Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Friday, November 13, 2020

Laksa Terengganu

Hari ni sarapan buat laksa terengganu😀 .
Bahan👇
8 ekor @ 800g ikan selayang/ ikan kembung
 2 sudu kecil lada hitam
 1/2 in halia
 1 ulas bawang putih (makcik tak letak)  5 ulas bawang merah
 sedikit belacan*
 1 1/2 biji kepala parut diambil santannya. Kalau santan kotak, 2 kotak.  2 keping asam gelugur
 sedikit garam dan gula

BAHAN HIASAN :  Daun kesum secukupnya dimayang halus
 Kacang panjang secukupnya dimayang
 Kobis diracik halus (ni makcik takde)  Timun dimayang
 Daun Kemangi/Selasih- di hiris halus (ni pun tak de😅) Bunga Kantan- dihiris halus (takde jugak😂) Taugeh - buang ekor (ni pun takde🤣) 4 biji limau kasturi-belah 2
.
Cara👇
Ikan kembung atau selayang dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
Tumbuk/Blend bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga lumat.
Masukkan semua bahan tumbuk/blend serta santan dalam periuk, masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.
Kepekatan kuah ikut selera masing2 ya.
.
#laksaTerengganu #laksa #homecooked #dapurkekla #resipi #resipiringkas #masakanrumah #masak2

No comments:

Post a Comment