Terima kasih kerana sudi follow blog saya :)

Friday, November 13, 2020

Kerabu Pucuk Paku dan Taugeh

Ajar eisya buat kerabu pucuk paku taugeh utara style.. But no kerang ye.
Ibunya dah tak boleh makan kerang..kang bisa tempat ceaser hihuuuu😅

Lama tak makan. Sini pucuk paku senang cari.. Tapi cari kat pasar la 😅
.
Takde kerang takpe janji rasa marbelesss

BAHAN-BAHAN :

Utk kerabu :
2 ikat pucuk paku (ambil pucuk sahaja) dicelur dengan air panas.
taugeh 30 sen dicelur dengan air panas
4 ulas bawang merah dihiris 
4 batang cili api dihiris
Garam secukup rasa
Kuah :
Cili kering 8 batang direndam air panas dan kisar bersama 5 biji bawang merah
2 sudu kerisik
2 cawan santan pekat
sedikit belacan jika suka
2 biji limau kasturi 

CARA-CARA :
1. celur pucuk paku taugeh dan ketepikan.
2.Hiris bawang merah dan cili api ketepikan
3. ambil bahan kisar dan satukan bersama santan dan kerisik didalam periuk..masakkan (supaya tahan lama-tak masak pun tak apa tapi nanti tak tahan lama, cepat basi)
5. Letakkan garam dalam kuah kacau rata.

Satukan sayur2an dalam bekas..tuang kuah sikit2, perah limau kasturi dan gaul rata. Siap untuk dihidang...
.
#regumemasak #kerabu #kerabupucukpakutaugeh #masak2 #masakanrumah #homecooked #homemade #jommasak #dapurkekla #resipiringkas #resipi

No comments:

Post a Comment