHAN

500gm fillet ayam - dihiris lumur dengan sedikit garam dan kunyit kemudian digoreng separuh masak

sedikit minyak zaitun untuk menumis
1/4 cawan kicap pekat (saya pakai kicap manis cap kipas udang)
4-5 sudu sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit air untuk kuah...

bahan ditumbuk
7 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
1 inci halia

2 inci Lobak merah dihiris
sedikit brokoli
1 biji tomato dibelah 6
bawang besar dipotong 8
daun bawang


CARA-CARA

1. Ketepikan ayam yg telah digoreng. Panaskan 2 sudu minyak zaitun.
2. Tumis bahan yang ditumbuk bersama-sama tadi hingga naik bau, kalau nak berkuah letak sikit air.
3. kemudian masukkan kicap, sos tiram dan lada hitam. biarkan masak
4. Masukkan sayuran, tambah air sedikit bagi sayuran empuk
5. akhir sekali masukkan bawang besar dan daun bawang. Sedikit garam jika perlu. Gaul rata. Tutup apu. Sudah siap..boleh dah makan :)
Posted by AnakChott

2 comments:

  1. yummm..yummm...dapnya..selalunya sy wat daging je..leh cuba ni..

    ReplyDelete
  2. daging pun sedap..makan ngan nasi panas..TERANGKAT!! :D

    ReplyDelete