Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Friday, July 29, 2011

Laksa Penang




Huhuh!! Setelah 5 tahun saya tak masak laksa...ntah mcmmana hari ni terasa nak masak laksa pula...ini semua gara-gara gigantic belacan yg my hubby beli kat melaka hari tu....ehehheh!!

Kenapa lama tak masak laksa? hmm...my hubby ada sinus...tak boleh makan belacan...sikit-sikit bolehlah tapi kalo banyak mmg akan migrain lah dia...mula-mula ingat nak buat semalam sebab my hubby outstation tapi kesian pula bila dia tanya bila nak masak..maknanya dia nak makan lah kan.....so buat lah..harap-harap dia tak migrain lah....pagi2 saya dah merendam laksa...siapkan bahan-bahan...laksa utk makan tengahari...simpan ke petang untuk my hubby...malam for sure makan kat luar sebab mesti dia nak pekena thai food sebab 5 hari asyik makan roti....huhuh!


oh ye..special thanks to my sister and my mum sebab bagi guidance through phone...yelah dah lama sure dah lupakan....tapi alhamdulillah skill masih ada...rasa masih tip top hehehh! masuk bakul angkat sendiri nampak...!!! cewahhhh!!


Bahan-bahan :


1 kg laksa (direndam lepas tu rebus pula) - tos dan ketepikan
1 kg ikan kembung (kalo mix ngan ikan sardin pun wokeh - bukan sardin tin ye...)
2 batang bunga kantan dibelah 2
5 keping asam gelugur (asam keping lah tu)
1 tangkai daun kesum amik pucuk je
garam
1 liter air

utk dikisar :
cili kering dalam 20 batang (ikut tahap pedas...nak lagi pedas tambah lagi) - rendam ngan air panas kasi kembang
3 biji bawang besar
of course belacan kan...berapa byk...saya letak sebesar ibu jari heheehh!!
air sikit utk blender


ulam-ulam :
1 biji timun dihiris kecil
2 biji bawang besar dihiris
4 biji telur rebus
beberapa biji limau kasturi dibelah 2
cili padi, cili merah dihiris
kalau suka, daun selom dihiris, salad...org utara dia letak cucur udang dipotong kecil dan nenas (saya tak letak - tak de stok heheh)


CARA-CARA :
1. Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulang dan kisar isi dengan sedikit air rebusan ikan hingga halus
2. Sediakan periuk. Masukkan bahan kisar iaitu cili, bawang dan belacan ke dalam periuk dan tuang ikan yg telah dikisar tadi.
3. pasang api perlahan.
4. Masukkan daun kesum, bunga kantan, asam gelugur dan air. Renehkan dan masukkan garam. Mengelegak..siap.
5. Sediakan laksa dalam mangkuk dengan bahan-bahan ulam dan telur. Tuang kuah..siap untuk dimakan :)

2 comments:

  1. Akak orang Penang dan memang dibesarkan di Penang. So far yang akak tahu laksa Penang asal tidak diletak cucur udang. Ada juga jiran akak orang Selatan, dia letak cucur udang. Sedap juga. Untuk mempelbagaikan resepi rasanya. Tu cuba tengok resepi laksa penang dalam blog akak di sajiandapurbonda.blogspot.com Resepi ni memang pure Penang Laksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak nor for the feedback, maaf lambat reply saya tak selalu online. Saya dari kawasan perak utara...kat sini kalau makan laksa penang kami akan letak cucur udang yg dipotong-potong. Maafkan saya jika saya silap..insyaAllah saya akan ke blog kak noor. Terima kasih ye :)

      Delete