Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Friday, June 10, 2011

Ikan Talapia Kukus Special

Dalam entree semalam kan tulis nak bakar talapia hari ni..sekali semalam ada kawan di FB cakap wat stim lagi best...so hari ni tukar menu...:)

Betullah apa yg dikata...kukus pun sodap!

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan talapia merah (patin ke kerapu atau ikut suka)
dibersihkan dan dibelah dua tanpa putus

1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 inci halia(ikut suka)
10 biji cili padi (saya tak letak sebab anak-anak tak makan pedas)
3 batang serai
(semua bahan diatas dihiris nipis)

air limau nipis
secubit garam
sedikit gula
sedikit sos tiram
daun sadri,daun bawang (hiris kasar)
tomato (hiris nipis)jika suka
½ cawan air

CARA-CARA :
1. Basuh ikan dan lumur sedikit garam.
2. letak ikan di atas bekas mengukus, terbalikkan.
3. masukkan air dan tabur kesemua bahan hiris dan lain2 ke atas ikan tersebut..jgn lupa masukkan sedikit sos tiram dan air limau nipis untuk rasa masam..kukus selama lebih kurang stgh jam atau sehingga ikan masak..

(setengah org dia tumis semua bahan hiris kemudian tuang atas ikan yg distim...boleh pilih cara mana satu yg anda suka)

No comments:

Post a Comment